in , ,

DJ Lin Suria Cinta Terima Anugerah Ikon Wanita Muda 2012

Tidak pernah menerima sebarang anugerah melibatkan undian populariti atau setidak pun dalam kategori Penyampai Radio Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular, namun, dengan usaha cekal yang berterusan, penyampai radio Suria FM, DJ Lin atau nama sebenarnya, Roslinda Hj Abd Majid telah berjaya mendapat pengiktirafan dengan [highlight]Anugerah Ikon Wanita Muda 2012 [/highlight]dalam [highlight]kategori Kesatria Puteri Penyiaran Radio [/highlight]yang diterima semalam.

Satu kejayaan yang mengkagumkan dan membuka mata ramai pihak.

Anugerah IKON  WANITA MUDA 2012 – Kesatria Puteri Penyiaran Radio

[dropcap]B[/dropcap]udiey di sini ingin mengucapkan jutaan tahniah buat DJ Lin. Semoga dengan anugerah ini, dapat mencurahkan lagi populariti dan membuka pintu rezeki buat Lin pada masa akan datang.

Sedikit sebanyak, membuka mata kita semua bahawa populariti tak menjamin kualiti. Apa yang penting adalah keikhlasan dan hubungan rapat bersama peminat.

[pullquote align=”right”]Syabas DJ Lin![/pullquote]

Budiey pun tertanya-tanya, mengapa penyampai radio wanita yang lain seperti Fara Fauzana dan Linda Onn tak dipilih. Mungkin pihak penganjur ada sebab-sebabnya, mengapa DJ Lin dipilih sebagai Ikon Wanita Muda 2012.

Penyampai yang popular dengan celoteh bersahaja di segmen Suria Cinta ini dengarnya sangat terkejut dan terkasima dengan pengiktirafan di Majlis Himpunan Wanita Muda Negara 2012.

Di majlis yang berlangsung di Dewan Dagangan Dunia Putra pada hari Ahad lalu iaitu 25 November 2012 itu turut menobatkan 11 orang lagi ikon dan telah disampaikan oleh [highlight]Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak[/highlight].

DJ Lin adalah antara 12 penerima untuk anugerah tersebut yang diberikan kepada wanita yang berjaya dengan cemerlang dalam bidang karier masing masing.

[pullquote]Antara penerima lain termasuklah Dato’ Siti Nurhaliza dalam kategori Kesenian serta penerjun negara, Pandelela Rinong dalam kategori Sukan.[/pullquote]

Menurut DJ Lin, antara kriteria yang melayakkan pemilihan beliau adalah dari sudut populariti Rancangan Suria Cinta kerana mampu menyatukan pendengar untuk saling berkongsi pengalaman pahit manis dalam kisah percintaan selain membantu menemukan cinta di kalangan mereka malah sehingga kini lebih 300 pendengar berjaya menemui jodoh mereka menerusi ruangan ‘Cari Cinta’.

Selain itu, hubungan rapat Lin dan peminatnya juga dilihat sebagai satu bentuk penglibatan secara dekat kepada masyarakat antaranya menerusi program atau aktiviti yang diatur menerusi Kelab Peminatnya, FAN DJ LIN CINTAMANIA.

Umpamanya aktiviti [highlight]KONVOI RAYA KE RUMAH PEMINAT KE UTARA DAN LEMBAH KELANG[/highlight] yang mana DJ Lin mengambil inisiatif untuk turun padang berkunjung ke rumah peminatnya di seluruh negara sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kerana terus menyokong kariernya selama ini.

“Bagi Lin, Anugerah ini merupakan hadiah terindah sempena Hari Lahir beliau yang akan disambut pada 31 Disember ini sekaligus menjadi penyuntik semangat untuk terus berjuang dalam industri penyiaran radio.”

Ini adalah Anugerah ke-4 yang diterima DJ Lin selepas memenangi [highlight]Kategori Penyampai Radio Wanita Terbaik[/highlight] dan [highlight]Kategori Rancangan Interaktif Terbaik[/highlight] (Suria Cinta) di Anugerah Seri Angkasa pada 2005 dan 2010 lalu.

Di bawah ini, Budiey sertakan gambar-gambar semasa DJ Lin Suria Cinta Terima Anugerah Ikon Wanita Muda 2012. Gambar Kredit dari lensa Tebu Photography.

Anugerah IKON  WANITA MUDA 2012 – Kesatria Puteri Penyiaran Radio

Anugerah IKON  WANITA MUDA 2012 – Kesatria Puteri Penyiaran Radio

Anugerah IKON  WANITA MUDA 2012 – Kesatria Puteri Penyiaran Radio

Anugerah IKON  WANITA MUDA 2012 – Kesatria Puteri Penyiaran Radio

Anugerah IKON  WANITA MUDA 2012 – Kesatria Puteri Penyiaran Radio

Anugerah IKON  WANITA MUDA 2012 – Kesatria Puteri Penyiaran Radio

Anugerah IKON  WANITA MUDA 2012 – Kesatria Puteri Penyiaran Radio

Anugerah IKON  WANITA MUDA 2012 – Kesatria Puteri Penyiaran Radio

Anugerah IKON  WANITA MUDA 2012 – Kesatria Puteri Penyiaran Radio

Anugerah IKON  WANITA MUDA 2012 – Kesatria Puteri Penyiaran Radio

Anugerah IKON  WANITA MUDA 2012 – Kesatria Puteri Penyiaran Radio

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Lagu Finalis Yang Layak Bertanding di Anugerah Juara Lagu 27

Kutipan Amal Artis & Selebriti Tabung Aman Palestin