Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Dokumentari Profil Tun Sambanthan & Tunku Abdul Rahman



DOKUMENTARI PROFIL : TUN SAMBANTHAN PADA 21 OGOS 2009 DAN TUNKU ABDUL RAHMAN, THE RESIDENCY YEARS PADA 28 OGOS 2009

Cuba membangkitkan semarak mengenang tokoh perjuangan kemerdekaan yang telah dicapai negara 52 tahun lalu daripada cengkaman penjajah, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan usahasama terbitan Finas mengangkat dua dokumentari khas yang mengangkat dua nama besar yang begitu besar jasa dan sumbangannya memerdekakan negara untuk tontonan seluruh warga Malaysia.

Dua tokoh tersohor negara yang dimaksudkan adalah profil Tun Sambanthan yang disiarkan pada 21 Ogos 2009 (Jumaat), jam 2.05 petang dan seminggu kemudiannya menyusul latar kisah lebih mendalam Tunku Abdul Rahman, The Residency Years pada 28 Ogos 2009 (Jumaat), jam 2.05 petang.

Begitu menerusi tajuk Tun Sambanthan, anda penonton setia TV1 dibawa menghayati visual dan paparan menarik kehidupan dan jasa-jasa Tun Sambanthan sewaktu Tanah Melayu menuntut kemerdekaan dari penjajah British. Tun Sambanthan merupakan seorang tokoh pejuang kemerdekaan dimana beliau adalah salah seorang yang menyertai deligasi ke London bersama Tunku Abdul Rahman bagi menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Di samping itu, beliau juga adalah seorang tokoh pemimpin ulung bagi kaum India di Tanah melayu yang telah dipilih menjadi Presiden MIC pada tahun 1955 hingga 1973. Paling membanggakan, dokumentari ini telah memenangi anugerah Skrip Terbaik untuk Festival Dokumentari 2009.

Menyusul kemudiannya profil Tunku Abdul Rahman, The Residency Years yang mana membongkar kisah dan pengalaman hidup dilalui tokoh bernama Tunku Abdul Rahman yang dimasyurkan sebagai seorang tokoh politik, pejuang kemerdekaan selain tokoh perintis UMNO. Beliau merupakan seorang Putera Raja yang berjiwa rakyat dan sangat berminat menceburkan diri dalam bidang politik. Pada tahun 1957, Tunku Abdul Rahman telah dipilih menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Justeru untuk mengetahui selanjutnya dengan lebih mendalam lagi kisah-kisah paparan menarik dua tokoh terkenal tanah air ini, usah ketinggalan menyaksikannya Tun Sambanthan pada 21 Ogos 2009 (Jumaat), jam 2.05 petang dan Tunku Abdul Rahman, The Residency Years pada 28 Ogos 2009 (Jumaat), jam 2.05 petang di TV1.

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Teater Sambathan Arahan S.T Bala
  • Teater Sambanthan Tokoh Pejuang & Keadilan
  • Sinopsis Filem 1957: Hati Malaya Lakonan Maya Karin
  • Pementasan Patung Kertas Musim ke 2
  • MALAM GALA INSPITARI 2011
  • Program Majalah Raya 2010 di TV9
  • Profil Nana Penyampai Radio Era
  • Profil Samuel Rizal Arifin
  • Dokumentari Khas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia
  • Video Di Sebalik Tabir Hikayat Merong Mahawangsa



  • Satu Komen untuk entri “Dokumentari Profil Tun Sambanthan & Tunku Abdul Rahman”

    1. obefiend kata:

      some history shows.. GOOD!

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK