Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Drama Aliff Firdaus Lakonan Beego, Irma Hasmie, Jasmin Hamid, Kuza



TV3 MEMPERSEMBAHKAN SLOT TERBARU:
KESEDERHANAAN MENCERMINKAN
SUATU KESEMPURNAAN
 

Budiey BlogDi dalam kesibukan manusia mengejar kemewahan dan mengukir nama, tidak semua yang dahagakan populariti dan kekayaan. Malah ada yang lebih senang memilih corak kehidupan sederhana yang menjanjikan kebahagiaan. Menghiasi slot terbaru TV3, ZEHRA, ikuti perjalanan menyentuh hati “ALIFF FIRDAUS”, drama bersiri terbaru arahan Rashid Sibir yang akan mula disiarkan 11 Disember 2009, setiap hari Jumaat jam 9.00malam.

Slot Zehra yang menghiasi slot perdana malam Jumaat membuka tirai dengan kemunculan drama Embun Mutiara diikuti Nur Kasih, drama yang mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat Malaysia bermula Jun lalu sehingga berjaya mencipta suatu fenomena luar biasa dengan catatan rating mencecah 5 juta penonton di episod akhir yang disiarkan malam Raya Haji lalu.

Untuk tidak menghampakan jutaan para penonton yang gemarkan jalan cerita yang menarik, TV3 mempersembahkan drama bersiri terbaru “ALIFF FIRDAUS” membariskan pelakon popular dan berbakat seperti Beego (Aliff), Nasir Bilal Khan (Haji Madi), Fadhilah Mansor (Hajah Mina), Irma Hasmie (Dira),  Zed Zaidi, Fezrol Khan, Jasmin Hamid, Maria Farida, Kuza, Rahim Jailani, Khatijah Tan dan ramai lagi.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Pn Nurul Aini Abu Bakar, “TV3 amat bersyukur dengan sambutan baik yang diterima sebelum ini. Kejayaan Nur Kasih telah menyuntik semangat dan lebih menyakinkan TV3 dalam usaha mewujudkan sebuah slot baru, iaitu ZEHRA untuk drama-drama bersiri yang bersiaran pada malam Jumaat.”

“Berbeza dengan pelbagai slot drama di TV3, ZEHRA menekankan nilai kekeluargaan, taat kepada ibu bapa, kasih sayang antara adik-beradik dan juga cinta sejati. ZEHRA juga menyerapkan nilai-nilai keislaman dan menggalakkan amalan hidup secara harmoni. Kisah cinta turut menjadi elemen yang amat penting untuk melengkapkan sesebuah drama bagi menarik minat tontonan seisi keluarga.” Tambah beliau.

Drama 26-episod arahan Rashid Sibir berkisar tentang Aliff Firdaus yang mahu mengikut jejak ayahnya, Haji Madi yang lebih selesa hidup di kampung, berkerja di sawah, menternak kambing dan menjadi seorang Imam. Ibunya, Hajah Mina pula mengambil upah menjual kuih-muih yang dibuat sendiri. Aliff ialah adik bongsu daripada lima adik-beradik di mana kesemuanya merupakan graduan universiti dan berjaya di dalam kerjaya masing-masing.

Irma Hasmie & Beego

Along ialah penjual kereta yang berjaya, manakala Angah pula dikenali sebagai usahawan kedai perabot diikuti oleh Andak yang menjadi pensyarah muda dan Acik pula menempa nama di dalam bidang hartanah. Walaupun hidup senang-lenang di bandar di kelilingi kemewahan, namun, masing-masing bergolak dengan masalah sendiri dan jiwa mereka tidak pernah tenteram.

Aliff jatuh cinta dengan Dira, seorang gadis bandar yang berpindah ke kampung bersama ibunya, Mak Suraya dan menetap di rumah arwah neneknya. Dira membuka sebuah tadika dan mereka mula rapat. Aliff tidak mahu menyambung pelajaran di kolej ataupun universiti meskipun mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM. Aliff dipaksa oleh Along untuk belajar di kolej atas tanggungannya. Aliff enggan tetapi Haji Madi mahu Aliff mendengar nasihat abangnya selepas memikirkan masa depannya. Dira juga sanggup melepaskannya. Aliff kecil hati dengan orang-orang yang disayanginya dan pergi ke Kuala Lumpur dengan hati yang luka.

Adakah Aliff akan hanyut mengikut arus kehidupan di kota nanti? Mampukah Aliff membezakan diantara kesederhanaan hidup dan kemewahan duniawi  demi mengecapi kebahagiaan hidup yang dicarinya selama ini? Jangan lupa saksikan kisah menyentuh hati ‘Aliff Firdaus’ di slot ZEHRA, setiap hari Jumaat  jam 9.00 malam TV3 mulai 11 Disember 2009.

Tags: , ,

Tags: , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Irma Hasmie Cantik Bertudung di ABPBH2010
  • Gambar Irma Hasmie Bertudung di Malam Gala ABP Rafflesia
  • Drama Bong Musim ke 6 Lakonan Ikhwan, Mustapha Kamal, Jasmin Hamid
  • Gambar Seksi Jasmin Hamid
  • Jawapan Trivia: Nabil & Irma Hasmie Berpegangan Tangan di ASK2009
  • Gambar Rekaan Raya Ezuwan Ismail di The Blue Kebaya Showcase
  • Drama Dendam Lakonan Rima Melati Adam, Aliff Remaja
  • Kekasih Irma Hasmie, Nabil Jadi Pengacara Pondok-Pondok, Studio Nabil
  • Irma Hasmie Masih Bergaduh Dengan Fasha Sandha?
  • Gambar Pelakon Drama Puteri Beego Bertunang



  • 10 Komen untuk entri “Drama Aliff Firdaus Lakonan Beego, Irma Hasmie, Jasmin Hamid, Kuza”

    1. Gambar artis kata:

      Wah, lame tak tengok Jasmin Hamid berlakon.

    2. Jutawansms kata:

      nak layan drama ni la..nmpk mcm best

    3. Alif Firdaus kata:

      TErima kasih membuat drama kisah hidup saya. Tak pasal-pasal saya dihujani sms, email dan pertanyaan fasal drama ini. Padahal saya langsung takda kaitan dengan drama ini pun.

    4. cik embun kata:

      apa2 pun citer ni tak sehebat nur kasih.. rashid Sibir mungkin perlukan idea2 baru.. ataupun pengarah bersama untuk terus menerbitkan drama atau filem yg berkualiti..
      Jika tidak semua jln cerita drama2nya akan kelihatan mengarut sedikit..
      tapi tak terlalu la jika dibandingkan dgn Raja Azmi yg lebih teruk & syok sendiri..
      Nway I really excited to know Khabir Bhatia next project.. Citer ape yer lepas ni..

    5. awek cun kata:

      mmg lar cerita nur kasih paling best..tp yg tk bestnya yg berlakon watak nur tu bukannya betul2 alim pu,sekadar lakonan semata2 cerita ni pun not bad

    6. arianna kata:

      best citer ni mcm nurkasih juga.mcm nak nangis tengok part yang sedih antara alif dan dira…tak sabar tengok citer seterusnya!

    7. sofea kata:

      jgan keje nak komen cite orang jer,,,cube hargai apa yang orang dah buat…..ape2 pun smua cite ok.jnji ada jgak msg yang pengarah ni nk smpaikan.ALIF FIRDAUS MEMG BEST LAA.cube tgk dlu.dah hbis citer nt kte komen sme2 la.

    8. khairul kata:

      ska sgt tgok cter nie.ska tgok lkonan irma yg m’bwa wtk gdis kg..sya jd mnt kt irma bla start tgok cter aliff firdaus nie..lgu tema dia pon best,knadgn cter dia..nk plak dato ct yg nyanyi..hu3….ska3…

    9. nur kasih kata:

      nur kasih lagi besssssssst

    10. ANNE kata:

      sy dh terpaksa tgk citer nie sbb jumaat takder cite….pd sy citer ni jauh dgn nilai kasih syg,celaru sje..xde yg istimewa..pelakom pun nmpk jakun jer..sifat kekgan xterserlah…

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK