in ,

Drama Bersiri MENGEJAR WARDAH Lakonan Rozita Che Wan

Menggantikan drama bersiri Jiwang Karat yang bakal berakhir siarannya, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengisi slot Sutera di TV2 dengan sebuah drama bersiri menarik bertajuk “Mengejar Wardah” mulai 7 Mac ini, setiap Sabtu dan Ahad, pukul 9.30 pagi.

Menampilkan gandingan pelakon Arash Mohamad, Rozita Che Wan, Erin Malik, Rashdan Baba, Ika Nabila dan Fazlina Dato’ Ahmad Daud, 13 episod drama konflik kekeluargaan ini diterbitkan oleh Eurofine (M) Sdn Bhd.

13 Episod “Mengejar Wardah”, Tampilkan Rozita Che Wan Jadi Rebutan Di TV1

Ia berkongsi kisah watak gadis bernama Dilla begitu bimbang jika bapanya berkahwin lagi. Pelbagai usaha dilakukan bagi mengelak bapanya, Abd Razak menjalinkan hubungan serius dengan wanita lain. Namun takdir menemukan Abd Razak dengan seorang wanita cantik bernama Wardah.

Wardah, sudah 10 tahun menjanda, tidak mempunyai anak. Bekerja di sebuah syarikat swasta dan berjawatan tinggi. Wajahnya yang cantik walaupun berumur, digilai oleh rakan – rakan sepejabatnya. Walaupun begitu, dia sudah serik untuk memikirkan hal cinta kerana terlalu fobia dengan orang yang bergelar suami. Sejarah perkahwinan dahulunya membuatkan dia menderita sehingga sekarang.

Tetapi setelah bertemu dengan Abd Razak, ketakutannya terhadap mahligai perkahwinan terus lenyap, kerana dia sungguh mengenali hati budi dan betapa ‘gentleman’nya lelaki itu.

Dilla mula menyelidik latarbelakang Wardah sebelum bertindak memutuskan hubungan Wardah dengan bapanya. Dilla bertemu dengan Kamil yang kebetulan bekerja di kawasan yang sama dengan Wardah. Malah Kamil yang turut meminati Wardah begitu mengambil berat terhadap Wardah.

Kesempatan itu digunakan oleh Dilla dengan menabur fitnah dengan menyatakan kepada bapanya yang Wardah bukanlah wanita yang baik dan sebenarnya menjalinkan hubungan dengan Kamil.

Tanpa Dilla sedar, fitnah yang ditaburnya membuatkan bapanya sedih dan banyak mendiamkan diri. Dilla mula menyesali apa yang telah dilakukannya. Ketika Dilla cuba membetulkan keadaan, Dilla mendapat tahu yang Kamil menyintai Wardah. Dalam masa yang sama rupanya Dilla sendiri jatuh cinta terhadap Kamil.

Dilla mula merebut kembali hati Kamil dan mula merapatkan hubungan antara Wardah dan bapanya. Namun ianya tidak semudah yang disangka.

poster Mengejar Wardah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Logitech Wins 10 Prestigious Product Design Awards

Gambar Aznil Nawawi di Anugerah Academy Awards Ke-87