Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Drama Bersiri Anakku Bukan Anakku di Slot Asian Potpurri



“ANAKKU BUKAN ANAKKU”
Anak yang dikandung tidak dikendong

Cinta Berkalang Noda dan Harga Diri adalah drama-drama bersiri Indonesia yang popular melalui slot Asian Potpourri yang diperkenalkan oleh TV3 bermula pada tahun 2005. Peka terhadap permintaan masyarakat Malaysia yang mula menjurus minat terhadap drama-drama dari seberang, TV3 mengambil inisiatif untuk memperkenalkan slot Sinetron dengan drama bersirinya yang pertama berjudul Bawang Merah Bawang Putih (BMBP) pada tahun 2006.

Slot Sinteron mula menembusi tontonan yang tinggi sejak BMBP ditayangkan dengan pencapaian jumlah penonton sebanyak 3 juta. Pada kemuncak episod terakhir, ia berjaya mendapat 3.68 juta penonton. Setelah BPBM, Sinetron meneruskan tayangan drama-drama bermutu yang lain seperti Ratapan Anak Tiri, Bukan Cinderella dan Liontin.

Terbaru, TV3 memperkenalkan sebuah lagi drama bersiri yang popular di Indonesia berjudul Anakku Bukan Anakku dan pastinya bakal memikat hati penggemar drama dari seberang. Ia dibintangi oleh barisan pelakon yang sedang melonjak naik di Indonesia iaitu Nabila Syakieb, Roger Danuarta, Raya Kohandi, Krisna Mukti, Raslina Rasidin dan Eng Saptahadi. Malah menerusi drama ini juga berjaya mempopularkan teraju utama iaitu Nabila yang memegang watak Tatia sementara Raya pula mendukung watak sebagai Adel.

Drama hebat ini merupakan hasil arahan daripada Salim Tariq dan Key Mangunsong. Drama bersiri sebanyak 65 episod ini akan mula menemui penonton setia Sinetron bermula pada 29 Mei 2008, jam 2.30 petang, setiap Isnin hingga Khamis.

“Pihak TV3 sentiasa mengkaji drama-drama yang bermutu untuk tontonan semua kerana matlamat penting adalah memenuhi citarasa penonton di samping memberikan moral yang dapat dijadikan pengajaran. Setakat ini, slot Sinetron mempunyai pengikut setianya tersendiri terutama golongan suri rumah yang menghabiskan waktu rehat petang mereka dengan menonton TV3,” ulas Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Nurul Aini Abu Bakar.

SINOPSIS SINETRON
Kisah menarik ini memaparkan kehidupan pasangan suami isteri bernama Bayu dan Rona yang hidup miskin dan sentiasa diuji. Kehidupan Bayu bertambah pahit apabila dia terpaksa diberhentikan kerja ketika isterinya sarat mengandung. Hatinya bertambah remuk apabila dia tidak mampu membiayai perbelanjaan hospital untuk merawat isterinya yang sedang sarat.

Bayu tekad menukar nasib keturunannya agar anaknya itu dapat menikmati hidup bahagia tanpa derita seperti yang ditanggungnya. Bayu menukar bayinya yang bernama Adel dengan bayi milik jirannya pasangan Nico dan Vivian bernama Tatia. Bayu tergamak melakukan perkara keji ini kepada jirannya yang kaya dan baik hati itu.

16 tahun telah berlalu, Adel dan Tatia telah membesar sebagai remaja yang cantik dan berpendidikan . Walaupun menjalani kehidupan bukan dengan ibu bapa masing-masing, Adel telah mewarisi sifat-sifat buruk ibu bapanya dan Tatia pula mewarisi sifat terpuji bapanya. Sementara Adel hidup dalam kemewahan, kesucian hati Tatia pula sering diuji.

Dapatkah Tatia mengenali keluarganya yang sebenar dan berpeluang untuk hidup bahagia? Apakah pula kesudahan nasib Bayu setelah melakukan banyak angkara buruk terhadap orang yang tidak bersalah? Drama bersiri yang penuh dengan kisah suka dan duka, nantikan siaran Anakku Bukan Anakku melalui slot Sinetron di TV3! Pastinya petang anda akan menjadi lebih ceria!

