Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Drama Antara Garisan Di Astro Ria Lakonan Isma Yusoof, Nadia Aqilah Bajuri



ANTARA GARISAN DI ASTRO RIA
Sebuah lagi telefilem hebat bakal mengisi hujung minggu anda

Tajuk: Antara Garisan
Genre: Telefilem
Tarikh siaran: 5 September 2009
Hari Siaran: Sabtu
Masa siaran: 9.00 malam

poster antara garisan

Bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan yang mulia bagi umat Islam, Ramadhan Al-Mubarak,  Astro RIA (saluran 104) akan menayangkan sebuah lagi telefilem hebat berjudul Antara Garisan pada hari Sabtu ini, 5 September 2009, jam 9.00 malam.

Telefilem hebat yang berpegang pada tema dosa dan pahala hanya dipisahkan oleh sebuah garisan yang cukup halus ini  dibintangi oleh Noorkhiriah, Sharifah Amani dan pendatang baru Ismail Abd Aziz  selaku teraju utama. Telefilem ini menjadi lebih mantap apabila dibantu oleh Isma Yusoof, Zaibo dan pendatang-pendatang baru seperti Zaibo, Nadia Aqilah Bajuri, Faizul Hashim, Farhan Daing, Yaya Nadzri dan ramai.

Menurut Pengurus Saluran Astro RIA, Encik Khairul Mizan Shagul berkata, “Telefilem ini sengaja dipilih untuk ditayangkan pada bulan Ramadhan apabila melihat kepada mesej yang ingin disampaikan melalui penceritaannya adalah sangat mendalam. Pada akhir telefilem ini, kita akan mendapat pengajaran dan iktibar bahawa kita tidak boleh berada dalam golongan yang senang menghukum kerana setiap perkara yang terjadi ada hikmahnya.

Telefilem yang sangat sesuai ditonton oleh seisi keluarga ini menjadi lebih mantap apabila ia dijayakan oleh pelakon-pelakon yang berpengalaman seperti Sharifah Amani yang terkenal dengan filem-filem arahan Yasmin Ahmad.”

Antara Garisan bermula dengan kisah seorang uztaz bernama Arman (lakonan Ismail Abd Aziz) yang muncul di sebuah kampung di subuh hari. Dia telah bertembung dengan seorang perempuan GRO bernama Ayu (Noorkhiriah) yang sedang mabuk di hadapan masjid itu. Ustaz Arman yang ketika itu sedang berdiri di kaki tangga masjid telah memandang wanita itu dengan pandangan jijik dan Ayu pula memandang ustaz tersebut dengan perasaan malu.

Selepas daripada kejadian itu, mereka tidak lagi bertemu sehinggalah pada suatu hari dan waktu yang sama, Ayu pula berdiri di kaki tangga masjid di tempat yang sama dia terserempak dengan Uztaz Arman pada kali yang pertama. Tetapi kali ini, Uztaz Arman ditemui dalam keadaan yang cukup mengaibkan.

Pada saat itu, barulah mereka teringat yang mereka berdua pernah berada di tempat yang berbeza dan tersedar yang mereka berdua telah merubah kedudukan masing-masing kerana sedar apa yang membezakan mereka hanyalah satu garisan halus.

Jangan lupa untuk menyaksikan telefilem hebat ini pada hari Sabtu, 5 September 2009, jam 9.00 malam eksklusif di Astro RIA (saluran 104).

Tags: , , , ,

Tags: , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Lagu Tema Drama Antara Garisan Akan Ku Jumpa – Azfar
  • Montage Drama Merah Putih Lagu KAU AKU Nyayian Aizat
  • Stail Rambut Pendek Terbaru Pelakon Filem Setem Isma Yusoof
  • Gambar Farah AF2 & Isma Yusoof Dalam Drama Popular
  • Azwan Ali Gedik?
  • Poster Emil Emilda & Gambar Aaron Aziz
  • Drama SinDarEla Lakonan Sharifah Amani Bront Palarae
  • Teaser Drama Merah Puteh
  • Poster Drama Rona Roni Makaroni Lakonan Isma Yusoof
  • Amylea & Isma Yusoof… ada apa-apa ke?



    • ekin

      best sgt cite ni..penuh dgn pengajaran.

    • love

      ermmboleh tak ada sapa sapa kat sini siarkan balik dialog2 terakhir isma yusoof masa ustad tu kantoi kat masjid. (scene akhir)

    • Mazwan
    • Penonton ASTRO

      Baru tgk semlam..

      Ada 2 kelompok, satu kelompok diketuai ‘Imam Masjid’, satu lgi diketuai ‘Ustaz Arman’. Kemudian ada sorang GRO kelab.

      kelompok ‘Ustaz Arman’ terpengaruh dgn hasutan ‘Setan’ untuk menghukum GRO tersebut dan ‘Imam Masjid’ cuba membantu GRO tersebut dan membawa ke jalan benar.

      Apa yg aku boleh simpulkan dari jalan cerita dan skrip, aku tgk DUA2 KELOMPOK SESAT. Sebab, ‘Ustaz Arman’ menghukum GRO bukan dengan Syariat Islam, tapi dgn Emosi semata. Dan ‘Imam Masjid’ tu pulak kata yg kita ni bukan Tuhan untuk menghukum, tapi dalam Al-Quran sendiri Allah swt suruh kita menghukum yg salah. Dan siapa ‘kita’ tu, Penguasa yg berhak menjatuhkan hukuman, kalau dalam konteks skrg, kerajaan lah yang berhak menghukum seseorang pesalah. Kalau pesalah tu mencuri kerana tidak cukup makan, maka Kerajaan tu yg patut dipersalahkan kerana tidak menjaga kebajikan rakyat. [Fahami Undang2 Jenayah Islam]

      Yang lagi pelik, Syaitan dibelenggu masa bulan Ramadhan. Tapi ada plak sekor ni terlepas (dalam cerita tu)… pastu akhir skali ada sorg budak cakap “Mak, bulan Ramadhan syaitan kena ikatkan? Tapi kenapa masih ada org buat jahat?”… Seolah-olah cerita ni nk bagitau yg setan ada je masa bulan pose, dan boleh menggoda manusia ke arah kejahatan.. Adoyai… Setan mmg dibelenggu masa bulan Ramadhan, tapi yg x dibelenggu NAFSU..

      Aku tngok cerita ni pon SESAT pasal tunjuk karekter Setan sedang menggoda manusia dalam bulan Ramadhan, seolah2 penerbit cerita ni menolak ayat-ayat yg mengatakan “Syaitan dibelenggu di bulan Ramadhan”.

      Aku tengok sume cerita Melayu mesti nk tunjuk org2 yg gi clubbing, GRO, Pelacur, sumenya org baik. Orang pakai kopiah, lebai, sumenye jahat. Otomatik korang dah membantu Yahudi menunjukkan orang Islam tu jahat sebenarnya.

      “Media is the method to Mind Controlling and Brainwashing human”

    • hamba AllAH

      SECOND THAT Penonton ASTRO. i cant agree you more! we are totally on the same page.

      mula2 tengok sinopsis cerita ni pun dah tahu macam ade something wrong with it.
      okay…sebenarnye, yang mengarah dan berlakon adalah artis2. dan selalunyeee mereka ni la nak tunjuk bahawa apa yang mereka buat itu betul. so, diorang salurkan dengan movie2 sebegini.
      INDUSTRI HIBURAN malaysia sekrang ketandusan orang2 intelek yang faham islam betul2 yang boleh mendidik masyarakat.
      kalau kita tgk cerita2 pengajaran mereka semua sepesen (sama je) …senang2 tgk je la cerekarama tv3. tak habis2..bende yang sama.
      kurang kajian..kurang ilmu.

      wallahualam.

      p/s: saya tidak suka menghukum tetapi jika apa yang salah dalam AL-QURAN, tetap salah di mata ALLAH. kita sebagai hambaNya bukannye mencaci tetapi mendoakan mereka dan tetap membenci perbuatan mereka. itula senipis2 iman.



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK