Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Dr Sheikh Muszaphar Shukor & Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Berbual



Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akhirnya memenuhi hasratnya untuk berbual dengan angkasawan Malaysia Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha apabila hubungan berjaya diwujudkan dengan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menerusi persidangan video dari Studio 7 Astro pada 9 malam tadi.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi:
“Saya masih ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda dan bagi pihak isteri saya serta seluruh rakyat Malaysia memandangkan saya tidak dapat berbuat demikian sebelum ini disebabkan masalah pemancaran. Memandangkan anda kini berada di stesen angkasa, adakah anda merasakan latihan yang diberikan di Russia mencukupi atau mungkin anda mengharapkan adanya latihan tambahan.

Ini bermakna anda akan berupaya melaksanakan tanggungjawab yang diberikan untuk turut melakukan beberapa kajian dan kami berharap anda dapat pulang dengan membawa bersama sebahagian daripada spesimen itu.

Dalam persidangan video selama 15 minit itu, Abdullah mengemukakan pelbagai soalan kepada Dr Sheikh Muszaphar berkaitan kesihatan beliau, keadaan di angkasa dan kajian yang dijalankannya.

Dr Sheikh Muszaphar, yang mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan rakyat Malaysia, menjawab bahawa hari ini merupakan hari ketujuh beliau berada di angkasa dan latihan yang dijalaninya di Russia banyak membantu menjayakan misinya itu. Perdana Menteri, yang disertai isterinya Datin Seri Jeanne Abdullah, mengucapkan terima kasih kepada Dr Sheikh Muszaphar yang menjulang nama Malaysia dan mempamerkan identiti sebenar Malaysia di angkasa.

Perdana Menteri juga bertanyakan Dr Sheikh Muszaphar sama ada beliau menghadapi sebarang masalah untuk mengerjakan solat. Angkasawan Malaysia menjawab beliau tiada apaapa masalah dan garispanduan yang diberikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) amat berguna baginya untuk menunaikan kewajipan itu. Abdullah juga ingin tahu sama ada kajian yang dijalankan oleh Dr Sheikh Muszaphar mengikut jadual dan adakah beliau membuat catatan aktiviti hariannya untuk diterbitkan dalam sebuah buku bagi rujukan akan datang.

Jawapan yang diberikan oleh angkasawan ialah beliau mencatatkan setiap butiran dalam komputer riba yang dibawanya untuk dikongsi bersama apabila beliau pulang ke bumi pada 21 Okt ini. Abdullah, yang begitu prihatin, juga ingin tahu sama ada beliau mempunyai masalah kesihatan sejak berlepas pada 10 Okt sehingga sekarang dan mengucapkan tahniah kepada Dr Sheikh Muszaphar kerana melaksanakan tugasnya dengan baik.

Perdana Menteri kemudian menyampaikan salam kepada krew lain di ISS kerana bantuan yang mereka hulurkan. Sementara itu, Jeanne bertanya Dr Sheikh Muszaphar sama ada beliau menikmati makanan yang dibawa bersamanya dan mendoakan agar beliau selamat pulang. Dr Sheikh Muszaphar bersama angkasawan Russia Yuri Malenchenko dan Komander Peggy Whitson dari Amerika Syarikat merupakan anggota krew Soyuz TMA11 yang berlepas dari Baikonur Cosmodrome di Kazakhstan pada 10 Okt.

Soyuz berlabuh di ISS pada 10.52 malam waktu Malaysia pada 12 Okt dan krew itu menyertai Komander Fyodor Yurchikhin, Jurutera Penerbangan Oleg Kotov dan Clay Anderson, tiga krew dari misi terdahulu ke ISS.

Dr Sheikh Muszaphar, seorang doktor bedah ortopedik, akan melakukan empat kajian yang dirangka oleh saintis Malaysia termasuk kajian kesan mikrograviti dan radiasi terhadap sel barah serta bakteria. Beliau dijadualkan pulang ke Bumi pada 21 Okt bersama dua angkasawan Russia Yurchikhin dan Kotov manakala Malenchenko serta Whitson akan terus berada di ISS.

Sumber: BERNAMA

[tags]Dr Sheikh Muszaphar Shukor, dialog pm dengan Dr Sheikh Muszaphar Shukor, sambutan Dr Sheikh Muszaphar Shukor di klia, tarikh mendarat Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, profile perdana menteri malaysia, ujikaji ekspremen sheikh muzafar, Soyuz TMA11, Baikonur Cosmodrome, gambar sheikh muzaphar di angkasa lepas, gambar acara sambutan Sheikh Muszaphar Shukor, first astronout malaysia, acara majlis kesyukuran Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Oleg Kotov, Clay Anderson, Yurchikhin, program sambutan dr sheikh muzafar, gambar majlis kesyukuran dr sheikh muzaffar, foto kenangan dr sheikh muzaphar, homecoming photo dr sheikh muzaphar, dialog pm dan sheikh muzaphar, astronout Russian Yuri Malenchenko, profile biodata Dr Sheikh Muszaphar Shukor[/tags]

Tags:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Maxis iPhone 3G Presentation to the Prime Minister in Cyberjaya
  • Gambar Dr Sheikh Muszaphar Dr Halina Bertunang
  • Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi + Jeanne Abdullah
  • Gambar Nikah Kahwin Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor & Dr Halina
  • 3.2 Juta Penonton Majlis Persandingan Sheikh Muszaphar
  • Dr Sheikh Muszaphar Shukor Angkasawan Pertama Malaysia
  • Majlis Kahwin Dr Sheikh Muszaphar Shukor & Dr Harlina Ahad Ini
  • Senarai Nama Anggota Menteri Kabinet Malaysia 2008
  • Kekejaman Tentera Israel Terhadap Rakyat Palestin di Gaza
  • Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Soyuz TMA10 Selamat Tiba Di Bumi



  • 38 Komen untuk entri “Dr Sheikh Muszaphar Shukor & Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Berbual”

    1. aida kata:

      saya amat berbangga ngan awak.awk wira kami……..

    2. lina kata:

      saya amat berbangga krn ada seorang wakil rakyat Malaysia yang dapat mewakili Malaysia dalam era yang baru dalam negara kita. Apatah lagi orang yang mewakili Malaysia itu, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor. Adakalanya saya terfikir juga hendak ke angkasa lepas dan melihat bumi dari atas sana. Tapi apakan daya, saya baru saja berusia 14 tahun. Kadang-kadang saya berasa cemburu kerana Dr. S

    3. iekin kata:

      smoge success slaloo…

    4. lierza kata:

      semoga berbahgia selalu diberkti allah…

    5. suziey kata:

      happy always…

    6. ida kata:

      assalamualaikum…
      utk dr sheikh..saya ucapkan tahniah atas kejayaan anda menakluk angkasalepas..dan takziah di atas pemergian saudara anda..bersabarlah..suma ada hikmah..
      sentiasa ingat pada Allah s.w.t..
      saya tetap menyokong anda walaupun anda tidak kenal pd saya..tp,percayalah..saya sentiasa disisi anda..

      PeMinaT dR.ShEikH mUzzAfaR…

    7. atye kata:

      assalamualaikum…atye rasa blum terlambat lagi bagi atye untuk ucapkan tahniah di atas kejayaan dr. sheikh..at the same time atye ucapkan tahziah dengan apa yang telah berlaku ke atas adik dr. sheikh..tp percayalah segala apa yg allah buat pasti ada hikmahnya..walaupun apa yg berlaku itu memedihkan dan terlalu berat untuk dipikul..bersabarlah dan byk2kan berdoa agar roh adk dr. dicucuri rahmat..atye terlalu bangga dgn dr. sheikh..and u a my idola..smile always.. :)

    8. syaza zainuddin kata:

      abg muszaphar hensem la… suke tgk mke abg mus..
      this is my email =syaza_y92@yahoo.com= ade myspace or friendster tak?

    9. me kata:

      salam..c0ngrx ats kejayaan anda… awk tlh membanggakan rakyt m’sia… Alhadulillah bangsa melayu n islam akhrnya b’jy buktikn y kita jg b0lh b’jya.. tahniah…

    10. gherkin_89 kata:

      takziah kepada dr,

    11. eddy kata:

      saya ingin mengucapkan takziah kpd dr krn permegian adik yg tersyg,dan tahniah kerana dpt membuktikan dr seorang yg berani menyahut cabaran

    12. eddy kata:

      ingatlh pada allah selalunyer

    13. iezza kata:

      sentiasa mengingati allah walaupun dimana berada kerana Allah adalah maha penentu segalanya dan menentukan masa depan kita..

    14. arifah kata:

      askum dr sheikh..congrates cz impian dr sheikh menjadi angkasawan malaysia tercapai akhirnya….saya doakan dr sheikh senantiasa sihat disamping org2 yg t’syg…ok!that’s all!!!!!bubye…..

    15. farah nur fatien kata:

      sy ign mengucapkan semoga cita2 sy tercapai spt dr.sy amat berbangga dgn dr coz dr merupakan seorang yg kuat semangat,pintar dan ibubapa dr pasti amat berbangga krn mempunyai seorg anak yg mgharumkan nama malaysia

    16. fatin afiqah kata:

      sallam..ape khabar?? hrp sume c-hat..
      sy rs cemburu ngn kejayaan dr SMS. namun ape blh buat umr sy br mencecah 16 thn..namun sy brsykur dngn dr SMS krn tlh mengharumkn nama negara..sekalung ucapan TANIAH kpd dr…sallam..

    17. Nur Farahin Bt. Abdullah kata:

      Assalamualaikum Dr,

      berapakah harga buku yang dihasilkan oleh allahyaraham adik Dr?

      Semoga Dr sukses selalu dan semoga berkekalan dengan tunangan dan berakhir ke jinjang pelamin, Insyallah.

    18. AHMAD AMIRUL MUSDARI kata:

      SAYA BERASA BANGGA DGN SEMAU USAHA YANG MALAYSIAN BUAT

    19. shahazwan kata:

      assalamualaikum dr. saya adalah peminat setia dr. ADAKAH DR. AKAN MENERUSKAN PERJUANGAN DR.

    20. tingTONG kata:

      salam, thniah dr. Sy ikut perkembangan dr sjk dari dr terlibat dalam modeling. tp mse 2, sy cme tau mke je, x tau nama, x sangka plak model yang sy tngk 2 rupe2nya DR SHEIKH MUZAFFAR SHUKOR. Tahniah atas kejayaan dr. Smoga dr diberkati ALLAH.Aminnnnn.

    21. Re-an kata:

      Askum dr sms,Saya dan sepupu saya minat sngt dngan dr sms sbb muka dr sms hansem. Saya dan sepupu telahpun membeli buku yang dihasilkan oleh adik dr sms sms.bestnya!!!!!!.Kepada dr sms saya akan sentiasa mengokong dr sms dan saya akan memdoakan kesejahteraan dan deberkati oleh allah s.w.t.Harap dr sms x sedih atas pemergian adik dr sms.

    22. azza kata:

      sy hope dr sms heppy bersame family dan org tersayang..nnt jgn lupe tyang secare life di televisyen majlis perkahwinan dr sms ye..? :) )

    23. nur kata:

      salam…dr..tahniah w/pn agak lewt…
      jka sblum ini sy hnya ambik biasa dgn articl yg brkaitan dgn dr tp smalm, sy trbca artcl trbaru tntg kejayan dr sy tb2 jd kagum…
      u’re de amazing person…
      bgmne dr bleh bhagikn msa di antara semua bidang yg dr. ceburi…
      ianya menyuntik smagat bru utk sy mncri n mcpta kejayan dlm hidup…
      thanks dr….

    24. orang kata:

      dr ni ensem lar.. he3..

    25. z-rah kata:

      apa perkembangan terbaru angkasawan kta ni?

