Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Drama Bersiri Ghost Lakonan Cheryl Samad Carmen Soo



Sebuah drama bersiri baru yang berunsurkan ciri-ciri kuasa ghaib dan seram berjudul Ghost akan memulakan tayangan perdananya di 8TV pada 3 Februari, jam 10.00 malam. Dipenuhi dengan unsur-unsur suspen dan misteri, drama bersiri terbaru ini bukanlah hanya sebuah drama Melayu yang tipikal. Ghost menjanjikan suatu dimensi baru kepada permintaan yang semakin bertambah terhadap drama-drama Melayu tempatan apabila ia merangkumi unsur-unsur misteri, perbalahan serta menyentuh elemen-elemen percintaan.

Drama bersiri ini memperkenalkan Cheryl Samad, bekas pengacara Malaysian Idol dan Nazruddin Rahman (pengacara The Breakfast Show) sebagai pelakon utama. Ghost turut dibintangi oleh penyanyi R&B, Reefa; model serta pelakon, Carmen Soo, Razif Hashim dan Nas-T yang pernah membintangi siri Gol & Gincu serta Kami.

Sinopsis drama Ghost
Ghost mengisahkan mengenai seorang wartawan yang bijak dan lantang bernama Eza (Cheryl Samad) yang cuba menyelesaikan sebuah misteri yang melibatkan kematian seorang pelakon filem terkenal yang juga merupakan bintang pujaannya.

Kehidupan Eza mula berubah apabila dia terjumpa Zack, pelakon filem yang amat diminatinya keluar dari sebuah hotel dalam keadaan sesat dan keliru.

Eza menawarkan Zack tempat tinggal. Perasaan teruja menyelamatkan bintang pujaannya tidak berpanjangan apabila dia mendapat tahu yang Zack sebenarnya sudah meninggal dunia. Mimpi ngeri Eza menjadi kenyataan apabila dia menyedari hanya dia seorang sahaja yang boleh melihat Zack!

Masa berlalu pantas, penonton dapat menyaksikan sebuah persahabatan  yang terjalin di antara si hidup dan si mati (Zack). Zack akhirnya mengetahui sebab dia dipertemukan  dengan Eza iaitu untuk mengetahui bagaimana dia mati dan untuk menyelesaikan masalah yang menjadi teka-teki ketika hayat beliau.

Pengurus Besar Kumpulan Penjenamaan di 8TV, Cik Airin Zainul kata:

“Ghost mempunyai segala ramuan dan potensi untuk menjadi salah sebuah drama popular di 8TV.  Kami yakin penonton akan terus terpaku di hadapan kaca tv apabila mula menyaksikan drama bersiri ini ditayangkan nanti. Para penonton akan dapat menyaksikan banyak plot imbasan kembali dan pelbagai drama berlaku apabila setiap karakter sentiasa membawa penonton kembali ke masa lampau dan juga masa kini. Saya mencadangkan agar para penonton merangka kembali aktiviti mereka dihujung minggu kerana kami yakin anda akan terpaku mengikuti drama bersiri Ghost ini.  Anda pasti tidak mahu terlepas menontonnya.”

Ghost pasti akan menjadi di antara program yang diminati ramai. Untuk mengetahui sama ada persahabatan antara Eza dan Zack akan membibitkan rasa cinta di antara mereka dan apa yang akan terjadi apabila Zack mengetahui perkara yang sebenar mengenai kematiannya, pastikan anda terus menonton drama bersiri baru Ghost ini pada setiap hari Ahad, jam 10.00 malam bermula pada 3 Februari hanya di 8TV atau secara alternatif di Astro saluran 708 dan www.8tv.com.my

[tags]drama ghost, cerita hantu, ebook novel, pontianak child, mistik, alam ghaib, Cheryl Samad, Nazruddin Rahman, reefa, gossip Carmen Soo, Razif Hashim, Nas-T, pelakon kami, sinopsis, ending story, zackry[/tags]

Tags: ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Carmen Soo di Anugerah Seri Angkasa 2010
  • Photo Carmen Soo @ Evian Jean Paul Gaultuer Launching
  • Gambar Cheryl Samad dan Imran Ajmain Program TV Aidilfitri
  • Tony Eusoff, Jehan Miskin dan Cheryl Samad dalam Drama Frontpage
  • Fairil Emran, Anding Indrawani & Melissa Campbell Dalam Ghost
  • A Time For Us Lakonan Carmen Soo & Awal Ashaari ke Emmy Awards
  • Slot Senda Pagi Perkenalkan Gameshow Ewah-Ewah & Berek
  • Ghost Catcher Legend Of Beauty di 8TV
  • Gambar Cheryl Samad di Kempen Sydney AirAsia X
  • Sekitar Pelancaran Album OST Kayangan



    • http://norisdoesthis.com/blog noris

      wah menarik!

    • best

      tolong la 8tv! janganlah tiru satu sitcom singapore tuh!

    • http://tobymiaw.blogspot.com tobymiaw

      macam movie reese witherspoon je? ala yg ‘just like heaven’ tuu..

    • http://www.syamsulariff.com syamsulariff.com

      erm..nasibla ade blog budiey, aku tak update sgt pasal2 drama nie, ghost? hm..another cerita seram hantu ke?

    • geeda

      ceta agk mnarik gak…len dr ceta kt mlsia yg kt tgk…:-)

    • alltvmas

      Drama Ghost mmg unik. Drama ni sebenarnya xdela tiru sitkom Sg tu sbb drama ni agak berat sbb episod pertama je dah suspen bila tgk Iza tu nak kena bunuh.

      Satu pembaharuan/evolusi yg bagus utk drama bercorak urban malay ni. Congrats Popiah Pictures dan 8tv.

    • bawangmerahjambu

      apa tajok lagu cita ghost tu n sapa penyanyi dia…best la!!!

    • control

      NTAH LAH…SI NAZ NI MELAYU…TAPI BELAKON MATI DAPAT BERHUBUNG DGN MANUSIA PULAK. BUKANKAH ORG YG MATI TERPUTUS HUBUNGANNYA DGN DUNIA. X TAU LAH MCM MANA ORG BOLEH TERIMA DRAMA URBAN KONON YG MCM ORG BARAT YG MATI BOLEH BERHUBUNG DGN MANUSIA HIDUP

    • abc

      mcm sitcom singapore,tapi diterbalikkan.singapore perempuan yang mati dengan baju kahwin dan meminta pertolongan seorang lelaki menyiasat punca kematian nya.

    • syahida

      siapa nama pelakun yang jadi datin dalam cite ghost nie?dlm cite ni dia ada fair dgn naz

    • sayakata

      At last ada pembaharuan dalam sitcom m’sia. Ini cuma drama….. Jgn la nak kata yg bukan2 plak.

    • http://n mala U bodo

      support sajala……..bezla para pelakon cite nie…..diaorg ada kelainan dr pelakon drama yg terkenal…cuba u tengok si cherly dia belakon natural standard gitu…….cara pyampaian dai bestla…….bkn pura2……

    • nano

      wahhh..mane nk download lagu cite GHOST??ngn lirik die skli plzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

    • poPIa

      mcm MnE nK DPtKAN gambar pElakON drama GhoSt NiE!!!!

    • renuga

      harap lebih menyeramkan lagi. filem sekarang tidak begitu menyeramkan.

    • mah kepoh

      belasen,belasen,belasen…..

    • http://www.myyoungmillionaire.com Honeybee

      Apahal dgn -mah kepoh- ni …
      Ghost mmg best.. now Frontpage lak (dh ala2 Early Edition)

    • XJ-9

      awek sebelah kanan bawah reefa yg duduk tuh nama pa ei???
      da sapa2 leh tlg bgitau aku x??

    • ghost buster

      peh banyak giler hantu kau… seksi-meksi lagi. gileq ah….pastu mke terlbih cantik..haha..

    • http://tiada mami penang

      saya nak tahu kesudahan cerita ini…………hari itu elektrik rumah out

    • bella

      tak takut hantu…lah

    • http://iamfarahzila.blogspot.com lilo

      salam..hye..baru tgk ghost last week..suka sgt…x seperti drama lain….

    • http://profile.yahoo.com/JYX4II5CEOIEXW42BDCOOSTQHY Lya

      is there any1 here can tell me about the next session for this stori?? GHOST 3???



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK