in ,

Drama Anak Cucu Tok Wan dan Buah Nau Halwa Kabung

2 DRAMA KISAH PENGAJARAN DAN KEINSAFAN RAMADAN MENERUSI DRAMA ANAK CUCU TOK WAN DAN BUAH NAU HALWA KABUNG DI RTM

Drama-drama yang sarat dengan pengajaran berguna sememangnya sesuai untuk tontonan seisi keluarga terutama di bulan Ramadan yang menganjurkan kepada seluruh umat Islam supaya muhasabah diri dan menyesal dengan segala kesilapan yang pernah dilakukan samada secara sedar atau tidak.

ezani

Begitu juga sepanjang Ramadan ini menuntut kesabaran setiap insan dalam mengusahakan sesuatu demi memperolehi kejayaan. Justeru RTM menyiarkan dua drama penuh pengajaran dan keinsafan, Anak Cucu Tok Wan pada 04 September 2009 (Jumaat), jam 8.30 malam mengisi slot Citra @ 2 dan Buah Nau Halwa Kabung 06 September 2009 (Ahad), jam 10.00 malam menghiasi slot Sinema Ahad @ 2 di TV2. 

Anak Cucu Tok Wan membawakan kisah watak Tok Wan telah tiga tahun kematian isteri. Pada Ramadhan tahun ini, dia diajak oleh anak sulungnya Mansor untuk menyambut Ramadhan di Kuala Lumpur. Mansor selalu merasa bersalah kerana membiarkan Tok Wan menyambut Ramadhan sendirian selama ini. Mansor seorang pensyarah, manakala isterinya Salmi seorang pelukis, jurugambar bebas dan pengacara. Mereka memiliki dua orang anak, Hana dan Haziq.

Bila Salmi diberitahu tentang rancangan Mansor yang mengajak Tok Wan menyambut Ramadhan di rumah mereka, dia naik angin kerana merasa tak selesa jika Tok Wan berada bersama mereka. Dia seorang yang panas baran dan terlalu mengutamakan kerjaya sebenarnya malas mahu menyediakan juadah berbuka puasa untuk Tok Wan.

Salmi baru saja membuka galeri seni yang menjadi cita-citanya selama ini. Jadi, dia memberi alasan yang dia akan sibuk dengan galerinya nanti dan tiada masa untuk melayan ayah mertuanya sepanjang bulan puasa. Mansor meminta Salmi menyerahkan semua urusan itu padanya kerana Tok Wan pandai memasak dan dapat pula menjaga Hana dan Haziq.

Kedatangan Tok Wan ke rumah Mansor menimbulkan berbagai pertentangan pendapat antara Salmi dan Tok Wan. Hana dan Haziq pula menjadi semakin rapat dengan Tok Wan yang suka suka bergurau, pandai memasak dan rajin melayan kerenah mereka. Keadaan menjadi bertambah rumit bila Musa, anak bongsu Tok Wan yang bekerja sebagai pembantu restoran di Amerika turut datang ke rumah Mansor untuk bercuti.
 
Untuk mengetahui babak-babak seterusnya usah ketinggalan menyaksikan drama lakonan Adi Putra, Intan Azura dan Ahmad Tarmizi Saregar ini.

Hujung minggunya pula penonton diajak menyaksikan drama menarik, Buah Nau Halwa Kabung yang berkisar tentang Zali yang berasa sedih melihat anak-anaknya bersahur dengan makan nasi berkuahkan kicap dan ikan tambang goreng sahaja. Sebagai suami dan bapa, dia perlu melakukan sesuatu untuk mengatasi masalah kewangan yang dihadapi oleh keluarganya, bukan saja untuk melalui hari-hari dalam bulan puasa, tetapi untuk menyambut hari raya yang akan menjelang tiba.

Dia hilang pekerjaan dan pendapatan menjelang bulan puasa. Restoran tempat dia bekerja ditutup sepanjang bulan Ramadan. Pemilik restoran berniaga makanan bermasak di Pasar Ramadan dan tidak memerlukan pekerja. Dia tidak boleh dan tidak mahu menjadikan keadaan itu sebagai alasan untuk isteri dan anak-anaknya menderita.

Dia berkunjung ke Pasar Ramadan untuk mencari peluang pekerjaan atau perniagaan. Dia melihat antara jualan paling laris ialah minuman seperti cendol, nira dan jus buah-buahan. Sejenis minuman tradisional yang dilihatnya belum ada dijual di Pasar Ramadan ialah buah nau atau buah kabung.

Dia berbincang dengan Pak Man, peraih yang membekalkan pelbagai jenis minuman kepada peniaga-peniaga Pasar Ramadhan. Pak Man bersedia membeli buah kabung (nau) kalau dia boleh membekalkannya. Dia berbincang dengan Midah, isterinya. Mereka bersetuju itu sajalah perniagaan yang boleh mereka jalankan tanpa memerlukan modal kewangan yang besar. ‘Modal’ yang diperlukan cumalah tenaga mereka berdua – dia perlu masuk hutan mencari buah kabung (nau) untuk diproses/masak oleh Midah. Modal kewangan yang diperlukan cumalah membeli gula untuk menyira.

Dia masuk hutan, mencari dan membawa balik buah kabung. Midah memproses dan memasak. Mereka membekalkannya kepada Pak Man. Malangnya Pak Man membeli dengan harga yang terlalu murah, di samping tidak membeli secara tunai. Akibatnya, Zali tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh keluarganya. Shukur, seorang teman yang mendapat gerai dan berniaga kuih di Pasar Ramadhan tahu masalah yang dihadapi oleh Zali. Dia menawarkan supaya Zali ‘tumpang’ berniaga dan menjual sendiri buah kabung di gerainya.

Begitu pun kehidupan Zali diganggu oleh Pak Man yang mengaturkan rancangan jahat menggagalkan perniagaannya. Buah Nau Halwa Kabung dibintangi oleh Sahranizam Noor, Sheila Mambo, Mahmud Ali Basha, A.R.Badul, Winfario Haji Abd Majid, Abdul Rahim Awang dan Dilla Ahmad.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom Hantar E-Kad Raya Selebriti dan Penyampai Era dan Menang Hadiah

Ezany, Shaheizy Sam dan Rebecca Nur Islam Dalam Legasi 43 Karat