in ,

Drama Bersiri Satu Hari Temukan Remy Ishak & Sara Ali

Slot Ratu membawakan satu lagi karya terbaru, terbitan Primeworks Studio Sdn. Bhd. yang buat pertama kalinya menggandingkan pelakon hebat Remy Ishak dan Sara Ali untuk penonton setia TV9. Drama 14 episod ini bakal bersiaran bermula 2 Disember dan turut dibarisi oleh pelakon Rita Rudaini, Miller Khan dan Hafizul Kamal.

Satu Hari mengisahkan tentang Sabrina (Sara Ali), yang bekerja di Sarajevo sebagai seorang penyelidik. Dia berkenalan dengan Isfahan (Remy Ishak) secara tidak sengaja yang pada ketika itu, Isfahan membawa hati yang penuh duka ke Sarajevo setelah cinta tulusnya dikhianati isteri yang curang bersama teman baiknya sendiri.

SATU HARI

Isfahan sangat mencintai Lia (Rita Rudaini) sehinggakan dia sanggup melupakan segala keterlanjuran yang Lia dan Moez (Miller Khan) lakukan tetapi Lia tetap berkeras minta diceraikan seolah-olah tiada lagi ruang di hati Lia buat Isfahan. Lebih berat lagi apabila Lia turut meminta Isfahan merahsiakan punca sebenar mereka bercerai daripada keluarga Lia sehinggakan mereka melarang Isfahan untuk bertemu Puteri, anak kecil yang sangat dikasihi Isfahan.

Ketika di Sarajevo, Sabrina pula berhadapan dengan cabaran apabila Ian, teman setugasnya yang berbangsa Irish jatuh cinta dengannya dan ingin memperisterikannya. Ian mula bertindak ganas apabila cintanya ditolak membuatkan Sabrina ketakutan apabila berhadapan dengan Ian. Kesempatan bertemu dengan Isfahan diambil oleh Sabrina untuk mengelakkan dirinya daripada Ian. Bagi Isfahan, kehadiran Sabrina sedikit sebanyak menjadi pengubat hati Isfahan. Semakin lama mula terbit rasa cinta di hati Sabrina buat Isfahan. Isfahan juga menjadi sebab untuk Sabrina menolak pinangan daripada Rizuan (Hafizul Kamal), sepupunya sendiri di Malaysia.

Isfahan pula masih lagi dibayangi memori silam setelah gagal dalam perkahwinan lantaran itu, dia amat berhati-hati untuk serius dalam perhubungan walaupun terbit rasa cinta. Namun, ketulusan hati Sabrina berjaya membuka pintu hatinya. Dalam mereka mula menyemai benih cinta Isfahan dikejutkan dengan berita yang anaknya Puteri sedang sakit dan memerlukan perhatiannya. Keadaan itu membuatkan hubungan Sabrina dan Isfahan terjejas apatah lagi Lia, bekas isteri Isfahan mula menyuarakan rasa hati ingin kembali semula ke pangkuannya membuatkan Isfahan merasa serba salah.

Adakah Sabrina merelakan pemergian Isfahan dan melupakan cinta di hatinya? Adakah Isfahan akan kembali semula ke pangkuan Lia demi anak kesayangannya? Ketahui ranjau yang perlu dilalui oleh Sabrina, Isfahan dan Lia dalam Satu Hari melalui slot Ratu, setiap Selasa dan Rabu, jam 8.30 malam hanya di TV9. Anda boleh layari www.tonton.com.my untuk mengikuti siaran ulangan dan lawati www.tv9.com.my untuk maklumat lanjut.

SATU HARI

SATU HARI

SATU HARI

SATU HARI

SATU HARI

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai 12 Lagu Terbaik Layak Ke Anugerah Juara Lagu 29

Penginapan Serba Lengkap di The Capital Residence Suites Brunei