in ,

Drama Bersiri Tentang Hati Lakonan Aaron Aziz & Fasha Sandha

13 Episod “Tentang Hati” Gandingan Aaron Aziz, Fasha Sandha, Rusdi Ramli dan Anzalna Nasir Di TV2. Gandingan pelakon popular Aaron Aziz, Fasha Sandha, Rusdi Ramli dan Anzalna Nasir disatukan dalam sebuah drama bersiri terbaharu berjudul “Tentang Hati” disiarkan menerusi saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM).

13 episod Tentang Hati yang bersiaran mulai 6 Ogos, setiap Rabu dan Khamis, pukul 9.00 malam di TV2 nyata bakal memberikan saingan hebat kepada drama-drama sedia ada tayangan waktu perdana di kaca televisyen.

Drama arahan Feroz Kadir terbitan Global Station Sdn Bhd ini mengisi slot Selekta Prima yang menjanjikan tayangan drama-drama bersiri terbaik khas untuk penonton setia saluran RTM.

Ia mengisahkan tentang Azia (Fasha Sandha) seorang pemilik resort yang merupakan harta peninggalan keluarga. Azia menghadapi konflik percintaan bersama Zaquan (Aaron Aziz) dan pada masa yang sama, Umar (Rusdi Ramli) turut mernyimpan perasaan kepada Azia.

Sarat dengan babak-babak cinta dan kekeluargaan yang mendalam, penonton pastinya teruja menyaksikan plot kisah gandingan pelakon-pelakon hebat tanah air ini hanya di TV2.

babak sedih

Fasha Sandha dan Rusdi Ramli

babak kahwin

babak nikah

Drama Tentang Hati

Fasha Sandha dan Aaron Aziz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Drama Bersiri Terbaru di TV3

Running Man in Asia Race Start in Malaysia Second Season