Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Drama Cintaku Di Mukah Lakonan Zack X-Factor, Rizal AF, dan Wan Nor Azlin



RTM SIAR DRAMA KHAS SARAWAK, CINTAKU DI MUKAH MULAI 9 FEBRUARI 2010 DI TV2

Jika sebelum ini penonton pernah disajikan dengan drama-drama yang menggunakan dialek Kelantan, Kedah, Negeri Sembilan mahupun Perak, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam usaha menambah variasi program siarannya mulai 9 Februari 2010 menyiarkan sebuah drama khas berlatarkan dialek dan mengambil lokasi negeri Sarawak pula bertajuk Cintaku Di Mukah setiap Isnin hingga Khamis, jam 3.30 petang mengisi slot Galeri Famili di TV2.

Diterbitkan Citra Ummah Network Sdn Bhd, drama bersiri 13 episod, Cintaku Di Mukah mengangkat kemelut hidup seorang pemuda Sarawak bernama Saharudin yang berasal dari Mukah, Sarawak. Saharudin mengahwini wanita yang amat dicintainya, Marina setelah menamatkan pengajian mereka di universiti.

Namun begitu perkahwinan mereka tidak mendapat restu dari kedua ibu bapa Marina kerana dia adalah satu-satunya anak yang mereka harapkan untuk menumpang hidup bersama mengurus perniagaan keluarga.

Akibat dari keras hati Marina, ibu bapanya akur akan perkahwinan itu namun semuanya berubah apabila Saharudin terpaksa pulang ke Mukah untuk menjaga ayahnya yang terlantar sakit.

Kedua ibu bapanya melarang keras Marina untuk mengikut Saharudin pulang ke Sarawak. Justeru hanya perpisahan yang menjadi titik tolak perkahwinan tanpa restu kedua ibu bapa itu. Tanpa disedari Saharudin, Marina telah mengandungkan anaknya disaat beliau pulang ke Mukah.

Sejak itu Saharudin tidak pernah pulang ke Semenanjung kerana dilarang oleh ibu bapa Marina untuk mereka bertemu di Sarawak membawa hinggalah ke 20 tahun kemudian tiba.

Saharudin telah berkahwin dengan Zaharah dan mendapat 3 cahayamata namun kekecewaan mengenangkan rasa bersalahnya terhadap Marina mengakibatkan anak-anak remajanya terabai tanpa perhatian seorang ayah. Mereka masing-masing mencari ruang hidup sendiri tanpa kasih sayang seorang ayah.

Kejayaan seorang dari anaknya, Imran melanjutkan pelajaran di Unimas dan kemelut kisah suka duka percintaan Imran bersama Dayang di Unimas serta kehadiran pelajar tahun akhir bernama Najmi telah mempertemukan kembali Saharudin dan Marina yang telah lama terpisah.

Namun masihkah ada ruang untuk menyambung kembali ikatan kasih antara kedua pasangan yang dipisahkan takdir ini? Bagaimana pula mereka berdepan dengan saat-saat tidak terduga apabila dipertemukan semula?

Teruskan bersama pelakon-pelakon popular tanah air antaranya Zack X-Factor, Rizal AF, Mahmud Ali Bashah dan Wan Nor Azlin untuk mengetahui siapakah Najmie di episod-episod akhir drama bersiri ini? Atau adakah pertemuan itu kesudahan yang membahagiakan atau menambah kedukaan Saharudin? Saksikan drama bersiri Cintaku Di Mukah setiap Isnin hingga Khamis, jam 3.30 petang di TV2.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Sinopsis Filem Evolusi KL Drift Lakonan Fasha & Farid Kamil
  • Poster filem Cintaku Forever & Cinta Nan Satu Sama?
  • Gambar Anak Malique Too Phat dan Melissa Maureen Rizal
  • Drama Bersiri Ghost Lakonan Cheryl Samad Carmen Soo
  • Drama Pelangi Kasih Lakonan Nabila Huda Beto Kushairy
  • Drama Menarik Sepanjang April di TV2
  • Gambar Danny Pelakon Drama Pria di Astro Ria
  • Drama Kerana Cintaku Saerah Sudah Bermula, Apa Pendapat Anda?
  • Kuza, Zila Bakarin, Sabri Yunus, Suhaimi Kaswan Dalam Drama Iradat
  • Profil Samuel Rizal Arifin



  • 26 Komen untuk entri “Drama Cintaku Di Mukah Lakonan Zack X-Factor, Rizal AF, dan Wan Nor Azlin”

    1. Hamba Allah kata:

      Petanglapulak…camana nak tgk ni? Keja lor…

    2. budak kecik kwn artis... kata:

      dah tengok dah

    3. emyliya kata:

      nape episod nya cket sgt?

    4. emyliya kata:

      by d way thanx sbb bahasa sarawak dipandang juga akhirnya…….. thanx a lot bg peluang kat amirul af…….. dia kiut sesangat

    5. natashamiera kata:

      wahhh bestt nyer,…minat sgt kat Rizal…,semalam ader tgok,…best jugak mamat nie berlakon eh,..mmm cuba berlakon filem mesti bestkan mamat nie.rupe ader,.gaya pun ader,…tapi knape kurang keluar dlm TV ea,…harap rizal jgn lah fokus menyanyi je, cuba2 lah ambil peluang berlakon BAKAT ader tu….syang pengarah tak cuba bagi peluang pada dia,..
      harap2 rizal terus berjuang dan satu hari nanti nak tgok rizal berlakon dalam FILEM PULAK ;-)

    6. ladyNaz kata:

      uiii setuju sgt dgn statement tu,…rizal all da best n gud luck ok.satu hari nanti saya pasti rizal leh berjaya… bila lagi nak berlakon filem,..unik betul bahasa sarawak.suke sgt dgr.

    7. natashamiera kata:

      wahh best nyer,..semalam ader tgok cite nie,.suke sgt kat rizal berlakon. ade bakat jadi pelakon terbaik satu ari nnti.mmm bila lagi nak berlakon filem.jgn asyik nyanyi je teruskan berlakon.bakat berlakon rizal tu menyerlah dlm cite tu…

    8. AWANG Sepul kata:

      besz 2 cta towk eh….
      tapi episod ckit glk
      mun dpt polah lah gikcta nak mcm towk…..
      tiap2 hari gik mek diat cta towk
      Nang best………………
      semoga dpt molah cta nak mcm towk lgk……….

    9. al-islami kata:

      emmmm…best ng best.p,kaka swak tang lain jak.angol juak mek dgr.mek nga cita tok cz nk nga mukah jak.p,bila dh bc sinopsis ingn glak nk tauk ending nya lak

    10. fai kata:

      yeahh .. kmk suka nangga cita tok … ari2 kmk nangga .. kitak org boleh nangga online juak …

    11. daksengal kata:

      best je aq dgr loghat srwak ni..unik sgt…tol ke zack x-fctor de blakn dlm cte ni…apsal xkua pn..ke aq yg da tlpas scene dy?? ?

    12. fieyza93 kata:

      hu3
      kmk baruk ingat nakk nangga ceta towq ptg tdik Khamis(18/2/2010)..hu3
      kmk x ingat bila ceta towq ditayangkan…
      he3….cute dew jak muka AMIRUL AF dlm towq…lmak x nangga muka nya ewhh..tenggelam alu jawq…amirull..please make some single k…i love ur voice….thanxx c0z ada jugak drama bahasa s’wak…

    13. laleng88 kata:

      alhamdulillah…akhirnya nama Sarawak mjadi sebutan…
      inilah Sarawak sbenar…
      bukanlah spt apa yg sbilangan racist mbuat statement sbarangan…

    14. kimi kata:

      buat petang drama2 limited ni…kata 1 Malaysia napa tak nak wat mlm je..ptg..mak mak orang tgk la…ke rancangan tgh mlm penuh sgt….wat mlm laa bo la sume org leh kenal bahasa melayu sarawak tu…

    15. qeqwa kata:

      cney nak nangga cita tok scara online ow..kmk ctok x bertibi koh..online jak dpt..hehe..sepa2 tauk website blh tolong padah ow..maksehhhhh

    16. kui kata:

      apa nanma theme song cita tok hah? padah lok

    17. alya kata:

      gney mok tgga cta tok? bole download cne owh?

    18. firman kata:

      di putar lagi ya drama cintaku di mukah……………i like it…………..

    19. aisyah kata:

      lagu cita tok bez bh……cney nak download lagu ya…crik2 x juak jmpa…

    20. melanoGuy kata:

      oii..best juak ada org bikin filem d mukah ya..guey berterima kasih banyak sama rtm cause produce itu film..mukah boleh..melanau bule bah..

    21. firman kata:

      best drama…….

    22. annisa kata:

      best drama,tapi sikit gilak episode nye, tayang kan ageklah crita ni,…..

    23. akbar kata:

      CINTAKU DI MUKAH AKU SUKA CRITA NI, DI TAYANG AGEK LAH DRAMA TOK,………….

    24. charu kata:

      i lyk zac

    25. annisa kata:

      cobelah di putar agek ye drama tok, bagus tok drama,……………

    26. wan kata:

      layan juak cite tok ehh..mek duluk bekas student unimas..
      dapt juak la lihat kolej mek duluk..kacak dh kenek tok hoo..

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK