in

DJ Lin Suria Cinta Rakam Single Ranting Kenangan

Penyampai radio Suria FM, Roslinda Abdul Majid (Dj Lin) akhirnya berjaya menunaikan permintaan peminatnya setelah siap merakamkan single pertamanya berjudul Ranting Kenangan ciptaan Eddie Hamid dan liriknya oleh Ku Seman Ku Hussein. Menurut Dj Lin, dia bersyukur dengan rakaman lagu itu walaupun sibuk dengan rutin hariannya sebagai penyampai radio dan mengendalikan banyak majlis.

Majlis Hari Jadi DJ Lin Suria Cinta

“Alhamdulillah, saya berjaya merakamkan single pertama berjudul Ranting Kenangan pada bulan November lalu. Saya bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan Eddie Hamid dan berharap peminat dapat menerima lagu ini seadanya,” katanya semasa meraikan sambutan hari lahirnya yang ke-36 pada majlis sambutan hari jadinya di Red Box, Sogo Kuala Lumpur.

Hari lahir Dj Lin jatuh pada tanggal 31 Disember dan tahun ini merupakan tahun kedua dia meraikan hari lahirnya bersama-sama peminat.

Menyentuh tentang pengedaran lagu itu, Dj Lin berkata selepas album ini melalui proses suntingan dan susunan muzik, ia akan dijual secara dalam talian.

“Setakat ini, saya tidak pasti sama ada lagu ini akan diputarkan di radio atau tidak. Tetapi saya akan menjual album single ini melalui Facebook kelab peminat saya iaitu Dj Lin (Suria Cinta) Suria FM. Jika ada permintaan, saya juga akan menjual lagu ini dalam bentuk digital seperti nada dering. Dengan bermodalkan hampir RM4,000 untuk pembikinan album single ini, saya akan mencetak dua hingga tiga ribu cakera padat dan akan dijual pada harga kurang RM10,” jelasnya.

Jika sambutan menggalakkan daripada peminat, Dj Lin tidak menolak untuk merakam lagu seterusnya. Sempena dengan kelahirannya, Dj Lin berazam untuk meningkatkan pencapaian karier dan keluarganya.

“Pada 2011, saya berjaya menggondol dua anugerah dan kalau boleh saya ingin menempa lebih banyak kejayaanpada 2012. Jika tiada aral, saya juga sedang berunding untuk dua tawaran iaitu menjadi Duta produk keperluan harian dan sebuah lagi tawaran yang terpaksa dirahsiakan,” katanya yang pernah menjadi Duta salah satu kempen kereta Persona pada tahun lalu. via Mstar Online

Majlis Hari Jadi DJ Lin Suria Cinta

Majlis Hari Jadi DJ Lin Suria Cinta

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dina Reveals Her Fantastic Year 2011

Sungei Wang Plaza’s Springtime Grandeur Celebration 2012