[tags]sinetron, drama indonesia, salim tariq, Key Mangunsong, bawang putih bawang merah, nurul aini, malay mail, mstar online, awek ghairah, azwan ali digam, utusan melaysia, akhbar jawi[/tags]

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • MUHAMAD HURAIMI HILMAN MOHD HUSRI
  • Drama Kanak-Kanak Khas Aidilfitri di TV1
  • Program Ceria Sempena Tahun Baru di TV2
  • Drama Bersiri Sakti Delima Ditunda Buat Sementara
  • My Best Pals @ Asian Hour 8TV
  • PENSTRUKTURAN RTM MENGHADAPI DUNIA PENYIARAN ERA DIGITAL
  • Profile Sahrul Gunawan
  • Slot Senda Pagi Perkenalkan Gameshow Ewah-Ewah & Berek
  • FINAS Terus Bantu Penggiat Filem
  • Drama Bersiri Epik Arjuna Lakonan Remy Ishak



    • http://profiles.friendster.com/elisma maEL

      Okay la sinetron ni… yang penting ada teladan dan mesej yang diorang nak sampaikan… yang lain tu terpulang pada para penonton sendiri. Nak kata OK atau tak OK. Lain manusia lain pendapat. -maEL-

    • ila

      roger i love u

    • Rinku

      semua orang yang bersekolah dan berkerja tidak dapat menonton cerita anakku bukan anakku,kerana ia di siarkan begitu awal.kepada tv3,tolong siarkan cerita ini pukul 4.00/4.30 petang.juga,cerita indonesia ini,kebanyakkan nya tidak logik jalan ceritanya.kalau boleh jangan dibawa masuk banyak2 ke Malaysia,terutama cerita seperti bawang merah bawang putih,kerana ia dapat merosakkan minda kanak2 yang tidak matang pemikirannya.kanak2 akan memikirkan bahawa pari2 itu benar2 wujud dan akan terus mengharapkan kedatangan pari2.cerita seperti ini benar2 tidak bermoral.

    • lily

      anakku bukan anakku memang seronok ceritanya,tp iklan terlalu lama dan menyebabkan penonton berasa bosan ketika menontonnya.Jalan cerita ini juga tidak logik dengan adanya watak syaitan.ini akan mempengaruhi minda kanak2.diharapkan,tv3 dapat kurangkan iklan yang terlalu lama dan bosan.
      sekian………….

    • lan

      btul tu iklan terlalu lama,,,,banyak iklan dari citer…harap tv3 akan kurangkan iklan tu sungguh membosankan…citer dah best….potong stim jer nak tgk…..harap tv3 faham kurang kan iklan waktu citer ank ku bkn ank ku,

    • najwa

      cerita ini hero x hensem tapi taufan hendsom

    • http://gaiaonline syasya_cute

      cerita ni best giler tpi kenapa habis macamtu je???

    • http://Google jihah

      Best btl citer ni.ada tak sambungan citer ni,maksudnya anakku bukan anakku2

    • sha

      citer anaku bukan anaku mmng best la tp leh x klrkan lgi skali nnt??

    • alice

      alice dah tengok citer ni….
      smpai ending,akhirnya adel dan rafli yg bersama
      tatia bersama dgn taufan (lelaki yg tlh selamatkannya)
      bayu & rona mmg ibu bapa kandung tatia mnkala vivian & nico adalah ibu bapa kandung adel
      alice mmg xcaya semua ni,tp apa2 pun………ending citer ni mmg bagus
      caya deh!!!!

    • adha

      best bangat sih citer ni

    • joey

      ceta ni,,sa memang minat,tp yg paling sa tak cuka,,pasal dorang si bayu cama tu isterinya(rona)….si adel pun kadang2 sa tak cuka tu wataknya yg jahat tu..tp apa bleh buatlah…..kesian si tatia..kena cari ja tu org tua yg tak de perikemanusiaan langsung……….tp ap yg paling sa tak cuka cama si tatia tu,dnangis ja keja dia…menyampah sa nampak….sa cuka pula bila si tatia cama si taufan dapat bercama akhirnya..sa tengok si taufan lagi hendsome daripada si raflli………………..syoknya cerita ni…….

    • tatia

      saya suka anakku bukan anakkuu….is the bestttt……play again kat tv3 lagi skali laaaaa….pleaseeeeee

    • peminat setia anakku bukan anakku

      anakku bukan anakku memang best sape yg kutuk2 tu mmang bengap x tau tengok jgn tengok..paz tu nk kutuk2 plak pew lahhhh..

    • http://www.adwani89.com.my afzal

      cerita ABA ni mmg best sgt2..jalan ceritanya memang best even berbelit ckt..saya sgt suka dengan ending cerita ini bila tatia dgn taufan berkahwin even pada permulaan cite tatia digandingkan dgn rafli..sy kurang suka kt watak rafli 2 coz nmpak cm pondan je…..i hope sgt2 tv3 dpt mnyiarkan semula cite ni drpd menyiarkan drama sinetron yg x best lngsng cm cite siti nurbayah 2….

    • http://baim nadzirah

      sioklah mamaku minat baim wong



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK