in

Drama Bersiri Planet Kiara Musim Kedua

[dropcap]R[/dropcap]ancangan kegemaran kanak-kanak ‘Planet Kiara’ kembali melalui slot Bananana! TV3. Drama bersiri yang berkonsepkan sains dan robotik.ini dicipta bersempena dengan Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012, kini disambung semula untuk musim baru sebanyak 13 episod.

Planet Kiara adalah sebuah drama bersiri yang mengisahkan tentang sebuah robot yang bernama PSN-ONE yang tinggal bersama Aril dan keluarganya. PSN-ONE adalah sebuah robot yang telah dicuri daripada Prof Zul yang menciptanya. Namun, PSN-ONE berjaya melarikan diri daripada orang yang mencurinya iaitu Prof El-Cid dan akhirnya bertemu dengan Aril. Sejak daripada itu, PSN-ONE sering dikejar oleh Prof El-Cid dan orang suruhannya, Raphael.

[pullquote align=”right”]PSN-ONE dan Keluarga Prof Johari kembali beraksi di slot Bananana TV3[/pullquote]

Drama ini akan memaparkan kisah kehidupan seharian keluarga Aril yang hidup dalam keadaan serba moden dan canggih. Mereka adalah sebuah keluarga yang sentiasa menggunakan gadget – gadget terkini serta mengaplikasikan sains dalam kehidupan mereka.

Aril adalah seorang kanak – kanak berusia 10 tahun yang amat meminati bidang sains secara amnya serta Astronomi secara khususnya. Dia adalah seorang yang akan sentiasa berani untuk mencuba benda baru. Adam adalah abang sulung Aril yang merupakan seorang pekerja di Pusat Sains Negara. Dia amat meminati sukan Drift dan merupakan juara Drift yang hebat.

Planet Kiara 5

Tasha pula adalah kakak pertama Aril yang memasang impian untuk menjadi seorang Peragawati Terkenal. Idolanya adalah Kim Kardashian manakala Fashion Idolnya adalah Carrie Bradshaw. Seorang “Bimbo” yang bijak.

Irma, kakak kedua Aril adalah seorang pelajar kolej dalam bidang muzik. Tidak boleh berpisah dengan gitar kesayangan dan sering disalah erti sebagai seorang yang bermasalah walaupun pada dasarnya dia hanya mahu bermain muzik.

Dalam setiap episod drama ini, PSN-ONE akan membantu Aril dan keluarga dalam menangani masalah seharian mereka dengan menggunakan penyelesaian Sains. Pada masa yang sama, PSN-ONE juga akan sentiasa menggagalkan rancangan Raphael yang masih tidak berputus asa untuk mendapatkannya semula.

Dibawah arahan pengarah terkenal Bade Hj Azmi, Planet Kiara dikuatkan lagi dengan barisan pelakon terkenal termasuklah Firdaus Gubran sebagai Aril, Hanif Safuan sebagai Adam, Dato Rahim Razali sebagai Profesor Zul , Dato Jalaluddin Hassan sebagai Prof El-Cid, Sharifah Sakinah sebagai Tasya, Hella Monica sebagai Cahya dan Faradhiya sebagai Cikgu, drama ini banyak memberi pengajaran kepada penyatuan satu keluarga dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan menngajar erti kasih sayang didalam institut kekeluargaan.

Jangan lupa saksikan Planet Kiara, musim ke 2 menerusi slot Bananana!, bermula 12 Jun 2013, setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis, jam 6.30 petang di TV3! Penonton boleh layari Facebook & Twitter tv3malaysia untuk mendapatkan berita terkini.

Planet Kiara 1

Planet Kiara 2

Planet Kiara 3

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Izara Aishah Kini Jadi Duta Produk Innershine Camu Camu

Anugerah Blokbuster 2 Perkenal Anugerah Gempak Wechat