in

Drama Bersiri Indera Joned

Sebuah pengembaraan pastinya bakal mengundang pelbagai cabaran dan dugaan. Namun jika pengembaraan itu umpama pengembaraan ‘Indiana Jones’ sudah tentu ia amat menyeronokkan.

Sebuah lagi siri drama terbaru di slot Aksi bakal menemui penonton bermula 21 Mei 2012, setiap hari Isnin pada jam 9.00 malam. Drama arahan Fairuz Loy ini akan menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Aiman Hakim Redza, Anzalna Nasir, Puteri Sarah, Hairul Azreen, Syazwan Zulkifly, Qushairi Razali (Qi) dan ramai lagi.

Berkonsepkan drama komedi, ‘Indera Joned’ mengisahkan Indera Joned yang dianggap sebagai seorang lagenda di Bukit Bunuh. Beliau amat dikenali sebagai pejuang yang sentiasa mempertahankan harta pusaka daripada dirampas oleh kumpulan Bintara Hitam.

Setelah bertahun lamanya, kini Bukit Bunuh terkenal dengan kewujudan pelbagai bahan artifak yang amat berharga. Sekumpulan anak muda bersama Prof. Dr. Azli telah tiba di Bukit Bunuh bagi melakukan aktiviti ekskavasi dengan bantuan pertolongan Epul. Namun pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa mereka tempuhi. Berjayakah mereka menjumpai artifak berharga? Apakah kaitan pengembaraan ini dengan mitos Indera Joned?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Sambutan Hari Jadi Jamal Abdillah

Show Maman Teachers Pet di Fesyen MaudeKL