in

Dokumentari Khas Syahadah Musim Lima

DOKUMENTARI KHAS SYAHADAH MUSIM LIMA KEMBALI RAMADAN INI DI RTM

Program Syahadah yang menyingkap rahsia peradaban Islam dengan menyusuri Islam Hadhari, mengambil iktibar dari perjalanan mujahid terdahulu dan umat Islam masa kini yang telah disiarkan sejak tahun 2005 telah memasuki musim ke lima siarannya akan kembali dengan paparan dan lokasi penggambaran yang lebih menarik. Kru penerbitan Unit Pembangunan & Pertanian TV, Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang bertindak menerbitkan program ini menjelajah ke beberapa negara Islam Asia Tengah iaitu Uzbekistan, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Azerbaijan dan Tajikistan.

Penggambaran ini melibatkan seramai 12 orang kru penerbitan yang dibahagikan kepada tiga kumpulan dimana kumpulan yang pertama memulakan penggambaran pada 12 April hingga 22 Mei 2009 lalu di Uzbekistan melibatatkan Tashkent, Samarkand, Bukhara dan Shahrisadz. Kumpulan kedua pada 20 April hingga 30 Mei 2009 lalu di dua negara melibatkan Republik Kazakhstan (Almaty , Shymkent, Taraz dan Astana) dan Republik Kyrgyzstan (Bishkek, Jalal Abad, Osh dan Karakol). Lokasi terakhir pula pada 12 Mei hingga 25 Jun 2009 lalu di dua negara melibatkan Azerbaijan (Baku, Samgait, Saki dan Ganca) dan Tajikistan (Dushanbe).

Program selama 30 minit ini akan disiarkan sepanjang bulan Ramadhan 2009 di TV1 dan TV2, menggunakan dua bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Syahadah musim kelima diberi 3 slot masa siaran iaitu siaran Bahasa Malaysia bermula 1 Ramadhan 1430 Hijrah ( 22 September 2009 ), setiap hari, jam 6.30 ptg di TV1. Manakala siaran  Bahasa Inggeris bermula  17 Ogos 2009, setiap hari Isnin hingga Khamis setiap minggu, jam 4.30 petang di TV2. Siaran ulangan Bahasa Malaysia disiarkan pada 1 Ramadhan 1430 Hijrah, setiap hari, jam 5.30 pagi di TV1.

Fokus dokumentari TV ini mahu memaparkan realiti kehidupan, pegangan dan amalan masyarakat Islam sebagai satu inspirasi dan tauladan dimana Islam mengangkat martabat dan ketamadunan ummah, mengeluarkan manusia dari kegelapan dan kemungkaran. Malah Syahadah mengetengahkan kejayaan yang dicapai merupakan hasil dari pengalaman Islam yang Syumul juga ilmu pengetahuan, ketinggian akhlak dan anjakan paradigma menjadi teras kepada kebangkitan tamadun manusia.

Mengikut kajian, negara Islam Asia Tengah iaitu Uzbekistan, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Azerbaijan dan Tajikistan mempunyai penduduk yang majoritinya beragama Islam dan penglibatan mereka dalam pembangunan sosio ekonomi negara amat menggalakkan. Negara-negara ini juga mempunyai banyak kesan tinggalan sejarah penyebaran islam dan penaklukan empayar besar beratus tahun dahulu. Lokasi-lokasi bersejarah ini menjadi fokus menarik untuk dipertontonkan kepada khalayak dan boleh dijadikan destinasi tarikan kepada pelancong luar.

Disiarkan sebanyak 33 episod, program ini bermula dengan segmen pengenalan yang memperkenalkan latarbelakang lokasi, kedudukan geografi, sosio ekonomi, politik dan pentadbiran negara serta komuniti di negara terbabit. Sejarah kedatangan islam ke negara tersebut juga akan diperincikan dalam segmen ini menerusi peta, grafik, statistik dan gambar foto yang digunakan untuk menyokong fakta. Malah turut menemuramah pakar sejarah, pemimpin setempat atau tokoh agama.

Kemudiannya segmen responden dimana seorang responden atau profil yang terdiri dari usahawan Islam tempatan, tokoh agama Islam, pendidik atau organisasi Islam. Segmen ini akan memperkenalkan latar belakang responden, pekerjaan dan penglibatan  mereka dalam aktiviti komuniti setempat atau organisasi mereka.

Diakhiri segmen penutup yang menyingkap kejayaan atau sumbangan yang dicapai oleh responden. Sumbangan atau kejayaan ini boleh berupa kejayaan responden dalam meningkatkan
ekonomi, perkembangan agama Islam, perubahan sikap komuniti setempat dan sebagainya.

Justeru nantikan siaran program menarik ini yang bakal menemui penonton menerusi siaran Bahasa Malaysia bermula 1 Ramadhan 1430 Hijrah ( 22 September 2009 ), setiap hari, jam 6.30 ptg di TV1. Manakala siaran  Bahasa Inggeris bermula  17 Ogos 2009, setiap hari Isnin hingga Khamis setiap minggu, jam 4.30 petang di TV2. Siaran ulangan Bahasa Malaysia disiarkan pada 1 Ramadhan 1430 Hijrah, setiap hari, jam 5.30 pagi di TV1.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Roslin Hashim Saman Bekas Isteri

Cheer 2009 Di 8TV