DJ Baru Suria FM Linda Onn Dibayar Dua Kali Ganda?
Rata-rata mengatakan kehadiran Linda Onn di konti Suria FM akan memantapkan lagi jentera stesen radio. Rasanya mungkin ada benarnya kerana Linda Onn adalah antara 5 orang DJ terbaik di Malaysia dan mampu menarik ramai pengikut setianya untuk terus menukar siaran ke Suria FM. Sekaligus ini dapat menaikkan rating radio.

Ternyata ini benar, kerana setelah mengumumkan Halim Othman dan Linda Onn sebagai penyampai baru, sebanyak 15% SMS yang dihantar pendengar meningkat. Budiey rasa ini satu permulaan yang baik.
Satu langkah drastik yang sangat berkesan dibuat oleh Suria FM. Pastinya akan memantapkan lagi barisan penyampai Suria FM yang sedia ada. Kalau tidak mengambil penyampai popular, mungkin Suria FM berada di tahap yang lama. Itu kata Ketua Pegawai Penyiaran Suria FM, Yusri Abu Samah.

Dengarnya, ramai juga artis dan selebriti yang memohon untuk bertugas di Suria FM, namun Suria FM tidak mahu mengambil risiko kerana mereka tentu banyak komitmen lain sebagai artis.

Soalnya, berapa RM Linda dan Halim Othman dibayar. Dengarnya, ada yang kata 2 kali ganda. Wow! Banyak tu! Tapi itu kata orangla. Apa-apa pun, Suria FM bayar dengan harga berpatutan ikut pengalaman, populariti dan komitmen. Lagi pun, dengar-dengarnya, Linda Onn dah tak selesa kerja Radio Sinar. Korang tahu la kan sebab apa Linda Onn tak selesa kerja kat situ.

Kepada peminat Linda Onn, korang boleh mendengar segmen Suria Drive jam 4 petang mulai 18 Januari ini.
Tahniah Linda Onn!


Tags: Linda Onn
Tags: Linda Onn, Suria FMClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





January 15th, 2010 at 3:31 pm
wahhh…, best jew. bertambah kaya ah linda onn nie en.. ?? ehhehee…
January 15th, 2010 at 5:08 pm
LINDA + HALIM …TAPI LAIN2 SEGMEN..KALO COUPLE MASA LIVE TU LAGI TERANGKAT…CAM DULU2…..TAPI AKU SETIA KT SINAR FM…CELOTEH S.Y@ABG SAM, WAK, MAT SALLEH..+ KRILL, K.E, ABG NAJMAN…RASA TERHIBUR…ANYWAY CONGRATS LINDA N HALIM…
January 16th, 2010 at 5:18 pm
takde heran nya linda akan gaji 2x ganda tu.Itu cuma pocket money dia je.Duit bisness nasi ayamnya 10x ganda lagi.Klu tak, masakan blh punya umah berjuta2, kan!!Anyway, tahniah Linda .Muga2, naik rating Suria nanti.
January 19th, 2010 at 10:18 am
Dah lama tak dengar Suria FM sejak team baru ni…lebih – lebih lagi sejak Akhta dah takde..Suka team bawah Engku Emran dulu..Best dan hapening…Apapun setia dengan Sinar FM:-)
January 25th, 2010 at 5:03 pm
baru2 ni pasal tragedi fahrin, scha n awal..scha kata dia putus sebab perangai fahrin, siap ungkit dulu linda putus pun sebab tu…scha kata linda yg inform kt dia…ish ish..pendendam jugak si linda nih..masa bercinta, masing2 pertahankan kekurangan pasangan, bila putus, ungkit semua..ALL PEOPLE NOT PERFECT..aku tgk fahrin tak pulak buruk2kan bekas2 kekasih dia..bukan apa takut esok2 korang bercinta dan ditakdirkan putus gak n org kata u all yg tak betul..camano….