in

Download e-Novel e-Book Harry Porter & Perang Harga Novel

Tanggal 21 Julai 2007, peminat Harry Porter di Malaysia telah menyerang toko buku untuk mendapatkan edisi ke-7 dan terakhir, Harry Potter and The Deathly Hallows. Budiey ada report pasal naskah terakhir dari penulis jutawan JK Rowling itu telah disebarkan di internet melalui bit torrent sebelum diterbitkan kepada umum. Biasanya fenomena peminat menunggu di luar pintu kedai buku bukan sahaja berlaku di luar negara, di Malaysia pun memang ada peminat fanatik yang sanggup berembun dan beratur depan pintu kedai. Yang jadi masalahnya, ada kedai buku yang mengambil kesempatan menaikkan harga novel sehingga RM110.00 dan ada juga masalah yang tak cukup stok.

blogBuku setebal 607 muka surat itu sebenarnya boleh dibeli dengan murah di pasaraya Carefoure dan Tesco dengan harga RM69.90 sahaja. Sebab itu, ada pasaraya yang boikot tak mahu menjual novel popular yang menamatkan riwayat Harry Porter tu. (Ops, spoiler lak.) Di pusat membeli belah Midvalley Megamall, 1,000 buku Harry Porter habis dibeli dalam masa 5 jam. Apabila dah habis, ramai peminat yang beratur rasa terkilan sebab tak dapat beli. Pengarah stor Carrefour Midvalley Megamall khabarnya terpaksa mengambil stok di cawangan berdekatan. Dengar citer juga dari peminat yang dah baca novel ni, sebenarnya tidak banyak aksi menarik dalam siri terakhir itu kerana penulis banyak menceritakan tentang cerita-cerita yang melankolik dan banyak adegan sedih. Betul ke? Saya belum baca lagi, jadi tak dapat nak komen apa-apa. Namun ada juga sedikit aksi suspen dan adventure di samping terlalu banyak sangat permainan emosi yang dimainkan oleh watak dalam siri akhir itu.

Perang harga novel Harry Porter?
Kedai buku MPH, Popular, Times dan Harris yang menjual dengan harga RM109.90 bersepakat untuk memboikot penjualan novel Harry Porter sebagai tanda protes tindakan Tesco dan Carrefours menjual dengan harga lebih murah iaitu RM69.90. Tindakan ini bijak atau merugikan? Siapa bijak dan siapa yang rugi?

Apa pendapat anda tentang isu ini?

harry porter novel

[tags]novel Harry Porter, Harry Potter and The Deathly Hallows, Harry Porter mati, kedai buku, bookstores, MPH, Popular, Times, Harris, Tesco, Carrefour, shopping mall, the simpsons movie, disturbia movie, megamall, midvalley, sale, mega, price war, perang harga, tips membeli, barang buatan malaysia, download novel Harry Potter and The Deathly Hallows, bit torrent, u torrent, muatturun ebook, novel terkini, galeri, gambar, foto, soundtrack, JK Rowling, penulis novel, cara menulis surat, pot, potter, magic, silap mata, thestar.com.my, berita harian, urtv, utusan malaysia, malay mail, magazine eh!, female, tutor, SPM, contoh soalan STPM, spoiler, movie vacancy[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lirik Lagu Pop Sebenarnya Cinta mp3 – Letto

Gisele Bundchen, Kate Moss, Heidi Klum: The Richest Model