in

Drama Bersiri Putera Rayyan di TV3

Tidak semestinya sesebuah perkahwinan itu membahagiakan walaupun sudah bertemu jodoh, betul tak?

Begitulah cabaran yang diharungi oleh pasangan muda Putera Rayyan dan Arisa yang bercinta dan berkahwin namun tidak berupaya mengecapi saat manis dan kehidupan indah setelah berumahtangga dek campur tangan keluarga mertua serta kehadiran orang ketiga yang nekad memusnahkan pertalian yang dibina.

Menyusuli drama Saiful Nita, slot SAMARINDA bakal menayangkan sebuah lagi siri drama terbaru arahan pengarah berkaliber, Murali Abdullah iaitu “PUTERA RAYYAN” yang menampilkan lakonan hebat Kamal Adli, Nad Zainal, Miera Liyana, Luftya, Aida Aris, Zila Bakarin, Shahee, Razali Hussin dan Zuhairi Ibrahim.

Info Drama Putera Rayyan Samarinda TV3 akan Budiey siarkan tak lama lagi selepas majlis sidang media dan majlis suai kenal bersama pelakon yang diadakan minggu depan.

Kamal Adli
Kamal Adli

Miera Liyana

Miera Liyana

Razali Hussin

Razali Hussin

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Farid Kamil Sertai Sesi Temuduga PDRM

Gambar Konsert Akhir ERA Piala Malaysia 2012