in , ,

Drama Antara Kita Lakonan Anne Ngasri, Aliff Aziz & Fara Fauzana

Drama Komedi 13 Episod : Antara Kita Temukan Anne Ngasri dan Aliff Aziz Di TVi (Saluran 180 Astro)

Benar atau tidak kedua pasangan artis, Aliff Aziz dan Anne Ngasri serasi bersama boleh anda ketahui menerusi sebuah drama muzikal terbaharu, Antara Kita yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 13 Mei ini menerusi TVi (Saluran 180 Astro).

Menghiburkan penonton setiap Ahad, jam 9.00 malam, muzikal komedi yang turut dilakonkan oleh Zaibo, Bell Ngasri dan Fara Fauzana mengisahkan tentang kehidupan Pak Adman yang membuka sebuah syarikat agensi papan pengiklanan secara kecil-kecilan.

Pak Adman telah lama menduda setelah kematian isterinya. Dia kemudiannya tinggal bersama anak kembar perempuannya, Ain dan Nurul. Ain dan Nurul kini menuntut di pusat pengajian tinggi. Pak Adman terlalu sayangkan anak-anaknya dan pada masa yang sama juga risaukan anak-anaknya kerana mereka kini sudah dewasa dan mudah terdedah kepada dunia luar.

Poster Antara Kita

Situasi itu menyebabkan adakalanya dia dilihat seperti mengongkong anak-anaknya. Dia akan mengambil tahu apa saja yang dilakukan oleh kedua-dua anaknya. Dia akan menjadi lebih risau jika ada lelaki ingin mengganggu atau memikat anak-anak-anaknya. Begitu juga sekiranya mereka tidak menjawab telefon kerana anak-anaknya masih muda dan belum bersedia berdepan cabaran hidup.

Satu perkara yang Pak Adman lupa ialah anak-anaknya kini telah remaja dan dalam usia yang begini berbagai-bagai dugaan yang terpaksa mereka tempuhi. Apatahlagi Nurul dan Ain merupakan dua orang gadis yang cantik. Pasti ada sahaja lelaki yang cuba memikat mereka. Inilah perkara paling utama yang merisaukan Pak Adman kerana baginya lelaki cuma ingin mengambil kesempatan ke atas diri anak-anaknya.

Ain dan Nurul mempunyai perwatakan yang berbeza walaupun mereka kembar tak seiras. Ain yang sulong walaupun bersikap happy go lucky tetapi lebih bertanggungjawab. Nurul pula seorang gadis yang sentiasa ceria dan bersikap agak sambil lewa dalam segala hal. Adakalanya mereka akan merasa bosan jika ayah mereka terlalu mengongkong.

Pergerakan mereka sentiasa dipantau oleh Pak Adman menerusi dua orang pekerjanya, Jay dan Airil. Mereka diupah supaya mengintip pergerakan mereka dan mengorek rahsia anak-anaknya. Tambahan pula Ain dan Nurul tahu ayah mereka tidak suka mereka mempunyai teman lelaki.

Jay dan Airil masing-masing berusia awal 20-an. Jay dan Airil walaupun bersahabat tetapi mempunyai perangai dan sikap yang berbeza. Jay lebih ceria setiap masa dan seperti tidak pernah ada masalah. Tidak pernah serius dalam segala hal. Manakala Airil walaupun bekerja tetapi masih bercita-cita tinggi ingin menyambung pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi. Maka Pak Adman akan selalu memberikan tanggungjawab lebih kepada Airil.

Setiap hari jika tiada kelas, Ain dan Nurul sering menghabiskan masa mereka di tempat kerja ayah mereka. Ain akan menolong ayahnya dan Nurul lebih suka mengacau mereka. Airil pula dalam diam sukakan Ain tetapi malu untuk menyatakannya dan Ain juga dalam diam sukakan Airil tetapi malu untuk menyatakannya.

Mampukah cinta mereka bersatu? Atau ianya tersekar di tengah jalan bila Pak Adman mengetahui hal yang sebenar?

Fara Fauzana dan Zaibo dalam Antara Kita

Pelakon Antara Kita

Drama Muzikal Antara Kita

Antara Kita ... gandingan Alif Aziz dan Anne Ngasri

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Chef Ismail Tinjau Rumah Selebriti dalam SIAPA DI RUMAH

U Mobile Wins Best New Service Award