in ,

Drama Bersiri QUDDUS Lakonan Intan Ladyana

Bila dendam sudah bertakhta di hati dan syaitan pula telah menguasai diri, maka bisikan syaitan berusaha melarang seseorang itu daripada meminta pertolongan dari Allah. Sepertimana kisah Nabi Ayub yang pasrah dan meminta tolong dari Allah bila penyakitnya sudah sampai ketahap kritikal, drama bersiri “Quddus” yang bakal menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 1 Jun ini, setiap Isnin, pukul 9.00 malam di TV2 turut memaparkan kisah pengajaran yang hampir serupa.

Menampilkan gandingan pelakon mantap Dazrin Kamaruddin, Intan Ladyana, Keena Ab Wahab, Farahdhiya, Tarmimi Siregar, Aida Aris dan Zack Taipan, 13 episod drama bersiri terbitan A.Aida Production Sdn Bhd ini berkongsi kisah watak utamanya, Quddus yang memiliki penyakit kulit serius hingga dipulaukan oleh orang sekelilingnya.

Drama Bersiri QUDDUS Lakonan Intan Ladyana

Bila Dendam Kuasai Diri Dalam Drama Bersiri  Quddus Di TV2

Mengangkat latar kisah Quddus, pemuda kampung yang dipulaukan gara-gara dia mengidap sakit kulit menyebabkan dirinya hodoh. Dia berkawan baik dengan Siti dan Zaimah namun dalam diam dia menyukai Siti. Siti pula berubah sikap terhadap Quddus bila lelaki itu semakin hodoh. Malah dia suka memarahi dan memalukan Quddus meskipun tahu lelaki itu menyukainya. Zaimah kesian dengan Quddus dan menasihatinya melupakan Siti.

Pada masa sama Quddus sering dibuli oleh tiga lelaki Iwan, Acap dan Que. Mereka cuba menabur fitnah dan mahu mengusir Quddus keluar daripada kampung mereka. Mujur ada Imam Syafie yang sering membelanya. Quddus sering menumpang kasih kepada Imam Syafie yang melayannya seperti anak sendiri. Dalam diam Imam Syafie menyembunyikan kewujudan anak tunggalnya, Alaisyah yang sedang menuntut dalam bidang perubatan di Mesir.

Pelbagai cara digunakan budak-budak nakal kampung itu mengenakan Quddus. Hingga sampai pada konflik Quddus dituduh merogol Siti sedangkan perogol sebenar adalah Iwan. Siti merahsiakan perkara itu dan mengikut kawannya Natasha bekerja di Bandar manakala Iwan pula melarikan diri ke Kuala Lumpur.

Kematian Imam Syafie mengubah hidup Quddus. Quddus kecewa dalam masa sama menjadi mangsa fitnah bertemu Nenek Nur, bekas pengamal perubatan Islam yang kemudiannya berjaya memulihkan penyakit kulit Quddus dengan mengamalkan ayat-ayat suci al-Quran.

Dengan wajahnya yang tampan, Quddus memutuskan berhijrah ke bandar memulakan hidup yang baru. Quddus menukar namanya iaitu Rayyan. Dia menjadi model terkenal dan digilai ramai gadis. Dia semakin alpa dan hanyut dengan dunia barunya itu. Amal ibadatnya ditolak ke tepi.

Dia menjadi rebutan banyak produk-produk kecantikan yang mahu mengambilnya sebagai duta. Tetapi Quddus hanya menerima tawaran dari syarikat Medical Anak Kampung, walaupun bayaran tidak setinggi mana. Rupa-rupanya musuhnya Iwan bekerja sebagai pegawai pemasaran di situ. Quddus mahu membalas dendam kesumatnya.

Di Kuala Lumpur juga Quddus menemui Acap dan Que yang membuatkan dia nekad mengenakan mereka. Impiannya berjaya bila dia mampu memusnahkan hubungan Iwan dengan tunangnya, Nurin. Iwan yang kecewa ditinggalkan Nurin meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Que pula berjaya dikenakan dengan cara mempengaruhi janda bernama Norida yang mahu menyalurkan modal menghasilkan dan memasarkan produk kesihatan Que supaya membatalkan hasratnya. Acap dikenakan dengan cara mengupah pesakit AIDS tidur dengannya.

Impiannya memusnahnya kehidupan mereka tercapai. Quddus semakin hanyut dan secara perlahan penyakit kulitnya datang kembali. Malah semakin teruk lagi dengan bau busuk dan nanah yang membuatkan Quddus takut mendekati orang lain. Ketika itu dia teringat Nenek Nur dan ubat diberikannya. Namun dia gagal menemui Nenek Nur dan suaminya.

Quddus menyesal dengan keterlanjurannya mengikut nafsu amarah membalas dendam. Ketika itu muncul Alaisyah yang baru pulang ke tanah air setelah pengajiannya tamat. Dia mahu menunaikan amanah arwah ayahnya mengubati penyakit Quddus namun Quddus yang kesal dengan sikapnya yang lupa diri menolak dengan baik. Apakah kesudahan bagi Quddus? Saksikan drama bersiri menarik ini hanya di TV2.

Drama Bersiri QUDDUS Lakonan Intan Ladyana

Drama Bersiri QUDDUS Lakonan Intan Ladyana

Drama Bersiri QUDDUS Lakonan Intan Ladyana

Drama Bersiri QUDDUS Lakonan Intan Ladyana

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Idea Lawak Tulen CHILOK Tarik Perhatian Juri

Corat Coret MTV Music Evolution Manila Hip Hop 2015