in ,

Drama Bersiri Komedi Elly & Epit Musim Kedua

Bersempena dengan musim cuti sekolah ini, Astro Ceria yang cukup sinonim dengan penerbitan program-program yang disasarkan khusus buat kanak-kanak kini dengan berbesar hati membawakan kembali drama bersiri komedi Elly & Epit terbitan Red Communications Sdn. Bhd. yang bakal bersiaran pada setiap hari Ahad, jam 11.00 pagi bermula 1 Disember ini secara eksklusif menerusi saluran 611.

drama bersiri komedi Elly & Epit

[pullquote align=”right”]Kesinambungan drama bersiri komedi Elly & Epit diteruskan untuk musim kedua secara eksklusif di Astro Ceria![/pullquote]

Drama bersiri komedi 13 episod arahan Choo Li Hsia dan Umi Salwana Omar ini masih mengekalkan watak dan barisan pelakon asal yang telah membintangi drama ini sewaktu musim yang pertama iaitu Johan Raja Lawak sebagai Johari, Mohd Shafeiq Shazwan sebagai Epit, Farhanna Qismina atau Sweet sebagai Elly, Abdul Hadi sebagai Hujan, Siti Amirah Dayana sebagai Diana, Wan Faiqah ‘Ainaa’ sebagai Zila, Muhammad Azzammuddin sebagai Khairil, Nik Adrea sebagai Engku Sofia, Farah Nadia sebagai Eliza, Shaifulazli sebagai Alang dan Raykarl sebagai Kobi. Tambah menarik lagi, drama Elly & Epit Musim Kedua ini turut dimeriahkan dengan penampilan istimewa pelakon terkenal seperti Lisa Surihani, Jonathan Putra, Wafiy Popstar, Crystal Lee, Ruminah Sidek, Harun Salim Bachik dan Akhmal Nazri sebagai Jibam yang diundang khas untuk memegang watak cameo untuk musim ini.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ceria; Cik Hadzelynda Khairuddin berkata, “Bagi mengukuhkan kedudukan sebagai saluran kanak-kanak nombor satu negara, pihak Astro Ceria tidak pernah jemu untuk terus membekalkan program berkualiti yang menghiburkan di samping memberi pengajaran dalam bentuk yang lebih santai dan ringan untuk disajikan kepada para penonton demi memastikan mereka mendapat kepuasan menonton yang maksima setiap kali berada di hadapan televisyen.

Kejayaan musim pertama drama Elly & Epit yang telah diiktiraf sebagai Drama Komedi Terbaik di Anugerah Skrin 2012 jelas membuktikan bahawa drama bersiri komedi seumpama ini mampu meninggalkan impak yang mendalam kepada para penonton.

Drama Elly & Epit ini sarat dengan pelbagai mesej mengenai realiti kehidupan juga turut diselitkan dalam bentuk hiburan untuk disampaikan sebagai pengajaran yang boleh dijadikan sebagai panduan dan teladan oleh para penonton cilik untuk lebih memahami pandangan sesama diri. Ia berkisarkan tentang keluarga, persahabatan dan pandangan berbeza lelaki dan perempuan dalam pelbagai topik seperti masalah komunikasi, gosip, pelajaran dan sebagainya,” jelas Hadzelynda.

Drama Elly & Epit mengisahkan tentang Epit, seorang yang baik hati, suka berkawan tetapi sangat pemalu dengan perempuan. Epit yang membesar di kampung telah berpindah ke bandar untuk menyambung pelajaran dan tinggal bersama keluarga Engku Sofia yang merupakan kakak tirinya. Engku Sofia diminta untuk menjaga Epit oleh ayah dan ibu tirinya yang mahukan Epit belajar di sekolah bandar dan menetap dengan kakaknya.

Suami Engku Sofia bernama Johari ialah seorang suri rumah yang suka melawak dan menjalankan perniagaan kek cawan. Pasangan Engku Sofia dan Johari mempunyai dua orang anak iaitu Eliza dan Elly. Eliza ialah seorang gadis ulat buku yang bijak. Manakala anak bongsu pula ialah Elly yang mempunyai umur sebaya dengan Epit. Elly ialah seorang gadis yang berimaginasi tinggi, bijak dan penuh dengan perasaan ingin tahu.
Suasana dan kehidupan keluarga Engku Sofia berubah sejak Epit berpindah ke sana. Terutama sekali Elly iaitu anak bongsu Engku Sofia yang belajar di kelas yang sama dengan Epit di sekolah. Elly pula seorang gadis muda yang berimaginasi tinggi, bijak dan sentiasa ingin tahu.

Suasana dan cara kehidupan semua orang berubah sejak Epit berpindah ke sana. Semestinya banyak kerenah yang lucu dan mencuit hati apabila gaya hidup yang berbeza berlaga. Tapi, apa yang pasti, semua orang akan mempelajari sesuatu yang baru daripada pengalaman ini.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton drama bersiri Elly & Epit Musim Kedua pada setiap hari Ahad, jam 11.00 pagi bermula 1 Disember ini menerusi Astro Ceria di saluran 611. Selamat menonton!

drama bersiri komedi Elly & Epit

drama bersiri komedi Elly & Epit

drama bersiri komedi Elly & Epit

drama bersiri komedi Elly & Epit

drama bersiri komedi Elly & Epit

drama bersiri komedi Elly & Epit

drama bersiri komedi Elly & Epit

drama bersiri komedi Elly & Epit

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Tayangan THE HOBBIT: THE DESOLATION OF SMAUG

Sinopsis Drama Jiwa Lakonan Remy Ishak & Kamal Adli