Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Discover Smiles Zoom! Malaysia



Discover Smiles Zoom! Malaysia
Discover Malaysia… Discover its people…

Tarikh Siaran : 29 Julai 2009
Masa : 9.30pm

Anda gemarkan aktiviti lasak? Adakah anda seorang yang peramah dan berani? Julai 2009 ini, 8TV membawakan kepada anda sebuah program realiti yang cukup menghiburkan! Discover Smiles Zoom! Malaysia akan disiarkan di saluran hip 8TV bermula 29 Julai 2009 jam 9.30pm.

8TV dengan kerjasama Esso Malaysia Berhad (Esso) & ExxonMobil Malaysia Sdn Bhd (Mobil) dan Tourism Malaysia dengan bangganya mempersembahkan sebuah program realiti Discover Smiles Zoom! Malaysia yang cukup menghiburkan dan berbeza daripada program-program realiti yang sedia ada!  

Discover Smiles Zoom! Malaysia merupakan sebuah program realiti yang hadir dengan konsep yang cukup segar. Program ini menampilkan 48 orang peserta warganegara Malaysia yang akan memulakan perjalanan merentasi Semenanjung Malaysia dan menyelesaikan tugasan-tugasan yang telah disediakan.

Sebagai sebuah negara yang penuh dengan sejarah dan budaya yang berbeza-beza, Discover Smiles Zoom! Malaysia juga akan membawa penonton meneroka kawasan-kawasan yang menarik di Semenanjung Malaysia.  

Kata Izham Omar:        

“Kami cukup teruja dengan program terbaru ini. Discover Smiles Zoom! Malaysia bukan sekadar program realiti biasa. Anda dapat menyaksikan peserta-peserta berdepan dengan beberapa tugasan mencabar pada setiap minggu dan yang paling penting kita dapat meneroka tempat-tempat menarik di Malaysia,” Kami cukup berbangga dapat bekerjasama dengan ExxonMobil dan Tourism Malaysia untuk projek ini dan berharap semua penonton akan terhibur dengan program ini!”

Kata Puan Faridah Ali, Pengarah Esso Malaysia Berhad:

“Esso dan Mobil cukup berbesar hati dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang tempat-tempat menarik di Malaysia dan memperkenalkan kegunaan dan kelebihan kad ‘Smiles’. Selain berhibur, program ini tidak terkecuali membantu golongan yang kurang bernasib baik. Ini merupakan komitment kami untuk menghasilkan program ini supaya dapat berbakti kepada komuniti.”

Kata pihak pihak Tourism Malaysia:

“Kerjasama kami dengan pihak 8TV dan Esso & Mobil dalam menerbitkan program Discover Smiles Zoom! Malaysia merupakan satu platform yang baik untuk semua semua rakyat Malaysia di luar sana untuk mengenali destinasi-destinai menarik di Malaysia.  Malaysia perlu membuka mata dan lebih menghargai tempat-tempat menarik di Malaysia. Program ini dapat membantu orang ramai mengenali sesebuah tempat dan masyarakat dengan lebih mendalam.”

Sesi ujibakat telah diadakan pada 25 dan 26 April 2009 di Sri Pentas dan  Discover Smiles Zoom! Malaysia telah menjumpai 24 buah kumpulan untuk menyertai perjalanan program ini. Kumpulan-kumpulan ini akan mengembara ke beberapa lokasi terpilih di Malaysia dan berpeluang bertemu orang ramai dan belajar tentang budaya masyarakat di Malaysia.


 
Setiap minggu dua kumpulan akan berentap sesama sendiri. Peserta-peserta perlu memandu ke destinasi yang telah ditetapkan dan mereka akan diuji tentang pengetahuan am, sejarah dan budaya.

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Rakaman Zoom In Hari Raya Aidil Fitri @ RTM
  • Zoom In Bersama Siti Nurhaliza 2 Mac Ini
  • Temui Artis KRU di Rumah Terbuka KRU 2008
  • Azizan Nin, Daphne Iking, Hannah Tan Dalam Road Home with Smiles
  • Kempen Zoom Malaysia Rangsang Industri Pelancongan
  • Sony Ericsson Spread the Smile Charity Campaign
  • FAZLI ZAINAL, MISHA OMAR, ARE MEER SOFAZ DI ZOOM IN @ RTM BUMI PUSAKA
  • Rahsia Kehebatan Adiwira Dalam Filem Zoom Di TV2
  • Sekitar Pelancaran Road Home With Smiles di Sri Pentas Courtyard
  • Meet Uncle Hussain, Hafiz Hamidun, Waheeda @ Zoom In @ RTM Khas : Doaku Untukmu… Gaza





































































































































































































































































































  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK