in

Dokumentari Bersiri Palestin Bumi Anbiya

Sempena Ramadan ini, pihak Astro dengan kerjasama CIMB Islamic bakal membawakan sebuah dokumentari bersiri menarik berjudul Palestin Bumi Anbiya’ Snr Multitech Productions yang bakal bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Oasis.

Penonton akan dibawa untuk enjelajah ke beberapa buah Negara untuk sesi penggambaran seperti Palestin (Gaza dan Tebing Barat), Lubnan, Syria, Jordan, Saudi Arabia, Mesir,Yaman, Turki dan Iraq. Dkumentari menarik ini bakal membawa para penonton untuk menyorot kembali sejarah bumi Palestin dari Zaman Nabi Ibrahim AS sehingga ke hari ini dengan berpandukan fakta-fakta yang dijelaskan dalam Al-Quran al-Karim, bible dan kajian pakar sejarah. Ia juga akan memberikan pendedahan tentang kesengsaraan rakyat Palestin dibawah penjajahan ganas pihak Israel.

Sehubungan dengan itu, Astro akan mengadakan Majlis Pelancaran Dokumentari Bersiri Palestin Bumi Para Ambiya’ tidak lama lagi. Majlis ini juga bakal dirasmikan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri; YB Dato Dr Mashitah Ibrahim.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Arthur Christmas

Drama SuperMak