in

Drama Bersiri Teduhan Kasih Ada 3.2 Juta Penonton

[dropcap]B[/dropcap]udiey nak ucapkan sekali lagi, tahniah buat semua yang menjayakan drama bersiri Teduhan Kasih kerana telah berjaya mencatat 3.2 juta penonton sejak ditayangkan menerusi slot Akasia di TV3 bermula 15 Mei lalu. Pada petang tadi, Budiey dapat lihat sendiri drama ini menjadi satu fenomena kerana ramai giler orang yang membanjiri Restoran Rasta, Taman Tun Dr Ismail semata-mata mahu bertemu dengan para pelakon drama ini.

Pengurus Besar Kumpulan TV3 & TV9, Sherina Nordin berkata, ia merupakan antara karya yang mendapat sambutan baik berbanding drama-drama lain menerusi slot berkenaan.

“Drama ini mendapat sambutan sangat baik sehingga dia menjadi drama nombor satu menerima catatan tertinggi. Purata tontonannya adalah 2.7 juta dan pada suatu ketika ia pernah mencatat sehingga 3.2 juta orang. Oleh itu, sebagai tanda penghargaan kepada penonton-penonton setia drama ini, TV3 mengadakan tayangan eksklusif episod akhir bersama pelakon-pelakonnya.”

Dianggarkan kira-kira dua ribu penonton hadir bagi menyaksikan episod kemuncak itu. Slot Akasia bersiaran dari hari Isnin sehingga Khamis bermula pukul 7 malam. Sementara itu, pelakon utamanya Adi Putra mengakui tidak menjangkakan sambutan peminat yang mengalak untuk drama tersebut.

“Saya memang tidak sangka yang drama ini mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga nama saya juga kini lebih dikenali sebagai Ehsan berbanding Adi Putra. Bagaimanapun, bukan kerana saya sahaja tetapi pelakon-pelakon lain juga berlakon dengan baik dan mampu menarik perhatian penonton.”

Selain Adi Putera, antara barisan pelakon yang hadir bersama-sama menyaksikan episod terakhir itu ialah Sherry Ibrahim, Nabila Huda, Zarina Zainuddin, dan Shah Iskandar. Pada majlis tersebut juga penonton diberi peluang beramah mesra dan bergambar bersama pelakon. Drama 28 episod yang diangkat daripada naskhah novel Teduhan Kasih ini mengisahkan kehidupan seorang lelaki bernama Ehsan lakonan Adi Putra yang berkahwin dengan wanita bernama Iffa (Sherry Ibrahim).

Pelbagai rintangan dilalui pasangan ini demi mengekalkan kehidupan rumah tangga biarpun sering diganggu oleh Ayu (Nabila Huda). Sementara itu drama Demi Dia arahan Aziz M Osman dan dilakonkan oleh Zoey Rahman serta Elfira Loy akan mengambil alih slot berkenaan bermula Rabu.

#LiveUpdate : Gambar @adp_adiputra & @sherryibrahim pelakon #TeduhanKasih yg berjaya mengumpul 3.2 juta penonton. @tv3malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hanez Suraya Gagal Lupakan Awi Rafael

Selebriti Jadi Usahawan Dalam Program 9 Pintu