in

Drama Bersiri INDERA JONED Ala Indiana Jones Versi Komedi

Kuasa Ajaib Kini Ditemui
Pengembaraan ‘Indiana Jones’ Versi Komedi

Kebiasaannya drama yang berbentuk pengembaraan pasti akan dikaitkan dengan aksi suspen dan mencabar. Tampil dengan elemen komedi dan romantik, drama bersiri terbaru, INDERA JONED yang bakal menggantikan ‘Apa Celop’ menampilkan barisan pelakon popular seperti Aiman Hakim Redza (Epul & Indera Joned), Anzalna Nasir (Sara), Puteri Sarah (Rina), Hairul Azreen (Aiman), Syazwan Zulkifli (Izzi), Qushairi Razali (Jaafar Ringgo), Idris Md. Diah (Prof. Dr. Azli) dan Haeryanto (Tuan Masdor) bermula 21 Mei ini, setiap hari Isnin jam 9.00 malam menerusi slot Aksi.

Para Pelakon INDERA JONED Bersama Pengarah Fairuz Loy (B)

Drama bersiri 13 episod terbitan Grand Brilliance ini diarahkan oleh Fairuz Loy dengan nukilan skrip oleh Azmy Ariff. INDERA JONED mengisahkan Epul yang mendapat kuasa aneh apabila terjumpa gelang kepunyaan Indera Joned. Ceritanya bermula dengan Indera Joned pada zaman dahulu dianggap sebagai seorang lagenda dikalangan penduduk kerana kesungguhan beliau dalam mempertahankan harta berharga daripada dirampas oleh Bintara Hitam dan rakan-rakannya. Kisah mitos itu telah tersebar luas sejak zaman berzaman bahkan hingga ke generasi kini. Malah penduduk kampung mempercayai akan sumpahan Bintara Hitam, Jalak, Ganang dan Kesam. Dipercayai bahawa jika sesiapa melintasi Bukit Bunuh, sumpahan mereka akan terbatal.

Kini berpandukan cerita mitos di Bukit Bunuh, Prof Dr.Azli bersama-sama anak didiknya iaitu Sara, Mia, Aiman, Izzi dan Rina telah tiba di Bukit Bunuh bagi melakukan ativiti ekskavasi. Pengembaraan itu mendapat tentangan hebat dari Pak Lasin serta penduduk kampung kerana tidak mahu artifak yang terdapat dalam perut bumi di kawasan mereka disentuh oleh orang luar. Namun seorang pemuda kampung yang bernama Epul sudi menghulurkan bantuan kepada rombongan itu sebagai penunjuk arah dalam mencari artifak beharga di kawasan Bukit Bunuh. Pada masa yang sama, Tuan Masdor juga memburu artifak tersebut dengan mengarahkan Jaafar Ringgo dan kuncu-kuncunya untuk mengekori rombongan itu.

Sejak awal pengembaraan lagi, pelbagai peristiwa pelik telah berlaku ke atas pelajar-pelajar Prof. Dr. Azli seperti mimpi ganjil, terjatuh dari tangga, terkena jerangkap samar, didatangi jelmaan Indera Joned dan banyak lagi. Manakala lain pula yang terjadi kepada Epul, di mana dia telah terdengar suara aneh yang menyarankan agar dia menjaga segala monumen yang terdapat di Bukit Bunuh. Dalam diam-diam Epul mula tertarik dengan Sara. Sepanjang perjalanan itu, Epul cuba berbaik dengan Sara namun gadis itu sentiasa mengelakkan diri.

Hairul Azreen (Aiman), Anzalna Nasir (Sara), Aiman Hakim Redza (Epul dan Indera Joned), Syazwan Zulkifly (Izzi), Puteri Sarah (Rina), Qi Qushairi (Jaafar Jinggo)(B)

Dari kiri: Hairul Azreen (Aiman), Anzalna Nasir (Sara), Aiman Hakim Redza (Epul dan Indera Joned), Syazwan Zulkifly (Izzi), Puteri Sarah (Rina), Qi Qushairi (Jaafar Jinggo)

Pada suatu pagi, mereka terjumpa tengkorak di dalam hutan itu. Sejurus menjumpai tengkorak itu, Aiman telah tercedera. Lantas Epul pergi mencari daun kayu untuk mengubat luka Aiman dan ketika itu Epul telah ternampak akan kelibat manusia purba iaitu Jalak. Ketika Rina sedang bersendirian di dalam hutan, dia telah diganggu oleh Jalak. Mujur Indera Joned telah muncul dan menyelamatkan Rina.

INDERA JONED bukan sahaja telah muncul di hadapan Rina, bahkan ahli rombongan lain juga terserempak dengan kelibat Indera Joned. Mereka tertanya-tanya siapakah Indera Joned yang sebenarnya. Sementara itu Epul sering kali menghilangkan diri. Apakah yang disembunyikan oleh Epul? Adakah benar Indera Joned telah kembali? Apakah nasib bakal menimpa Sara, Mia, Aiman, Izzi dan Rina setelah mereka melanggar sumpahan Bintara Hitam dan rakan-rakannya? Berjayakah mereka menjumpai monumen yang dicari?

Jangan lepaskan peluang menyaksikan INDERA JONED menerusi slot Aksi, setiap hari Isnin jam 9.00 malam di TV3. Penonton yang terlepas menyaksikan INDERA JONED boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook & Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini.

Barisan Pelakon INDERA JONED (B)

Barisan Pelakon INDERA JONED

Pengarah INDERA JONED Fairuz Loy (B)

Pengarah INDERA JONED Fairuz Loy

Aiman Hakim Redza (Epul & Indera Joned) (B)

Aiman Hakim Redza (Epul & Indera Joned)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Airasia X Announces Direct Flights To Beijing

Filem Jalan Kembali Bohsia 2