in

Drama Plus 1 Lakonan Elfira Loy & Zain Saidin

Plus 1 kisah remaja kolej yang penuh warna warni kehidupannya akan mula menemui penonton TV9 pada 9 Disember ini menerusi slot 9X. Plus 1 mengisahkan mengenai Marissa, gadis bijak yang mempunyai keperibadian yang agak kasar atau tomboy.

Selain menjadi pembantu bapanya, Encik Fairuzz sebagai jurulatih pasukan bola keranjang di kolejnya Marissa mengambil upah untuk menyiapkan assignment rakan-rakan kolej demi membeli ipad sebagai hadiah hari jadi bapanya. Malangnya menjelang perlawanan penting bagi pasukan Panthers, Encik Fairuz jatuh sakit dan terpaksa dimasukkan ke hospital. Untuk memastikan jawatan Encik Fairuz terjamin dan biasiswa Marissa tidak ditarik balik, Encik Jehan, kaunselor kolej mencadangkan agar Marissa menggantikan bapanya untuk melatih pasukan Panthers.

Kapten pasukan Panthers, Nash yang mempunyai ego yang tinggi tidak dapat menerima kehadiran Marissa. Baginya Marissa hanya pembantu dan perempuan sepertinya tidak layak untuk memberi arahan apatah lagi melatih pasukan Panthers.

Untuk menunjukkan dia mempunyai kuasa, Nash tidak mengikut strategi yang telah dirancang Marissa dan akhirnya pasukan mereka tewas bagi perlawanan pertama mereka. Berjayakah Marissa membimbing Panthers untuk memastikan kejuaraan tahun ini menjadi milik mereka dan mengekalkan biasiswa untuknya meneruskan pelajarannya di kolej?

Saksikan drama menarik 8 episod ini yang dilakonkan oleh Elfira Loy, Zain Saidin, Wan Ellyas, Bella Daly dan Nas-T ini pada setiap hari Isnin jam 10.30 di TV9.

Zain Saidin

Elfira Loy

Bella Daly

Wan Ellyas

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Fast & Furious 7 Berkubur

Skull & Haha Fan Meeting in Malaysia