Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Dokumentari Terbaik Sempena Aidilfitri 1430H di TV3



TV3: BEST OF MAGAZINE DOCUMENTARY

Raya Di Tanah Tinggi, Raya Kedua, 21 September, 1.00 petang
Dokumentari unik ini mengisahkan tentang sambutan perayaan Aidilfitri yang diraikan oleh kaum minoriti Muslim Kelabit di Sarawak. Saksikan bagaimanakah mereka menghadapi susur gelur kehidupan di kawasan pendalaman dan bagaimana mereka menjadikan sambutan Hari Raya dengan penuh bermakna.  

Nostalgia Lagu Raya 2, Raya Ketiga, 22 September, 1.00 petang
Lagu-lagu di radio dan televisyen sering memutarkan lagu-lagu raya evergreen namun adakah kita sedari siapakah yang mencipta lagu-lagu yang sering dinyanyikan menjelangnya Ramadan ini? Dokumentari muzikal Nostalgia Lagu Raya 2 menyingkap sejarah di sebalik pembikinan lagu-lagu Raya, bagaimana komposer mendapat ilham dan keaslian melodi dan lirik-lirik lagu-lagu tersebut.

Raya Terapung, Raya Keempat, 23 September, 1.00 petang
Menyahut seruan dan semangat perpaduan 1Malaysia, TV3 membawa penonton meninjau majalah dokumentari istimewa tentang salah satu suku kaum yang menjalani kehidupan yang berbeza dengan kebanyakan kita. Bajau Laut merupakan suku kaum yang tinggal di kawasan perairan di negeri Sabah di Bawah Bayu. Mereka membina rumah di kawasan perairan dan menjalani kehidupan yang sederhana dan secara nomad. Raya Terapung akan membawa penonton melihat tradisi dan adat yang dijalani oleh kaum Bajau Laut di dalam persiapan Hari Raya.

Rumah Kecil Tiang Seribu, Raya Kelima, 24 September, 1.00 petang
Dokumentari yang dihoskan oleh Ahmad Fedri Yahya ini semestinya memberikan inspirasi kepada penonton untuk menyelami liku-liku kehidupan satu keluarga yang besar milik sukarelawan perubatan yang juga penceramah bebas – Dr Jamnul Azhar Mulkan. Beliau yang mempunyai 13 adik-beradik mempunyai semangat jati diri yang tinggi sehingga kesemuanya berjaya melanjutkan pelajaran ke Egypt dan kini masing-masing berjaya di dalam kehidupan. Saksikan bagaimana Dr Jamnul Azhar Mulkan menceritakan detik-detik kehidupannya dengan menanam keazaman dan semangat diri yang jitu sehingga berjaya membentuk sahsiah yang tinggi dan menyumbang baktinya kepada masyarakat.

Landasan Raya, Raya Keenam, 25 September, 6.00 petang
Dokumentari Landasan Raya ini menceritakan tentang 4 sekawan yang menaiki keretapi dalam perjalanan pulang ke kampung halaman. Sepanjang perjalanan mereka didedahkan oleh pemandu keretapi tentang keunikan setiap kampung yang menjadi tempat persinggahan. Pengalaman pulang ke kampung bagi mereka lebih bererti lagi dengan memahami tentang cara hidup, adat dan tradisi yang berbeza yang dijalani oleh penduduk kampung-kampung tersebut.

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1430H / 2009M di Masjid Negara
  • Dokumentari Khas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia
  • Ucapan Salam Aidilfitri 1430H Cat Farish
  • Program Iftar Ramadhan 1430h Anjuran Islamic Outreach ABIM
  • Ucapan Salam Aidilfitri 1430H dari Adeep The Fabulous Cats
  • Ucapan Salam Aidilfitri 1430H Dari Imran Ajmain
  • Gambar Nuraffenda Mohd Ibrahim Pengacara Malam Sinar Maulidurrasul 1430H
  • Amalan Mulia Di Hari Raya Aidilfitri
  • Program Hebat Sempena Aidilfitri 1430H di Astro
  • MaJAZZtic Aidilfitri di Sungei Wang Plaza



  • Satu Komen untuk entri “Dokumentari Terbaik Sempena Aidilfitri 1430H di TV3”

    1. headsteadi kata:

      Hi Budiey. Apa khabar? Selamat Hari Raya buat bro Budiey and family.

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK