in

Drama Bersiri Etnik Demi Sugit Lakonan Anding Indrawani

[dropcap]U[/dropcap]nik dan mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Begitulah gambaran yang dapat diungkapkan terhadap plot-plot kisah setempat yang di ketengahkan dalam drama bersiri etnik Sabah Sarawak yang menjadi pilihan Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk disiarkan kepada penonton setia salurannya.

Nyata pendekatan yang diambil RTM ini membuka peluang kepada masyarakat semenanjung memahami budaya serta keistimewaan etnik-etnik ini yang sememangnya memiliki daya keunikan yang tersendiri.

[pullquote align=”right”]Drama Bersiri Etnik : Demi Sugit Lakonan Anding Indrawani Di TV2 Hibur Petang Ahad Anda[/pullquote]

Menampilkan pelakon Anding Indrawani, Andeline Tsen, Wilton Hamdih Gudol, Domithila, Ryot Ujin, Catherine Mei dan Teha Salamon, saksikan 13 episod drama bersiri komedi romantik bertajuk “Demi Sugit” arahan T.S. Jeffey dan Karim Gullam ini mulai 26 Mei 2013, setiap Ahad, jam 5.00 petang menerusi saluran TV2.

Ia berkongsi kisah upacara majlis pernikahan Sogit dan Taming mengikut adat budaya kaum Murut di Tenom baru selesai. Walaupun kecewa gadis idamannya itu menjadi milik orang, namun bagi Alang dia pasrah dan terima seadanya. Dia tumpang gembira melihat Sogit hidup bahagia dengan Taming.

Jefry dan Abeng pula dalam diam mencintai Elana dan Deby. Namun sebaliknya cinta mereka ditolak kerana mereka berdua penganggur yang pemalas yang hanya ada angan-angan kosong.

pelakon wanita Demi Sugit

Suatu hari, akibat salah faham di tempat kerja Alang telah dibuang kerja. Alang kemudiannya mahu berhijrah ke Bandar Kota Kinabalu untuk mengubah kehidupannya setelah mendapat tahu ada peluang pekerjaan di sana. Alang pun berhijrah meninggalkan kampungnya ke Bandar.

Ketika ini barulah majikan Alang sedar kesilapannya membuang Alang kerja. Rupa-rupanya dia termakan hasutan pekerjanya. Namun sudah terlambat. Dia gagal bertemu Alang. Alang sudah pun ke Kota Kinabalu.

Di Kota Kinabalu iaitu di kawasan kilang, Alang gagal mendapat kerja. Tempat kerja yang ditujunya itu telah mengambil pekerja baru. Silap Alang juga kerana tidak tengok tarikh iklan betul-betul akibat dia terbaca surat khabar 2 bulan lepas. Dia bingung pada satu hari dia menumpang lori sayur untuk ke Tenom mencari peluang pekerjaan.

Di Tenom Alang kemudiannya berkenalan dengan Sugit Tiana anak kepada Pak Ajib (Tok Ketua) atau lebih dikenali dengan gelaran Sugit di Tenom. Sugit adalah anak hasil perkahwinan campur kacukan asli dan cina. Ayahnya orang asli manakala ibunya berbangsa cina. Dia anak kepada pekebun sayur di Tenom.

Kebetulan di kebun itu memerlukan pekerja. Maka Alang bekerja di kebun. Hubungannya dengan Sugit Tiana akrab hingga Anang yang lama menaruh perasaan kepada Sugit Tiana cemburu. Anang menjalankan sindiket menyeludup sayur-sayuran dan bunga orang kampung dan dijual murah ke luar.

Jefry dan Abeng kemudiannya datang ke sana untuk bekerja juga. Tetapi mereka sesat di Kota Kinabalu. Mereka berdua bercinta pula dengan Hanis dan Gira. Hubungan mereka jadi akrab. Suatu hari, Anang telah mengenakan Alang kononnya Alang terlibat dalam sindiket mencuri sayur orang kampung dan menjual ke pekan. Alang dibuang daripada kampung. Namun, dia berjaya membuktikan dia tidak bersalah dan kembali diterima ke kampung. Sugit Tiana dan Alang juga bakal dikahwinkan.

Anding dan Andeline Tsen pelakon utama drama bersiri ini

babak cinta dalam Demi Sugit

babak menarik Demi Sugit

Demi Sugit

drama bersiri Demi Sugit

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Unifies Best-in-Class Windows PCs Under ATIV Brand

Drama Rindu Ini Milik Dia Temukan Memey Suhaiza & Talha Harith