in ,

Drama INIKAH CINTA Lakonan Farah Nabilah & Niezam Zaidi

Cinta merupakan perasaan yang begitu unik. Siapa sahaja yang bercinta pasti ada gelagat angau mereka yang tersendiri. Ada yang sanggup berdiet untuk tampil menarik, ada yang sanggup berhabis wang ringgit untuk menarik perhatian si gadis dan ada juga yang tidak keruan apabila cinta hanya bertepuk sebelah tangan. Namun dalam drama bersiri ’Inikah Cinta’ si jejaka sanggup berhempas pulas mendapatkan spesis-spesis bunga yang pelik hanya untuk memenangi hati si gadis.

Drama Inikah Cinta menghiasi slot Dahlia dan telah bermula sejak 31 Januari 2016 yang lalu. Drama bersiri ini bersiaran pada setiap hari Jumaat hingga Ahad jam 6.58 petang di TV3 dan menampilkan gandingan pelakon baharu, Farah Nabila bersama Niezam Zaidi.

Inikah Cinta keyart_Final_small

Drama ini mengisahkan kehidupan sekumpulan pelajar yang bakal menghargai rasa cinta dan persahabatan. Muammar (Niezam Zaidi) yang baru melangkah ke alam universiti tidak sabar menjalani kehidupannya sebagai mahasiswa. Dalam masa yang sama, dia juga tidak sabar mendaftarkan diri untuk Kelab Fotografi kerana dia baru sahaja membeli kamera DSLR kesayangannya.

Muammar jatuh hati kepada pengerusi Kelab Fotografi yang baru dilantik, Rose Adeline (Farah Nabilah). Dalam beberapa tugasan yang diberikan, Muammar sentiasa cuba mencuri hati Rose namun perasaannya tidak pernah dilayan. Rose sebenarnya terlalu fokus untuk menghasilkan sebuah formula baharu untuk mencipta minyak wangi yang memerlukan pelbagai ekstrak spesis bunga.

Muammar yang sentiasa mencari peluang untuk mendekati Rose. Mereka sering bertemu di perpustakaan kerana di situ, Rose sering membuat kajian mengenai bunga. Suatu hari, Muammar menyatakan perasaan cintanya kepada Rose. Rose merasakan Muammar mungkin ingin mempermainkannya. Namun bagi memastikan niat Muammar, Rose memberikan cabaran bagi mendapatkan pelbagai spesis bunga yang diperlukannya. Kini Muammar berhadapan dengan cabaran dengan janjinya mendapatkan bunga-bunga yang sukar ditemuinya.

Manakala Rose juga rasa terhimpit kerana ibunya, Dr Dahlia (Jasmin Hamid) berusaha menukarkan pengajian Rose ke Dublin. Sementara Muammar berusaha melunaskan janjinya, Rose juga mula berfikir sama ada dia mampu mencintai Muammar atau hanya mempergunakan kebaikan lelaki itu.

Adakah cita-cita Rose menghasilkan minyak wangi tercapai? Mungkinkah Rose mampu mencintai Muammar? Adakah Muammar sanggup melakukan apa sahaja untuk Rose? Inikah Cinta menemui anda setiap Jumaat hingga Ahad jam 6.58 petang eksklusif di TV3.

the making INIKAH CINTA

Niezam Zaidi

Inikah Cinta 4

Farah Nabila

Inikah Cinta 1

Inikah Cinta 2

Inikah Cinta 3

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tips Jimat Wang, Masa & Tenaga Dengan Menonton Wayang di GSC

Hanie Soraya Lancar Single Terbaru PANTAS