in , ,

Drama Bersiri Semanis Janji Lakonan Elly Mazlein

Konflik 3 Beradik Dalam Drama Bersiri : Semanis Janji Slot Arca, Setiap Ahad, Jam 10.00 Malam Di TV1

Ketabahan wanita bernama Aishah lakonan berkesan Elly Mazlein diangkat menerusi sebuah drama bersiri disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk Semanis Janji pada setiap Ahad, jam 10.00 malam di TV1 yang turut menyaksikan penyanyi dan pelakon yang bergelar tunangan orang itu bergamdingan dengan Zamarul Hisham, Elly Mazlein, Baby Farah, Abu Bakar Juah, Rosnah Johari, Diya, Maimon Mutalib dan Mahmud Ali Bashah.

Sepanjang 26 episod siarannya, drama rantaian mengisi slot Arca ini, Aishah mengangkat martabat seorang wanita yang gigih dan tabah dalam meneruskan kehidupan sebagai seorang kakak sulong yang sanggup berdepan pelbagai rintangan dan dugaan demi memastikan kebahagiaan adik-adikknya. Pada masa sama dirinya terpaksa berdepan dengan kerenah suami yang dikahwini bukan atas dasar cinta dan ibu saudara suaminya yang sanggup melakukan pelbagai onar semata-mata mahu berebutkan harta.

Drama ini mengisahkan tiga beradik; Aishah, Alia dan Azza yang berhijrah dan memulakan kehidupan baru tinggal bersama Dato Azman, setelah kematian ibu dan bapa mereka. Dato’ Azman merupakan kenalan rapat keluarga mereka dan sebelum menghembuskan nafas terakhir, bapa mereka mewasiatkan mereka tinggal bersama keluarga Dato’ Azman.

Dato Azman adalah seorang hartawan yang mempunyai empayar industri yang besar. Anaknya, Fazli pula menguruskan perniagaan perhotelan yang juga salah satu daripada perniagaan keluarga. Fazli seorang pemarah, sombong dan ego. Jarang nampak dia senyum atau bergurau.

Kehadiran Aishah, Alia dan Azza dalam keluarga Dato Azman tidak di senangi dan disukai adik Dato Azman, Puan Ainun. Namun, Dato Azman bertegas mahu 3 adik beradik itu tinggal dengannya dan menerima layanan baik dalam keluarga. Puan Ainun bukan saja tak sukakan Aishah dan adik beradiknya tetapi juga mahukan harta kekayaan dan perniagaan untuk dimiliki anak-anaknya, Ikram, dan Maya.

Konflik demi konflik timbul dalam perjalanan hidup 3 adik beradik ini. Segalanya bermula apabila, Alia dan Fazli jatuh cinta dan majlis perkahwinan mereka mula dirancang. Walaubagaimanapun, segalanya berubah apabila Alia kahwin lari bersama Hafiz, pekerja Fazli pada hari pernikahan mereka.

Dalam keadaan genting dan buntu, Puan Ainun tahu yang dia boleh mengambil kesempatan untuk memecah belahkan kehidupan anak saudaranya itu dengan ayahnya dengan menyarankan Fazli berkahwin dengan Aishah. Dato Azman tidak bersetuju pada awalnya namun persetujuan dari Aishah sendiri membuatkan majlis pernikahan diteruskan. Ini kerana Aishah ingin menjaga maruah keluarga Dato Azman dan membalas budi Dato Azman biarpun dihati kecilnya dia terluka.

Fazli pula tidak tahu yang Alia sudah melarikan diri. Dia terperanjat apabila melihat Aishah mengantikan tempatnya dengan siap berpakaian pengantin. Puan Ainun tahu yang Fazli pasti tidak membantah dalam keadaan tersebut. Dia tak boleh melarikan diri ketika dia sudah pun berada di hadapan kadi. Melihatkan keadaan Dato Azman yang ketika itu mula diserang sakit jantung, Fazli akhirnya merelakan lafaz nikahnya terhadap Aishah.

Dalam keadaan tertekan dan perasaan bercampur baur, Aishah berkahwin dengan Fazli. Setelah berkahwin, Aishah berhadapan dengan sikap Fazli yang menolak perkahwinan itu dan mula membencinya kerana bersetuju dengan perkahwinan tersebut. Bagi Fazli, Aishah punca segala masalah dan pada masa yang sama amat membenci Alia. Kerana Alia, dia membenci Azza dan Aishah. Azza yang melihat layanan buruk Fazli kasihan dengan kakaknya. Aishah meminta Azza jangan masuk campur dan terus fokus dengan pengajiannya.

Saban hari, kesihatan Dato Azman yang semakin tidak stabil dan dalam waktu itu juga Dato Azman mahukan Fazli berjanji agar menjaga perasaan Aishah. Kerana sayangkan Dato Azman, Fazli akhirnya bersetuju biarpun dalam keadaan terpaksa dan berpura-pura. Fazli dan Aishah banyak berlakon, pura-pura baik dan mesra di hadapan keluarga terutama di hadapan ayahnya, Dato Azman.

Namun dibelakang mereka, Aishah menderita dengan layanan Fazli. Walau seperti mana pun herdikan Fazli, Aishah bertahan kerana dia sedar yang dia dan adik beradiknya ditakdirkan untuk menjadi keluarga Dato Azman yang kini dianggap ayahnya sendiri. Aishah tahu dia kini bertanggungjawab untuk menjaga dan melindungi keluarga itu yang kini menjadi keluarganya.

Setelah banyak menghabiskan masa bersama dan saling menyokong dalam setiap masalah yang dihadapai, hubungan Aishah dan Fazli makin intim. Bunga-bunga cinta makin mekar di hati masing-masing. Sedang hubungan Alia dan Hafiz makin tertekan dengan masalah kehidupannya kerana Hafiz tidak bekerja sejurus mereka kahwin lari.

Lalu apakah kesudahan pergolakan hati yang membelenggu tiga beradik ini? Bagaimana Aishah sebagai kakak sulong menyelesaikan permasalahan yang timbul pada masa yang sama berjayakah dia menyelamatkan rumahtangganya bersama Fazli?

drama bersiri Semanis Janji

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hantu Bonceng Kutip RM5 Juta Dalam 5 Hari Tayangan

Senarai Drama & Telefilem Anugerah Skrin 2011