Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)

















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Drama Bella Lakonan Elly Mazlein Raih 2.6 Juta Penonton

Budiey nak ucap TAHNIAH kepada semua warga krew dan pelakon drama bersiri Bella yang berjaya mengamit 2.6 juta penonton di TV3! Bukan senang tu nak menarik jumlah penonton sebanyak itu. Tetapi Budiey ada dengar, ada satu lagi drama bersiri yang meletop dan berjaya menarik lebih 4.5 juta orang penonton. Wah! Jumlah sebanyak itu dah lebih dari penonton Buletin Utama sendiri, ye?

Ha, korang nak tahu tak drama apa? Jawapannya, drama Sindarella! Maklumat ini masih lagi dirahsiakan oleh TV3 tetapi Budiey dah dapat daripada sumber yang boleh dipercayai mengatakan Sindarella telah mencipta satu sejarah! Meletop, kan? Kalau benarlah berita ini, nampaknya TV3 kenalah meraikan juga para pelakon atau sekurang-kurangnya para pelakon diberikan bonus sebagai habuan ekstra. Hehe!

Seperti mana yang direncanakan oleh TV3, pada hari Jumaat lalu (13 Jun), para pelakon dan krew serta para media dijemput untuk majlis bacaan doa selamat untuk meraikan drama Bella yang telah pun tamat disiarkan di TV3.

Drama Bella yang dipopularkan melalui slot Akasia itu juga turut mencapai sebanyak 4 juta penonton online di tayangan episod akhirnya. Drama ini merupakan hasil arahan sutradara Adam Hamid dan diterbitkan oleh Grand Brilliance Sdn Bhd mula disiarkan di TV3 pada 4 Februari sehingga 15 Mei 2008 lalu.

Majlis doa selamat diadakan pada jam 3.30 petang, Jumaat lalu sebagai kesyukuran di atas kejayaan drama Bella sekaligus menaikkan rating slot Akasia.

Antara para pelakon yang turut hadir, Elly Mazlein, Ako Mustapha, Azhar Sulaiman, Iqram Dinzly, Dato’ Ismail Hudson, Irma Hasmie, Yatt dan ramai lagi.

Bella adalah drama bersiri ketika yang menghiasi slot Akasia selepas Manjalara dan Spa Q. Drama 60 episod ini telah menyerlah bakat Elly Mazlein yang memegang dua watak sebagai Bella dan Tengku Sandra. Pujian harus diberikan kepada Elly kerana telah berjaya menjadikan drama ini lebih menarik.

Jika korang peminat setia Bella, pastinya korang tahu konflik yang diharungi Bella sehingga dia sanggup menukar identiti yang dikenali sebagai Tengku Sandra. pada korang yang dah tengok episod akhir, akan dapat tahu bagaimana berakhirnya hidup Bella yang meninggal dunia dan meletakkan anaknya, Erik di bawah jagaan Mia.

Satu penamat yang sangat sadis dan meruntun perasaan dan ada penonton yang tidak menjangkakan penamatnya.

Sebenarnya, cabaran bagi pihak produksi pula, adalah kesuntukan masa. Namun, berkat kesabaran, mereka berjaya menghasilkan drama 60 episod dalam masa 4 bulan sahaja di samping menjaga cerita dan penerbitan.

Syabas!

Tags:

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Drama Siri Baru Ezora Ganti Bella di Akasia TV3 Lakonan Fazura
  • Salina Salibi, Elly Mazlein dan Siti Elizad Dalam Puasa Terakhir
  • Elly Mazlein, Shahrul Kamaludin, Wan Elyas Dalam Drama Cinta Batu Belah
  • Drama Manjalara Musim Kedua Lakonan Emelda Rosmila Kembali
  • Sinopsis Filem Apa Kata Hati Lakonan Awal Ashaari, Farid Kamil, Raja Farah
  • Apabila Selebriti Menjadi Mangsa Fesyen…
  • Sheila Rusly: Watak Wanita Paling Jahat Dalam Drama 2007
  • Bayaran Artis Wanita Paling Tinggi di Hollywood
  • Elly Suriati Yang Meletop!
  • Majlis Minum Petang High Tea Lord’s Tailor di Hotel Genting



  • 9 Komen untuk entri “Drama Bella Lakonan Elly Mazlein Raih 2.6 Juta Penonton”

    1. redville kata:

      Tahniah Bella! Sy kenal ramai member yg memang akan tunggu Bella setiap hari kerana nak tau cerita seterusnya… tu yg masuk statistik 2.6 juta tu.. hehe

    2. obefiend kata:

      your make up is too thick miss Mazlein. tone it down

      as for Ako…………lose the spare chin if you know what i mean?

    3. minah kata:

      eee…comeinya elly pakai simple baju kurung cam ni…so cute! Budiey kenapa tak letak gambar iqram masa majlis ni….kalau ada gambar bella & zahar lagi ngam!

      aku minat giler dgn siri Bella ni….episod akhir aku menangis tersedu2 punyalah sedih sbb cinta bella-zahar berakhir dgn kematin tragis….sejak tu jugak aku minat si elly dan iqram…sesuailah dia org berdua tu….cam iya2 jer bercinta!

      Tahniah buat sutradara Adam Hamid sbb citer Bella memang best! Boleh dapat anugerah Skrin 2008….bukan bella dan zahar jer best…semua pelakon memang menjadi cam Azhar sulaiman, mama si syah tu, yatt, pak hasan, mak milah, baby daniel, Dato idris lembap, ibu bella …kecuali pada lakonan taraf biasa2 pada Ako dan Irma…gandingan ako-irma sgtlah tak ada chemistry tak mcm zahar-bella…..ok elly, aku tunggu telenovela Amanah Karmila gandingan kau dan zed zaidi….harap2 hebat mcm Bella jugak!

    4. Odah onasis kata:

      minat giler kat scha … tu… adakah perasaan kasih??? Elly Mazlein tetap mantul….. tak menari poco-poco ke??? Remember… Dont talk bussiness in the table eating… tau…. …

    5. fizzkry kata:

      Nak Elly dan Iqram Dinzly….sgt padan tau!

    6. Wawa kata:

      Alahai…rindu la dgn cite ni….tiap hari balik keje….tiap balik mcm nampak hantu…kalangkabut…nak sampai umah awal…gara2 nak tengok bella! mmg best cite ni…. paling suka watak Ako n Azhar sulaiman…mmg ada class la cite ni

    7. fizzkry kata:

      Budiey, paste kan lah gambar iqram & elly masa majlis ni …tak kan tak ada kot….

    8. nita kata:

      tahniah untuk elly yg berjaya membawa watak bella dgn baik…

    9. mawar kata:

      aku xde komen psl cite bella tu..tp nk komen sket psl ako..makin chubby le die..dh kureng ensem..huhu..

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET