in ,

Drama Bersiri Ammara Batrisya Episod 11

Drama Bersiri Ammara Batrisya Episod 11. Tanpa belas kasihan Ammara terus menyiksa Marlia dan memberikan racun tikus kepada Marlia. Tiada siapa yang dapat membantu Marlia dan Ammara hanya membiarkan Marlia tersiksa sendirian dirumahnya.

Batrisya terkejut apabila bangun daripada tidur melihat Ammara berada di dalam rumahnya. Tetapi Ammara memberi alasan Batrisya pernah membuat kunci pendua rumahnya untuk memudahkan Ammara keluar masuk ke rumahnya. Tapi seingat Batrisya dia tidak pernah berbuat sedemikian. Di pejabat, keadaan Reza dan Rayyan semakin tegang apabila Reza menyerang Rayyan kerana terlalu tertekan dan menuduh Rayyan sekali lagi cuba untuk menjatuhkannya apabila segala maklumat di dalam komputernya hilang.

Ammara pula dikejutkan dengan kedatangan Mrs. Gia bersama Nilam, penjaganya ketika dia berada di Australia.

Ammara kelihatan takut dengan kehadiran Mrs. Gia yang berkali-kali ingin memastikan Ammara mengambil ubat-ubatannya jika tidak dia akan diberi suntikan.

Ammara berjanji untuk memakan ubat-ubat itu tetapi sebenarnya dia tidak menelan ubat-ubat itu dan membuangnya apabila Mrs. Gia cuba berbincang dengan Judo. Setelah Mrs. Gia beredar dari rumahnya, Ammara yang marah menyuruh supaya Judo membuat sesuatu agar Nilam dan Mrs. Gia tidak mengganggu perancangannya.

Batrisya ingin pulang menjenguk ibunya yang sudah berberapa hari tidak ditemuinya di Shah Alam. Ammara yang mengetahui Batrisya ingin ke rumah ibunya cuba mengalih perhatian Batrisya dengan mengajaknya untuk melihat proses pemasangan penggera keselamatan di Yayasan.

Tetapi, Batrisya tetap pulang dan kepulangan Batrisya kali ini pastinya memberi kejutan yang bakal menyayat hatinya apabila melihat ibunya sudah tiada lagi.

Drama Bersiri Ammara Batrisya Episod 11

Drama Bersiri Ammara Batrisya Episod 11

Drama Bersiri Ammara Batrisya Episod 11

Drama Bersiri Ammara Batrisya Episod 11

Drama Bersiri Ammara Batrisya Episod 11

Drama Bersiri Ammara Batrisya Episod 11

Drama Bersiri Ammara Batrisya Episod 11

Drama Bersiri Ammara Batrisya Episod 11

Drama Bersiri Ammara Batrisya Episod 11

Drama Bersiri Ammara Batrisya Episod 11

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Review Hotel Grand Lapa Macau

Shila Amzah Wakil Malaysia ke MIDEM Cannes Perancis