in ,

Astro Original Series DO[S]A Bakal Jadi Fenomena

DO[S]A, PROJEK MEGA DI ANTARA MALAYSIA – INDONESIA
BAKAL CATAT FENOMENA BAHARU DALAM INDUSTRI SENI HIBURAN NUSANTARA

“ASTRO Tampil Dengan ‘An Astro Original Series’, Kandungan Premium & Eksklusif
Yang Menggunakan Khidmat Pengarah Terbaik 2011 Indonesia”

Pada bulan Ogos baru-baru ini, Astro menerusi sebuah sesi sidang media yang berlangsung di Jakarta, Indonesia telah mengumumkan kerjasama mega di antara Malaysia – Indonesia menerusi projek mini siri Nusantara premium eksklusif bertajuk DO[S]A.

Di majlis tersebut, Astro telah memperkenalkan barisan pelakon dan produksi yang terlibat menjayakannya.

DO[S]A dibarisi pelakon-pelakon hebat gabungan tiga buah negara; Malaysia, Indonesia dan Singapura bagi menggerakkan setiap watak dalam jalan cerita. Nama-nama yang terlibat adalah seperti Dato’ M.Nasir, Remy Ishak dan Daniella Sya dari Malaysia, Ashraf Sinclair, Roy Marten, Maudy Koesnaedi, Hannah Al Rashid, Reuben Elishama dan Tegar Satrya dari Indonesia, serta Shenty Feliziana dan Hisyam Hamid dari Singapura.

DO[S]A yang merupakan ‘An Astro Original Series’ adalah karya asal Ketua Unit Drama Premium & Filem Astro, Saniboey Mohd Ismail dan Salman Aristo, yang turut bertindak sebagai penulis skrip untuk naskhah ini. Salman, satu nama yang cukup disegani di Indonesia merupakan penulis skrip untuk karya-karya pecah panggung seperti ‘Ayat-Ayat Cinta’, ‘Laskar Pelangi’, ‘Garuda di Dadaku’ dan ‘Sang Penari’. Pencapaian terkini Salman adalah di Festival Filem Indonesia 2016 yang mana beliau telah dinobatkan anugerah Penulis Lakon Layar Terbaik untuk filem ‘Athirah’.

Istimewanya lagi, mini siri ini turut mendapat sentuhan daripada pengarah terbaik Indonesia 2011 iaitu Ifa Isfansyah. Ifa Isfansyah yang merupakan seorang sutradara yang begitu begitu berbakat besar dan amat dihormati di republik ini, mula menempa nama menerusi pengarahan filem-filem hebat seperti ‘Sang Penari’, ‘Garuda Di Dadaku’ dan ‘Pendekar Tongkat Emas’.

Selain itu, mini siri ini menggunakan khidmat Pengarah Fotografi terkenal, Yandi Sugandi yang sebelum ini telah melahirkan stail visual yang cukup memukau untuk karya-karya seperti ‘Ada Apa Dengan Cinta 2’, ‘Laskar Pelangi’, ‘Sang Penari’, ‘Darah Garuda’ dan banyak lagi. Pada masa yang sama, DO[S]A turut menampilkan Cecep Arif Rahman sebagai Pengarah Koreografi adegan aksi untuk melatih dan mempersiapkan para pelakon dengan disiplin silat dan koreografi seni mempertahankan diri. Cecep sebelum ini dikenali menerusi filem Indonesia ‘The Raid: Berandal’.

Menerusi pengalaman dan kekuatan yang dimiliki oleh setiap pemain utama di belakang tabir DO[S]A ini, Astro menjanjikan akan memberi kelainan pada mini siri bergenre aksi ini.

Tonggak utama “DO[S]A” dari Malaysia dan juga mereka yang diterbangkan khas dari Indonesia dan Singapura seperti Dato’ M.Nasir, Hisyam Hamid, Remy Ishak, Ashraf Sinclair, Roy Marten, Hannah Al Rashid, Reuben Elishama, Shenty Feliziana, Daniella Sya dan ramai lagi di majlis ini kelak. Kami akan turut menampilkan barisan produksi DO[S]A seperti Ifa Isfansyah, Salman Aristo dan Cecep Arif Rahman.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Anda Patut Tahu Tentang Drama DIA ANAK JENERAL Lakonan Fattah & Niena Baharun

Video Shuk & Nabila Razali dalam Bintang Bersama Bintang Trending di Youtube