in

Dokumentari Inside Mecca Di TV1

PAPARAN PENGALAMAN HAJI DALAM DOKUMENTARI INSIDE MECCA DI TV1

Hampir 1.3 bilion umat Islam akan menjalankan ibadah korban ataupun lebih dikenali sebagai sambutan Aidil Adha iaitu perayaan kedua terbesar dalam kalendar tahun Hijrah. Aidil Adha juga disambut dengan meriah oleh jemaah Haji dalam menyempurnakan ibadah mereka di tanah suci Mekah dan Madinah. Namun ramai yang tidak tahu perjalanan sebenar jemaah Haji serta pengalaman yang dirasai di sana.

inside-mecca

Radio Television Malaysia (RTM) mengambil inisiatif dengan menyusun pelbagai program dan rancangan menarik termasuklah sebuah dokumentari terbitan luar negara, Inside Mecca pada 17 November 2010 (Rabu), jam 7.00 malam di TV1 yang memaparkan kisah dan pengalaman jemaah Haji dari seluruh dunia hadir mengerjakan Haji di Mekah.

Lambaian Ka’abah dengan panggilan ”Labbayka Allahumma Labbayk” sambil tawaf di sekeliling Ka’abah bagaikan menggamit setiap jemaah Haji. Pengarah dokumentari, Anis Mehdi sarat menyusun pelbagai imej serta gambaran yang bersesuaian ketika di Mekah biarpun mengalami kesulitan ketika berada di Mekah.

inside-mecca1

Penonton pastinya akan teruja di dalam melihat keunikan umat Islam dalam menjalani kehidupan seharian mereka di sana. Bagaikan merasai perjalanan yang sebenar apabila jalan – jalan yang biasa digunakan oleh jemaah Haji diterokai oleh produksi National Geographic ini.

Selama 60 minit, rancangan ini juga mengulas perkara-perkara penting di dalam fardhu Haji di samping melihat bagaiman ibadah Haji dijalankan secara sempurna. Rancangan berbahasa Inggeris ini berusaha mendapatkan pengalaman jemaah Haji lelaki dan wanita bagi memahami pengalaman mereka menyusuri ibadah Haji kerana umum mengetahui keadaan fizikal kedua-dua jantina amat berlainan dan bagaiman mereka menyesuaikan diri di sana.

Dokumentari ini juga turut menjelajahi, tempat-tempat bersejarah di tanah suci Mekah dan Madinah yang bukan sahaja bersesuaian dengan konsep ibadah Haji malah terkenal untuk pelancong-pelancong yang bukan beragama Islam.

Bakal menemui penonton pada hari Rabu jam 7.00 malam menerusi slot Special On 1, dokumentari Inside Mecca bukan sahaja dapat menambah pengetahuan mengenai ibadah Haji malah dapat ditonton oleh seisi keluarga hanya di Saluran Informasi , TV1.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lambaian Kaabah Episod Akhir Di TV1

Bulan SUPERHERO di 8TV