Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Drama Cinta Untuk Ain Lakonan Que Haidar, Nabila Huda, Sherry Ibrahim



Pada 16 Februari lalu telah berlangsung sesi ramah mesra antara media dan para pelakon Drama Cinta Untuk Ain di Sri Pentas. Budiey ingin mengucapkan syabas buat TV3 kerana setelah Slot Lestary bersiaran hampir 5 tahun, diperkenalkan pada tahun 2004, sampai sekarang masih berjaya mengekalkan prestasinya dengan meraih jumlah penonton melebihi 3 juta setiap minggu.

Mulai 24 Februari 2009, satu lagu drama romantis yang digarap oleh Akhbar Hashim dan diarahkan oleh Heykal Hanafiah akan menemui penonton TV3 setiap Selasa jam 9 malam.

Drama 13 episod ini menampilkan pelakon berpengalaman seperti Que Haidar, Nabila Huda, Eizlan Yusof, Fauzi Nawawi, Ako Mustafa, Sherry Ibrahim, Rahim Jailani dan Rozie Othman.

Pasangan Ideal?

Watak jahat dan perogol

Sherry Ibrahim

Heykal, seorang pengarah yang dikatakan berpengalaman luas dan sangat kreatif. Pernah mengarah drama Dosa Semalam, Terlerai Takbir Kasih, Sebelum Sejadah Dibentang dan banyak lagi. Mungkinkah drama ini ada imbas-imbas macam drama Rashid Sibir kerana pengarahnya adalah anak didik Rashid? Haikal menjelaskan sebagai pengarah baru dia banyak menimba ilmu daripada Rashid sebelum ini.

“Saya tidak nafikan pengaruh Rashid memang ada setiap kali saya mengarah drama kerana saya tidak boleh lari daripada gaya kerjanya memandangkan dia cikgu saya. Banyak ilmu diturunkan Rashid kepada saya. Sejak mula membabitkan diri dalam bidang penerbitan drama mahupun filem sehinggalah sekarang. 

Sebelum mengarah saya pernah menjadi pengurus produksi milik Rashid dan diberi tanggungjawab selaku penolong pengarah dan diangkat menjadi pengarah dalam beberapa drama terbitan Opera Klasik. Kalau ada yang berkata Cinta Untuk Ain ada iras dengan drama arahan Rashid, saya tidak boleh menafikan. Kalau selama ini ramai memuji karya dihasilkannya mengapa tidak saya mengikut. Saya akan menceduk apa saja sekiranya ia boleh memberikan kebaikan atau membuatkan drama arahan saya bagus pada pandangan penonton,” katanya.

Begitupun jelas Haykal, sepanjang penggambaran Cinta Untuk Ain, dia menerapkan gaya pengarahan baru bagi membentuk identiti sendiri supaya penonton tidak menyamakan drama itu dengan karya Rashid. Mengenai Cinta Untuk Ain, kata Haykal dia tidak menghadapi banyak masalah kerana semua krew dan pelakon sudah biasa bekerja dengannya.

“Walau walaupun temanya cinta tetapi plotnya banyak dan agak berat terutama membabitkan watak utama Ain lakonan Nabila Huda. Ain digambarkan seorang gadis yang mempunyai sejarah silam iaitu pernah dirogol dan dijual bapa tirinya untuk dijadikan pelacur. Sewaktu cuba melarikan diri dia terjatuh lalu hilang ingatan. Sepasang suami isteri yang kehilangan anak perempuannya bertemu dengan Ain dan mengambilnya menjadi anak angkat mereka. Secara perlahan-lahan sewaktu bertemu dengan Shahrul (Que Haidar) dia mula mengingati sejarah silamnya. Shahrul meluahkan perasaan cintanya pada Ain tetapi gadis itu takut hendak menerimanya kerana bimbang dengan sejarah hitam dialami.

“Bagi memastikan lakonan dihasilkan berkesan selalunya saya akan menggunakan Nabila sebagai senjata dengan memintanya bermain cinta dengan Que. Tetapi perkara seperti ini bukan selalu saya lakukan sebaliknya ia dibuat sekiranya membabitkan babak besar dan penting,” katanya.

Apa kata Nabila Huda sebagai Ain:

“Sebagai pelakon apabila sering sangat diberikan watak jahat saya berasakan ia tidak lagi memberikan cabaran. Dalam drama ini kali kedua saya memegang watak gadis teraniaya dan memerlukan saya banyak menangis. Kali pertama saya memegang watak seakan sama dalam Laila Majnun. Penting sebagai pelakon saya menunjukkan kepelbagaian dalam memainkan watak. Saya mengharapkan Cinta Untuk Ain akan memberi peluang kepada penonton melihat kemampuan sebenar saya,” katanya.

Que menjelaskan kerana dia dan Nabila rakan akrab, apabila membabitkan babak cinta membuatkan dia berhadapan dengan masalah untuk melakukan aksi romantis.

