• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Drama Cinta Kau Dan Aku Temukan Sara Ali Dan Fizz Fairuz

7
  • by Budiey
  • in Drama
  • — 6 Feb, 2013

Adaptasi Novel “Cinta Kau Dan Aku” Temukan Sara Ali Dan Fizz Fairuz Di TV1

Permintaan novel diterjemah ke layar skrin semakin mendapat sambutan hangat. Oleh itu, hari ini kita dapat melihat banyak karya-karya hebat versi drama bersiri dan telefilem yang diadaptasikan daripada novel popular yang sememangnya menjadi trend pilihan penonton masa kini.

Terbaharu Radio Televisyen Malaysia (RTM) turut tidak ketinggalan untuk berkongsi sebuah drama bersiri adaptasi menarik daripada novel popular Cinta Kau Dan Aku karya Siti Rosmizah terbitan Buku Prima. Tampil dengan tajuk yang sama, siri Cinta Kau Dan Aku ini menggandingkan watak utama Sara Ali dan Fizz Fairuz di samping Mardiana Alwi, Dynas Mokhtar, Syawal AF dan Mustafa Kamal bakal menemui penonton mengisi slot Arca mulai 15 Februari 2013, setiap Khamis dan Jumaat, jam 10.05 malam menerusi saluran TV1.

Drama Bersiri Cinta Kau dan Aku

Peminat novel ini pastinya teruja menyaksikan lakonan pelakon kecil molek Sara Ali menghidupkan watak Nur Farisya Iman yang dipanggil Risya juga pelakon utama Fizz Fairuzz dengan watak Farish Hakimi. Plot ceritanya berkembang bila mana mampukah seorang tomboi menerima cinta lelaki yang juga bosnya.

Cerita ni bermula dengan seorang gadis yang cantik, baik dan namun keluarganya hidup dalam serba kekurangan setelah ayahnya meninggal dunia. Sejak itu dia mengubah penampilannya menjadi seorang yang kasar namun masih berbudi bahasa.

Kemiskinan hidup mereka menyebabkan dia tidak dapat meneruskan pelajaran ke universiti dan terpaksa membantu ibunya berniaga kecil-kecilan di warung. Namun kemudiannya dia mengambil keputusan untuk mengikut temannya, Milah berhijrah dan bekerja di Kuala Lumpur sebagai pemandu peribadi kepada majikan Milah yang merupakan tokoh korporat yang terkenal. Dengan kesungguhannya, Risya berjaya meyakinkan majikannya untuk diterima bekerja.

Namun tiada siapa yang menyedari dalam diam Farish Hakimi jatuh hati terhadap Risya dan kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya lelaki itu apabila ibu Risya jatuh sakit, dia segera menghulurkan bantuan kos pembedahan penyakit jantungnya. Rasa terhutang budi dengan lelaki itu membuatkan ibu Risya menyarankan agar Farish Hakimi mengahwini anaknya Risya. Pantas sahaja lelaki itu bersetuju dan tindakannya itu benar-benar mengejutkan Risya yang kemudiannya hanya menurut kehendak ibunya. Mereka kemudiannya melayari bahtera hidup sebagai suami isteri yang bahagia. Apatahlagi baru merasai nikmat cinta setelah berkahwin meskipun adakalanya mereka bertelagah kerana sikap cemburu buta Farish Hakimi.

Tetapi konflik mula berlaku setelah kehadiran keluarga dan bekas tunang Farish Hakimi ke rumah mereka. Mereka mula merancang niat jahat memisahkan pasangan itu dengan segalanya didalangi oleh bekas tunang dan adik Farish Hakimi sendiri. Perangkap di atur mereka seringkali gagal namun impian mereka jadi kenyataan bila satu hari Risya diperangkap bersama teman baiknya. Farish Hakimi yang sedang marah dan gagal mengawal perasaan terus menceraikan Risya tanpa usul periksa. Malah Risya juga terpaksa menerima hakikat dirinya keguguran anak sulong mereka. Ketika itu Farish Hakimi tanpa rasa bersalah berlepas ke UK meninggalkan Risya.

