in ,

Drama Bersiri Jalan Kembali Arahan Syamsul Yusof

“Jalan Kembali” Versi Drama Bersiri Terbitan Skop Production Setiap Isnin, Pukul 9.00 Malam Di TV2

Diadaptasi dari filem yang sama judulnya pernah diarahkan oleh Syamsul Yusof, sebuah lagi drama bersiri yang tidak kurang hebatnya bertajuk “Jalan Kembali” bakal menemui penonton setia Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Drama terbitan Skop Production ini menampilkan pelakon Sheera Iskandar, Qazem Nor, Lufya Sheikh Omar, Aznah Hamid dan Dato’ Aziz Singah yang bermula tayangannya pada 11 Ogos, setiap Isnin, pukul 9.00 malam mengisi slot Selekta Prima di TV2.

Sarat dengan kisah kemasyarakatan dan realiti yang berlaku di kalangan remaja masa kini, 13 episod drama bersiri ini berkongsi kisah watak Tasya dan Amy yang berkawan baik sejak dari sekolah memilih untuk bergaul dengan mat-mat rempit setelah tamat persekolahan. Mereka berdua bergaul rapat dengan geng rempit yang diketuai oleh Keting yang mennggelar dirinya sebagai Raja Rempit KL.

Mus pula yang sepatutnya bekerja di syarikat bapanya seronok dengan kehidupannya sendiri iaitu berlumba motor haram. Namun begitu nasib Mus kurang baik apabila Acai, anak didik Keting telah berjaya mengalahkannya dalam satu perlumbaan. Sementara itu, Dani seorang bekas mat rempit yang telah bertaubat setelah dibebaskan dari penjara sejak 3 tahun lalu dan kini bekerja sebagai penghantar surat.

Kisahnya berkembang dengan watak Suria, ibu Tasya sering meleteri anak gadisnya itu kerana kerap melepak di luar hingga lewat malam. Tapi Tasya tetap berdegil. Amy pula resah memikirkan kelakuan bapanya, Razali seorang kaki judi yang menjadikannya sebagai sumber untuk mendapatkan wang. Dalam pada itu, bapa Mus kecewa dengan tindakan Mus yang enggan pergi ke pejabat gara-gara leka dengan aktiviti motornya. Dani bertindak melarikan diri apabila dia terserempak dengan Keting. Keting pula nekad untuk memburu Dani.

Sementara itu, Dani kesal kerana Mus dan rakan-rakan lain enggan menerima nasihatnya agar berhenti berlumba haram. Secara tidak sengaja Dani telah terserempak dengan Acai dan dia telah diugut supaya segera menemui Keting. Dani gelisah memikirkan hutangnya dengan Keting berjumlah RM5 ribu untuk satu perlumbaan 3 tahun lalu sebelum dia dipenjarakan. Acai bergaduh dengan Mus gara-gara dia tidak puas hati dengan kekalahannya dalam satu perlumbaan dengan Mus. Keting yang terkejut dengan kekalahan Acai telah menasihati Acai supaya berhati-hati kerana polis sedang memburunya. Ekoran kejadian yang sama Mus turut diburu polis. Bukti perlumbaan haram mereka itu telah dirakam oleh CCTV. Kedua ibu bapa Mus lega apabila Mus akhirnya menyerah diri di balai polis trafik dan hanya dikenakan denda. Tasya sudak tidak tahan dengan leteran ibunya lalu dia bertindak melarikan diri dari rumah dan menumpang di rumah Amy.

Mus tiba-tiba menyampaikan hasrat untuk berhenti kerja di syarikat bapanya kerana ingin berdikari di luar. Keputusan Mus dibantah oleh bapanya malah dia diberi tempoh 30 hari untuk berfikir semula. Amy marah dengan cadangan Ah long agar dirinya dipinjamkan kepada mereka selama seminggu untuk selesaikan hutang Razali. Dalam pada itu, Keting yang sudah lama ‘cuci tangan’ menyahut cabaran musuh lamanya Lan Botak untuk berlumba dengannya.

Mus bersimpati dengan masalah keluarga yang dihadapi oleh Amy dan dia sering bantu dari segi kewangan. Razali tiada pilihan lain, dia memujuk Amy untuk dipinjamkan kepada Ah Long selama seminggu demi menyelesaikan hutangnya. Akibatnya Amy nekad mengajak Tasya lari dari rumah dan menyewa bilik di luar. Keting yang bangga dengan gelaran raja rempit KL berang apabila Lan Botak berjaya menewaskannya dalam satu perlumbaan.

Acai naik berang lalu dia menumbuk Dani kerana benci dengan tindakan Dani memujuk Tasya agar membaca buku-buku agama. Tasya marah apabila dia diberitahu tentang Amy dan Acai yang keluar makan bersama. Tanpa Amy sedari Acai sebenarnya menyukai Amy. Amy terkejut dan menolak secara baik demi persahabatannya dengan Tasya. Selain Tasya, Mus turut rasa cemburu dan tuduh Amy perempuan murahan. Mus bertindak menumbuk Acai dan beri amaran. Keadaan menjadi cemas apabila Amy terima panggilan ugutan dari Ah Long. Razali telah disiksa dan dikurung oleh Ah long.

Amy gelisah dan kusut memikirkan cara untuk melepaskan bapanya dari terus dikurung oleh Ah Long. Keadaan menjadi cemas apabila Amy diperangkap oleh bapanya yang dipaksa untuk menggadaikan Amy kepada Ah Long. Mus terkejut apabila Amy meminta bantuan supaya menyelamatkannya dari buruan Ah Long. Amy mulai rimas apabila dia terpaksa bersembunya dalam bilik sewanya gara-gara diburu Ah Long. Mus resah memikirkan cara untuk bantu Amy selesaikan masalah dengan Ah Long tanpa melibatkan polis.

Amy akhirnya diculik oleh Ah Long ketika dia dalam keadaan terkejut melihat bapanya maut akibat dilanggar kereta. Tanpa berfikir panjang Mus terus buat laporan polis mengenai penculikan Amy. Tasya benar-benar terkejut mendengar berita penculikan Amy dari Mus dan dia turut sama berusaha untuk selamatkan Amy. Kemarahan Keting terhadap Dani semakin membara gara-gara beberapa gengnya sudah berubah kembali ke pangkal jalan.

Lalu apakah yang terjadi seterusnya? Mampukah mereka kembali ke pangkal jalan dan menjalani kehidupan seperti biasa? Saksikan kesudahannya hanya di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Seligar Diulangsiar Atas Permintaan Ramai

Senarai Peserta Super Spontan Musim Ke-3