in ,

Drama Cupid

Jika anda mempercayai akan Cinta Pertama… Cupid ada jawapannya.

Tarih Siaran : 28 July 2009
 Masa / Hari: setiap Selasa, 9.30pm

PELAKON : Bobby Cannavale, Camille Guaty, Rick Gomez, Sarah Paulson

Bulan ini, 8TV penuh dengan bulan cinta dan romantik kerana kami akan membawakan anda sebuah drama bersiri terbaru berjudul Cupid! Mengganti slot Ugly Betty, Cupid akan disiarkan bermula 28 Julai 2009, setiap Selasa jam 9.30 malam.

Cupid merupakan sebuah drama romantik mengenai sebuah watak bernama Trevor yang telah dihantar ke bumi untuk membantu pasangan-pasangan bercinta.

Cupid dibintangi oleh Bobby Cannavale sebagai Trevor, Sarah Paulson sebagai Claire, Rick Gomez sebagai Felix dan Camille Guaty sebagai Lita. Drama ini merupakan terbitan ABC Studios. Rob Thomas bertindak selaku Penerbit Eksekutif dan penulis bagi drama ini dan bekerjasama dengan Jennifer Gwartz, Danielle Stokdyk, Dan Etheridge dan Bharat Nalluri.

“Ini merupakan sebuah lagi drama bersiri yang cukup hebat dan menghiburkan untuk tontonan anda semua!” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar, 8TV.

Apabila Trevor Hale berada di Bellevue untuk sesi penilaian jiwa, doktor menjelaskan bahawa beliau merupakan seorang Dewa Cinta dan beliau akan dibuang dari Mount Olympus.

Beliau telah dihantar ke Bumi dalam misi mencari cara bagaimana cinta boleh terjadi. Trevor perlu meyatukan 100 pasangan bercinta supaya dapat kembali ke Mount Olympus.

Sewaktu di Bellevue, Trevor telah dinilai oleh seorang doctor sakit jiwa terkenal bernama Dr. Claire Allen. Setelah dibuang ke bumi, gerak-geri Trevor sentiasa diperhatikan oleh Dr. Claire.  Walaupun Dr Claire tidak berapa menggemari cara yang digunakan oleh Trevor, namun beliau terpaksa akur kerana beliau sendiri bekerja untuk menyatukan jiwa-jiwa yang sedang kesepian dan membantu mereka mencari pasangan hidup.

Dalam diam-diam, Claire dan Trevor sebenarnya saling menyukai di antara satu sama lain.  Namun mereka berdua ternyata mempunyai perspektif yang berbeza tentang cinta. Trevor percaya yang cinta akan berkembang dengan cepat sekiranya kedua-dua mereka begitu menyayangi antara satu sama lain manakala Claire pula percaya bahawa cinta akan hadir secara perlahan-lahan.

Sedang Trevor sibuk dalam misi beliau untuk membantu pasangan menemui cinta mereka, Claire pula lebih berminat untuk menyiasat siapakah Trevor sebenar. Adakah Trevor menjadi gila setelah kehilangan orang tersayang atau adakah beliau benar-benar gila? Adakah beliau sememangnya seorang Dewa Cinta?

Untuk menyaksikan kisah seterusnya, jangan ketinggalan untuk menonton Cupid yang disiarkan bermula 28 Julai 2009, Selasa jam 9.30 malam hanya di saluran hip 8TV! Anda juga dapat menonton siaran 8TV di saluran 708 Astro.

Anda juga boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda! Selamat menonton!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Slot Teater Hito Idol

Gossip: Diugut Bekas Isteri Kekasih