in ,

Drama Bersiri PENGEMBARAAN JASON MURAD Lakonan Kilafairy

Jika anda mencari kisah cinta yang berbeza dan bukan ‘tangkap leleh’ anda harus menonton drama bersiri terbaru di slot Aurora TV9 berjudul Pengembaraan Jason Murad yang bersiaran setiap Khamis, jam 8.30 malam sejak 30 Julai yang lalu. Namun yang menarik tentang drama ini ialah selain berhibur dengan gelagat teraju utamanya Anas Ridzuan, drama ini jugamemasukkan elemen muzik di mana anda akan melihat bekas peserta Mentor 6 ini menyanyikan beberapa lagu pendek di dalam kebanyakan episod.

PENGEMBARAAN JASON MURAD

Kembara cinta Murad (Anas Ridzuan) bermula apabila Nora (Kilafairy) yang dicintainya dikhabarkan bakal bertunang dengan seorang penyanyi Farid Depardieu (Mustaqim Bahadon). Nora yang kini pemberita di Kuala Lumpur menjalani saat-saat bahagia namun Murad tidak mudah berputus asa menjejaki cinta lamanya. Murad mengambil keputusan ke Kuala Lumpur dan yang pasti perjalanannya bukan semudah yang disangkakan.

Pelbagai aral melintangi Murad, dari kenderaan motornya yang rosak dia terpaksa menaiki teksi. Bukan itu sahaja, teksi yang dinaikinya pula berasap sehingga Murad harus berjalan kaki sebelum menumpang Aminuddin (Hamdan) seorang pekerja di sebuah rumah orang-orang tua.

Sesampainya Murad di KL, Nora hanya memberi layanan ala kadar walaupun sudi bertemu Murad. Murad tekad untuk mencari kerja di Kuala Lumpur untuk terus berada dekat dengan buah hatinya, Nora dan berharap dia mampu mendapat peluang kedua.

Dalam masa yang sama dia bertemu Rixman (Isey Titan) yang tertarik mendengar suara Murad lantas menawarkan diri sebagai pengurus peribadinya. Murad nekad untuk menjadi penyanyi kerana dia yakin jika dia mampu terkenal seperti Farid, Nora pasti akan menerimanya. Pengembaraan murad untuk menempa nama bakal bermula. Setiap ujibakat dihadirinya agar dia mampu bergelar penyanyi bagi mendapatkan perhatian Nora. Namun sebelum itu dia perlu mendapatkan pekerjaan tetap.

Murad bertemu Atie (Uqasha Senrose) yang sering memberi makanan kepada golongan gelandangan. Dalam pertemuan itu juga Atie menyatakan bahawa dia memerlukan bantuan untuk menjaga orang-orang tua di tempatnya bekerja. Murad bersetuju dan rupa-rupanya Aminuddin yang pernah menumpangkannya ke Kuala Lumpur turut bekerja di pusat jagaan orang-orang tua tersebut.

Murad juga sering menghiburkan warga rumah itu dengan petikan gitar dan dari semasa ke semasa dia berusaha menjadi artis terkenal dengan bantuan Rixman. Tanpa disangka Murad berjaya menempatkan diri di rancangan realiti Sekolah Kebangsaan Imaginasia. Apakah yang bakal berlaku kepada ‘Jason Murad’? Adakah cintanya terhadap Nora berbalas? Mampukah dia bergelar artis terkenal. Saksikan Pengembaraan Jason Murad setiap hari Khamis, 8.30 malam di slot Aurora TV9.

PENGEMBARAAN JASON MURAD

PENGEMBARAAN JASON MURAD

PENGEMBARAAN JASON MURAD

PENGEMBARAAN JASON MURAD

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lagu INSPIRASI Nyanyian Hafiz Kejutan Buat Dato’ Siti Nurhaliza

Muzik Video CALL ME BABY EXO Melepasi 50 Juta Tontonan di Youtube