“Nabila suka mengusik saya sewaktu penggambaran dijalankan. Mengambil contoh sewaktu babak kami bernikah, apabila kamera merakamkan wajah saya, dia yang berada di depan akan membuat ‘wajah’ lucu. Sehinggakan saya selalu saja hendak ketawa walaupun waktu itu sebenarnya babak sedih.”

Que turut berasakan bekerja dengan produksi Cinta Untuk Ain cukup mudah kerana semua orang memberikan kerjasama baik dan tahu tanggungjawab masing-masing.

“Bayangkan selepas hampir sebulan berada di lokasi hubungan kami menjadi sangat rapat. Kalau kata babak untuk saya tidak ada dalam dua tiga hari, ada antara kakitangan produksi menghubungi saya dan minta saya datang ke lokasi untuk melepaskan rindu. Begitu juga dengan Nabila yang kadang-kadang sanggup bangun awal pagi untuk masak sebelum datang ke lokasi menjamu semua krew termasuk para pelakon yang ada. Ibaratnya kami bekerja dalam satu keluarga yang besar,” katanya.

Saksikan drama ini setiap Selasa jam 9 malam.

Budiey: Suka tengok gelagat artis bercinta kat luar dari bercinta dalam drama.

Tags: ,

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Nabila Huda di Shout! Awards 2010
  • Gambar Lama Sherry Ibrahim di Majalah Mangga
  • Drama Cinta Untuk Ain Ganti Drama Ku Milikmu di TV3
  • Gambar Sherry Ibrahim Lelong Kek Di Karnival Amal ABPBH
  • Jawapan Trivia: Nabila Huda HOT!
  • Gambar Nabila Huda di ABP 2009
  • Gambar Terbaru Que Haidar di Sidang Media Cinta Untuk Ain
  • Gambar Terbaru Nabila Huda Play Hard Camelia Yang Tak Feminine
  • Gambar Sherry Ibrahim @ Anugerah Juara Lagu 23
  • Gambar Ashraf Muslim dan Sherry Ibrahim di Anugerah Skrin



    • shin chanz

      go nabila,go zizan..

    • june

      part 1 jer dah best…fuhh mantap..

    • montecristo

      boleh saya tahu lagu tema untuk cerita ni?…selain sixth sense..tanpa…ada lagu yang best..lagu apa ya?..tolong

    • http://topnhot.blogspot.com eva

      jarang tgk cite melayu..tapi bila tgk cite ni buat perasaan berbunga2..best laaaa

    • que

      aku pon stuju dgn cikmontecristo….. ada lagu yg best.. tp xtahu penyanyi sapa….. hehheehe

    • ula kawe kenduk

      yela bnyak lagu best2 .ada satu music main guitar pun best tlg la bagitau list setiap lagu dlm cite nie…

    • azmin

      lagu ape yer tolongla bagitahu saya .saya suka tul lah tema dia yg bila setiap kali iklan tu untuk iklan drama cinta untuk ain tu ada satu lagu best tu apa yer tolonglaaaaaaaaaaaaaaa bagi tahui puas saya cari

    • que

      ok.. aku dapat da… Ello-masih ada.. tp yg music main gitar tue aku pon xtahu lagu aper…. adohhhhh….. hehehe ada sapa2 tahu?

    • http://www.youtube.com/watch?v=6peGvhmDR_s annonymous

      try tristan prettyman – madly

    • ula kawe kenduk

      hahaha aku dpt dah yang lagu rancak tu kumpulan five minutes semakin ku kejar semakin kau jauh..pastu music main guitar tu lagu john mayer -daughter….slamat mencari hehehe

    • ula kawe kenduk

      tp aku ada masaalah br plak smalam episode 5 masa cite tu nak abih ada lagu indon masa kawan ain tu luah feeling kat que haidar….help me…cr lagu ape tu..

    • sha_scha

      aku tau ula kawe kenduk tjuk lagu die Bertahan dari Rama band..cbe ler cr..ak dh dwnload lgu die mmg best gle ak ske sgt lgu tuh ..slamat mencari mesti ade!~

    • apecskate

      thanx la sha_scha aku nie kawan ula kawe kenduk aku dah cr lagu rama-rama band tu memang sempoi…tapi ula kawe kenduk ckp dia masaalah br plak lagu episode 6 ada lagu nasyid msa ayah dia duk mencari anak dia….

    • sha_scha

      hahaha tuh sha pn nk dok cr skang t lau sha dh jmpa sha gtau k hehe..lgu dlm cte nie sme best best..lg satu lgu dlm cte nie rama band jga tajuk saat saat terindah best jga..nie mse ain nk kena rogol tuh teringat blk..best gak lgu nie dgr ar..yg nasyid tuh t sha usha k..check it out

    • sha_scha

      hahaha tuh sha pn nk dok cr skang t lau sha dh jmpa sha gtau k hehe..lgu dlm cte nie sme best best..lg satu lgu dlm cte nie rama band jga tajuk saat saat terindah best jga..nie mse ain tringat ksh lme tuh teringat blk..best gak lgu nie dgr ar..yg nasyid tuh t sha usha k..check it out

    • sha_scha

      hahaha tuh sha pn nk dok cr skang t lau sha dh jmpa sha gtau..lgu dlm cte nie sme best best..lg satu lgu dlm cte nie rama band jga tajuk saat saat terindah best jga..nie mse ain tringat ksh lme tuh teringat blk..best gak lgu nie dgr ar..yg nasyid tuh t sha usha k..check it out

    • sha_scha

      hai sme sha kembali lg..dh dpt dh lgu nasyid tuh mmg best..dh dwnload pn..tajuk doaku haddad alwi yg dlm cinta utk ain tuh..n atau pnah dinyanyikan oleh ustaz akhil hayy sdp gak die nyanyi tp tak tau ler lgu spe sbnrnye..yg dlm cte nie haddad alwi yg nyanyi tp 2 2 pn ttp best nyanyi kan lgu nie..mr lar kite sme sme mencari erti keinsafan dlm diri kita! thnks sme..

    • http://www.friendster.com/cikfairus cik_fai

      wow…. akhir nye…. dpt gak fai donlod lagu2 tu…. hik3…. ske glerr…. puas dok cr… tengs sha :)

    • http://FANIADANIELLA AIEDA PENANG

      cite ni mmg sweet sngt,tiap2 minggu msti xkn miss pnye lh..dh tngk cite ni mula la tingat mcm2..tingat kt boy lh..klw time ain sedih,kite pn sedih gk,smpai t’bwa2 dlm tidr..pastu tingat lh psal dri ak lak..lebih2 lak!hehe..nabila look so cute dlm cite ni..dgn cra dress up die..rmbut die cm barbie doll..blh dpt anugrh tk klw die trus kkalkn imej cm nie..huhu..kite dr xske die trus jd suke tngk cite nie..

    • sha_scha

      hehe ok cik fai takpe…mmg best cte nie tak leh nk ckp pe g dh hehe!~

    • proteus_slytherine

      ade lg 1 lagu tak jmpa la…. tak tahu tajuk pe…
      klo sape2 tahu tlg bgtau… nk cari lagu tu…
      thnk u..

    • sha_scha

      lagu yg part mane lak nie erk!~

    • itam

      kat episod 8. lagu tu best. macam ni lebih kurang lirik nyer. “bila mungkin kau lihat ku menanti diri mu”.. tolong kawan2

    • jack

      itu lagu five minutes-semakin ku kejar semakin kau jauh

    • ara

      hi…..
      minta tolong nak thu tajuk lagu…
      time que teringat kat ain….n ain nangis dalam bilik terbaring teringat kat que sambil nengok gambar dieorg….pe yer lagu die?
      best gler….dalam episod bape ntah lupe…tp 05/05/09 punye episod….

    • azroy

      Salam..
      Kalau Tak silap Lagu tu dari Kumpulan Rama..Tajuk lagu Saat Terindah..Selamat mencuba..
      Salam..

    • azura

      aaah lagu tu tajuk Saat Terindah.. melodi dia fulaweii best :) thanks azroy

    • totalcucu

      meqom..
      korang stuju x kalo cite ni ade lagi?????

    • quntum

      selain lagu tanpa sixthsense n lagu rama-saat2 terindah..
      ade lagu lain ke dalam citer ni..
      tlong la..
      plz..

    • http://topnhot.blogspot.com eva

      last episode last tuesday 19/05/09 nasib baik sempat tgk..blk keje xsempat buka baju terus tuju tv… aadoiii xleh tahan tgk que haidar merayu (hope sidia baca my statement ni huhu) *****star bg drama ni…best gilerrrrr esp. que & nabila

    • amy

      Saya amat teruja menonton drama Cinta Untuk Ain mmg class citer ni tahniah nabila dan que haidar.Episod terakhir drama ini amat saya nanti2 kan dan saya dah agak mesti berakhir dgn perkahwinan….sampai saya menitis airmata menghayati citer ini. Lastly, bagus lakonan semua para pelakon dan citer ini dari mula hingga akhir mbuat kan kita tidak bosan dan ternanti-nantikan setiap hari selasa….

    • murni

      sy nak sgt tau mngenai tajuk2 lagu dan nama penyanyi selain lgu “tanpa” yg ada dlm drama “cinta utk ain”….

    • http://www.myspace.com/madi_emphatic emphatic

      trimas pd insan yang bernama azrol

    • wawa alhabshee

      w0w! akhirny ak jmpa lagu yg ak cr..!
      TQ!



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK