in ,

Diana Danielle Pembuka Tirai Konsert Kenny G

DIANA DANIELLE MEMBUAT KEJUTAN…TERPILIH MENJADI PENYANYI PEMBUKA TIRAI KONSERT KENNY G MAY 24 INI

Pelakon & penyanyi Diana Danielle yang amat dikenali di persada seni melalui kebolehan lakonon beliau bakal mencipta kejutan dan sejarah tersendiri dengan terpilih sebagai penyanyi pembuka tirai di Konsert Kenny G yang akan berlangsung di Plenary Hall. KLCC pada Selasa May 24 ini.

Budiey rasa ramai penyanyi tempatan yang ingin mendapat peluang untuk menjadi penyanyi pembuka tirai kepada mana-mana artis antarabangsa apatah lagi seorang legenda instrumental saksofon seperti Kenny G. Namun, nasib memihak kepada Diana Danielle. Macamana Diana boleh terpilih, itu kena tanya dengan Diana. Apa-apa pun, tahniah Dee.

Diana Danielle

Diana Danielle yang akan melahirkan single pertama beliau hasil ciptaan beliau sendiri “TAK PERNAH ADA” akan menghadapi cabaran untuk membuktikan keupayaan beliau untuk berjaya di dalam industri seni suara di persada dengan ujian yang paling getir yang mana pentas pembuka tirai artis antarabangsa menjadi daya pengukur beliau sebagai penyanyi yang berkaliber. Keberanian Diana Danielle menyahut cabaran ini sudah pasti akan menjadi tumpuan para peminat industri hiburan pada May 24 nanti.

Kelainan dan daya penarik konsert Kenny G kali ini ialah sikap sayang peminat Kenny G yang akan meluangkan masa sebelum dan selepas Konsert beliau untuk menandatangani setiap CD dan barangan Kenny G di luar dewan persembahan. Ini jarang-jarang sekali berlaku dan menunjukkan sikap rendah diri dan menghargai para peminat Kenny G yang harus dicontohi oleh mana-mana artis tempatan dan antarabangsa yang datang berkunjung untuk konsert di tanah air kita.

Juga persembahan Kenny G juga mementingkan kepuasan para peminat dengan menghidangkan persembahan selama 2 jam 10 minit. Sudah pasti memberi nilai maksiima kepada harga tiket yang dibayar.

Persembahan Diana Danielle dan Kenny G pada May 24 di Plenary Hall, KL Convention Centre akan bermula pada 8.30pm. Tiket berharga RM888 (Platinum), RM498 (Gold), RM298 (Silver) and RM198 (Bronze) masih ada terjual. Tiket juga boleh ditempah melalui online di www.airasiaredtix.com and www.ticketpro.com.my. Mereka yang membeli tiket Platinum akan dapat secara PERCUMA album terbaru Heart and Soul. Kenny G Live In Malaysia dibawa khas oleh JS Concert Productions.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pengalaman Luar Biasa Ke Konsert Katy Perry Brisbane Australia

Airasia X Firms Up Engine Supplier For The Newly Purchased Airbus A330-200S