in

DICEY BUSINESS

DICEY BUSINESS setiap malam di 8TV

Isnin hingga Jumaat pukul 7.00pm
Tarikh Siaran: 1 Dis 2009 – 20 Jan 2010
Jumlah Episod : 34

Berkisar tentang perjudian gelap di Hong Kong dan Filipina, DICEY BUSINESS mengisahkan mengenai dua beradik yang terpisah dan kemudiannya dipertemukan kembali walaupun tidak sehaluan.  Drama Kantonis ini bakal akan menemui anda setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam hanya di 8TV!

Drama bersiri 35 episod ini dibintangi oleh Bobby Au Yeung, Miu Kiu Wai, Bosco Wong Chung Cak, Jessica Hsuan dan Tavia Yeung.

DICEY BUSINESS tertumpu kepada Chai Foon Chong (Bobby Au Yeung) seorang kaki judi yang mula kehilangan tuah apabila beliau kalah teruk di sebuah pertandingan judi peringkat antarabangsa. Ini merupakan kali pertama Foon Chong kalah dalam pertandingan ini sehingga beliau terpaksa menjadi seorang tukang kebun kepada pemilik kasino yang dimiliki oleh Kiu Ching Cho (Miu Kiu Wai).

Peluang terserempak dengan Li Ching Wan (Jessica Hsuan) yang merupakan seorang kaki judi yang suka memaksa telah mempertemukan Foon Chong dengan adik lelakinya Chai Foon Lok (Bosco Wong) yang telah lama terpisah. Dia merupakan seorang yang sangat pendiam dan tidak suka berinteraksi dengan orang ramai. Foon Lok kemudiannya melarikan diri dan akhirnya menjadi anak didik Kiu Ching Cho. Dia kemudiannya mendapati dirinya sendiri mempunyai bakat dan kepakaran dalam perjudian.

Oleh kerana tamak, Ching Cho telah mendatangkan masalah kepada dirinya sendiri manakala Ching Wan pula mendapati dirinya telah jatuh hati pada Foon Chong dan Ching Cho. Siapakah yang akan menjadi pilihan hatinya? Dapatkah talian persaudaraan diantara  Foon Chong dan Foon Lok disatukan kembali?

“DICEY BUSINESS adalah sebuah drama yang yang memaparkan kisah kehidupan manusia yang penuh dengan perasaan tamak, tipu muslihat dan cinta. Jalan ceritanya pasti akan membuat para penonton tidak berganjak dari tempat duduk mereka. Semestinya sebuah  rancangan yang akan membuat anda tidak sabar untuk pulang ke rumah menontonnya,’” kata Pengurus Besar 8TV, Cik Lam Swee Kim.

Jangan lupa untuk menyaksikan drama bersiri hebat  DICEY BUSINESS, setiap Isnin hingga Khamis dari jam 7.00malam – 8.00malam, hanya di saluran hip 8TV.  8TV   juga boleh ditonton menerusi Astro di saluran 708.

Anda juga boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari laman sesawang www.8tv.com.my atau menerusi telefon genggam dengan menaip mobile.8tv.com.my .

Gossip of the day: Maklumlah, ramai sangat orang duk nak intim dengan artis jelita ni, sampai ramai VIP nak pikat dia, tapi dia tak nak semua tu. Katanya, duit tak kasi kebahagiaan. Yang penting, dia nak lelaki yang dapat menjaga dan yang penting seorang yang penyayang. Duit tak penting sangat sebab artis ni dah kaya raya. Sampai sekarang dia tak kahwin-kahwin sebab lelaki idamannya masih belum ditemui. Sampai andartu la gamaknya dia takkan kahwin.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sertai Peraduan KENZO The Most Memorable Journey of Love

Versi terbaru 90210 di 8TV