in ,

Sekitar Rakaman Konsert DIMENSI LEGENDA RAYA

Auditorium Perdana, Angkasapuri digamatkan dengan kedatangan orang ramai yang datang menyaksikan rakaman “Konsert Dimensi Legenda Raya” pada 27 Mac lalu. Suasana di dalam auditorium dimeriahkan lagi dengan warna-warni pakaian hari raya penonton yang hadir.

Konsert Dimensi Legenda Raya

Rakaman “Konsert Dimensi Legenda Raya” Tayang Aidilfitri Di TV1

Rakaman “Konsert Dimensi Legenda Raya” yang diterbitkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) khas meraikan sambutan Aidilfitri akan ditayangkan di saluran TV1 Syawal nanti. Dihoskan oleh pengacara yang tidak asing lagi namanya, Raja Azura. Tetamu yang hadir bakal dihiburkan dengan persembahan lagu-lagu raya malar segar yang pastinya menghidupkan suasana hari raya.

Konsert dimulakan dengan persembahan sketsa raya dipersembahkan oleh Azrul Zaidi, Raja Azura dan Ebby Yus yang berjaya mencuit hati penonton. Menariknya konsert ini terdapat enam segmen bertema iaitu Segmen Desa Terindah, Segmen Kepulangan, Segmen Ketupat Rendang, Segmen Memori Untukmu, Segmen Kumohon Kemaafan, Segmen Silaturrahim dan Segmen Keindahan Syawal.

Segmen Memori Untukmu membawakan seleksi lagu raya tribute kepada barisan artis-artis legenda tanah air yang telah tiada. Antara lagu popular yang akan menjadi halwa telinga penonton ialah lagu raya Allahyarham S. Jibeng dan Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini dibawakan oleh Khai Bahar dan Wany Hasrita

Penonton yang hadir juga berpeluang menyaksikan gandingan mantap artis baru dan artis lama iaitu Khai Bahar dan Ziana Zain yang membawakan lagu Halaman Asmara. Suasana hari raya dihidupkan dengan seleksi lagu-lagu raya yang sehingga kini masih lagi berkumandang di corong-corong radio. Antaranya ialah Suasana Hari Raya, Musafir Di Aidilfitri, Hari Raya Bahagia, Indah Di Hari Raya dan banyak lagi yang pastinya sentiasa bermain di bibir pendengar.

Noraniza Idris bersama Kumpulan Penari Malay World Cultural Paradise

Konsert Dimensi Legenda Raya ini menghimpunkan barisan penghibur tersohor daripada yang “otai” hingga artis yang kini semakin meningkat naik. Antara nama-nama besar yang bakal tampil menggamitkan suasana hari raya adalah Datuk M. Nasir, Ziana Zain, Noraniza Idris, Jay Jay, Uji Rashid, Herman Tino, Datuk Malek Ridzuan, Salwa Abdul Rahman, Dayangku Intan, Khairil Johari Johar dan Aman Shah. Turut melengkapi barisan nama-nama hebat adalah Wany Hasrita dan Khai Bahar. Pentas auditorium juga akan dimeriahkan dengan Kumpulan Penari Malay World Cultural Paradise.

Barisan artis yang memeriahkan Rakaman Konsert Dimensi Legenda Raya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia Perkenal Tempat Duduk Mirus Hawk Baharu

MV Khai Bahar & Fatin Husna – RAHSIA KITA Trending di Youtube Malaysia