Sangkaan mereka bahawa perpisahan jalan terbaik dalam hubungan mereka meleset. Mereka berdua tetap saling merindu meskipun tidak bertemu. Risya cuba bangkit apatahlagi dia ditawarkan menjadi model di Singapura. Namun ketika di lapangan terbang dia tanpa sengaja bertembung dengan bekas suaminya itu dan sejak itu mereka sering bertemu.

Mampukah cinta mereka berdua kembali bertaut? Atau banyak lagi dugaan dan rintangan diaturkan adik perempuan Farish Hakimi dan bekas tunangnya untuk memastikan mereka takkan mungkin bersatu? Saksikan kesudahan drama bersiri Cinta Kau Dan Aku hanya di TV1.

watak Risya dan Milah sebagai kawan baik

babak dalam Cinta Kau Dan Aku

babak dalam Cinta Kau Dan Aku berlatarkan kampung

Komen via Facebook

Komen

Share

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Shila Amzah Luah Perasaan Tak Mahu Lagi Dikongkong
  • Next story Pakar IT Azli Paat Meninggal Dunia

ENTRI BERKAITAN

  • KRU Studios Terbitkan Drama Superhero CGI Pertama Bio-Nik 12 May, 2009
  • Kisah Cinta Tidak Berkesudahan Dalam Love Compulsory 2 19 Apr, 2013
  • Sheera Iskandar, Wan Maimunah Dalam Drama Fatimah Najwa 27 Aug, 2008
  • Drama Romeo Lakonan Isma Aliff di TV3 4 Jul, 2008

7 Comments

  1. Nur Izzaty says:
    Sunday, February 17, 2013 at 8:33 pm

    hurm.. bt0l2… nape fizz fairus yg jdik her0 ek..? amik plakOn amar asyraf yg hensem t0o lgy ssuaaaaaiiiiii..! :)

  2. nurul says:
    Wednesday, February 20, 2013 at 5:18 pm

    betul la apasal hero dia fizz fairuz x sesuai dgn watak.novel best drama mcm slow skt pelakonnya.

  3. Nurazlyn Ailynn says:
    Thursday, February 21, 2013 at 9:49 am

    Lau plakon dya SITI SALEHA dan ZAIN SAIDIN mest ok kn. :)

  4. eka asa'ari says:
    Saturday, March 2, 2013 at 12:20 pm

    cte ni syok nyer setiap ari khmis dan ari jumaat mesti tngok arr x kn terlepas punya cte yang best ni

  5. milah says:
    Saturday, March 30, 2013 at 2:12 pm

    sye rse mcm sesuai sbb sara ali punye suare kasar so mcm sesuai je.., fizz fairuz mule2 je mcm tak sesuai pstu dh lme2 tu sesuai plak..,

  6. wawa says:
    Tuesday, April 16, 2013 at 5:49 am

    eh tgk la dlu.. best pa dorg belakon.. jgn sbb hal personal artis trus kta dorg belakon xbest.. sya ketepikan hal personal and realiti dorg and bila tgk citer nie.. jd lupa lah plak yg belakon tu fizz fairus dan sara ali pn pndai hidupkan watak risya.. bnyk cite diadaptasikan dari novel dan jarang yg betul2 boleh hidupkan watak2 dari novel and saya sgt puji drama nie dari segi pelakon, cra shooting, lagu2 dan plot dia.. terbaik !!

  7. Mas Malik says:
    Monday, April 22, 2013 at 1:18 pm

    Betul tu …siapa tak tengok rugi. Cite ni memang best gilar. Saya dah tengok 6 kali di Youtube. Watak Fizz Fairus dan Sara Ali memang hidup sebagai Farish dan Farishya. Tidak semudah untuk membawa watak lucu, cemburu, kemarahan, kesedihan dan cinta yang boleh mencuit hati penonton. Apa adanya kalau setakat hensem dan lawa tetapi lakonan tidak memuaskan. Saya ucapkan syabas kerana mengambil pelakon yang terbaik. Fizz Fairus pun hensem apaaa… Bagi saya Sara Ali memang best giler dan cute. Kata orang kecik2 cili padi. Ini kali pertama adapsi petikan dari cerita Novel telah berjaya menghidupkan watak ceritanya. Tidak seperti cite novel yang pernah saya tonton “Sehangat Asmara”, “Adam & Hawa”,”Antara Kau & Dia”,”Destinasi Cinta Sara” dan banyak lagi….lakonannya kaku, lembek….boring.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • KONSERT MEGA BINTANG

    RadiGlow

    KONSERT MEGA BINTANG

    Tempat: Resort World Convention Centre, Singapura

    Tarikh: 8 Jun 2013 (Sabtu)

    Masa: 8 malam

    Info Tiket: www.sistic.com.sg atau hubungi +65 6348 5555

    Budiey.com Sebagai Blog Rasmi Konsert Mega Bintang

  • SEARCH

  • TERKINI

    • Afiq Muiz Mengaku Hilang Kerja & Dibanned Stesen TV
    • Kontrak Maya Karin Jadi Duta Tilam Vono Dilanjut Setahun Lagi
    • Bapa Afiq Muiz Diminta Tampil Jadi Orang Tengah Selesai Kemelut
    • Apa Perubahan Besar Dalam Akademi Fantasia 2013
    • Ujian Air Kencing Positif Mahkamah Tinggi Perintah Saiful Apek Bela Diri
    • Program Popular Korea Running Man Disiarkan di TV2
    • Jangan Aib Keluarga Nasihat Zed Zaidi Kepada Afiq Muiz
    • Eina Azman Mahu Saman Ibu Afiq Muiz
    • Gambar Zo In Sung Kongsi Makan Cotton Candy Dengan Peminat Setia
    • Gambar Zo In Sung di Temubual Bersama Media Malaysia
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • Bintang-Mencari-BintangAchey Juara Konsert Penentuan Kumpulan A Bintang Mencari BintangWednesday, May 22, 2013
    • konsert-mega-bintangPeraduan Menangi Tiket Konsert Mega BintangTuesday, May 21, 2013
    • anuar-dayangGambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala LumpurWednesday, May 15, 2013
    • cnblue-konsertTiket Konsert CNBLUE Mula Dijual Hari Sabtu IniWednesday, May 15, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • Hayrin Matahir on:Mencari Ramli Kini Mencari Jaguh Bolasepak Paling Hebat
    • nura on:Bekas Isteri Jimmy Shanley Mengaku Hamil Anak Luar Nikah
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • AFTER EARTH MULAI 6 JUN

    After Earth
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    18Jun2013

    Konsert Mega Bintang

    Rossa, Ungu, Afgan & Ramai Lagi

    Dari 20:00 hingga 23:30

    di Resorts World Convention Centre, Singapura

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Afiq Muiz Mengaku Hilang Kerja & Dibanned Stesen TV
    • Kontrak Maya Karin Jadi Duta Tilam Vono Dilanjut Setahun Lagi
    • Bapa Afiq Muiz Diminta Tampil Jadi Orang Tengah Selesai Kemelut
    • Apa Perubahan Besar Dalam Akademi Fantasia 2013
    • Ujian Air Kencing Positif Mahkamah Tinggi Perintah Saiful Apek Bela Diri
    • Program Popular Korea Running Man Disiarkan di TV2
    • Jangan Aib Keluarga Nasihat Zed Zaidi Kepada Afiq Muiz
    • Eina Azman Mahu Saman Ibu Afiq Muiz
    • Gambar Zo In Sung Kongsi Makan Cotton Candy Dengan Peminat Setia
    • Gambar Zo In Sung di Temubual Bersama Media Malaysia
    • Zo In Sung Tak Sangka Ada Ramai Peminat di Malaysia
    • Sinopsis Telemovie Dewi Suria Arahan Zul Huzaimy
    • Aliff Aziz Kini Bergelar Pengembala Kambing
  • KALENDAR

    May 2013
    M T W T F S S
    « Apr    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.