    26. sweet kata:

      emm….salam pada sume…saya ingin bertanya kan bila pule ye angkasawan kita ni akn melawat ke sekolah saya..????hehehe…

    27. sweet kata:

      FOR ALL MUSLIMS HERE I WANT TO WISH YOU ALL SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI….MAAF ZAHIR DAN BATIN….

    28. sweet kata:

      SALAM DR…BUKU DR YANG BRTAJUK REACHING THE STAR…BUKU TU MEMEBERI ILHAM PADA SAYA…SATU HARI NANTI SAYA INGIN JADI MACAM DR.WALAUPUN BUKAN SEBAGAI SEORANG ANGKASAWAN TETEPI SEBAGAI MALAYSIAN YANG MENGHARUMKAN NAMA NEGARA INI…
      TAPI SAYA RASA SEKARANG MUNGKIN HASRAT SAYA MASIH BELUM TERCAPAI KERNA UMUR SAYA BARU MENCECAH 12 TAHUN..YOU ARE MY IDOL…..LEARN,ACHIVE AND MOST OF ALL DREAM IT…HEHEHE

    29. jaspreet kata:

      I am really proud of u DR SMS because u r the first malaysian to go to ISS.. U gave me the spirit and enthusiasm to proceed in my life.. From now onwards, u will be my inspiration..

    30. Adrieeyana Eryana kata:

      assalammualaikum,dr sheikh muszaphar dan sy tlh mnjadi org terakhir berkenalan? mungkin tidak.sy br berumur 11 tahun dan menjumpai blog ini ketika mencari bahan untuk kerja sekolah yang bertajuk,’TOKOH MALAYSIA YANG DIKAGUMI’.macam tulah tajuknya.dan sy tlh menjadikan dr sebagai tokoh dan idola sy.dan saya ingin mengucapkan SEMOGA MAJU JAYA AND GOOD LUCK!!

    31. yuhanez kata:

      assalamualaikum,i just want to says that good luck to you. I hope one day i can be a good doctor like you.

    32. aliff azhar kata:

      assalammualaikum , datuk sheikh muszaphar , saya ni peminat datuk , datuk adalah idola saya , saya tengah cari maklumat pasal datuk , saya anggap datuk macam abah saya . boleh saya pangil datuk “papa” . umur saya baru 18 tahun . saya harap satu hari nanti saya dapat jumpa datuk perseorangan , saya nak sanggat setuh pipi datuk dan nak tanya semua perkara datuk .

    33. qurt kata:

      TERIMA KASIH KERANA MENGHARUMKAN NAMA NEGARA!!!

    34. pluto kata:

      salam..jdi tak Dr Sheikh Muszaphar Shukor dtg p tawau,sabah as the icon smpena bulan m’baca ?

    35. laila kata:

      SYA UCAP KAN SELAMAT MENCAPAI CITA-CITA AWK…AWK HEMSEN LAH:-)

    36. jas kata:

      dr sheikh dtg ke sekolah saya…saya dapat salam dgn dia saya tidak akan cuci tangan saya kerana ada bekas salaman dr…hehehehe

    37. n-zieyati kata:

      sy betul2 kagum dgn dr…
      mcm org lain..sy jadikan dr sheikh sbgi idola saya..
      dulu sy org yg b’serah saja markah exam sains sya…
      utk pengetahuan..sy pernah m’dpt markah 20 lebih…
      tapi saya betul2 b’terima kasih kpd dr sheikh segala ceramah yg pernah sy dgr darinya kerana baru sy sedar betapa pentingnya sbjk sains..
      skrg sy lebih rajin mengulang kaji sbjk sains..dan sy semakin seronok m’pelajarinya…dan apa yg m’gembirakn..sy telah mendapat markah 77 persen(sbjk sains) dlm excel pmr sy thn ni..dansy b’harap markah sains dlm pmr sy akan meningkat shgga ke gred A, skrg sy mnanti kptsn pmr..
      sy sgt2 b’harap dapat aliran sains..b’coz cita2 sy adalah become a doctor..
      amin..=)

    38. din kata:

      tahniah dan selamat pengatin baru kepada dr.isteri doktor yang juga dr dan satu lagi selamat pengantin baru

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK