in , ,

Diana Danielle & Farid Kamil Bertunang

Berita Diana Danielle & Farid Kamil Bertunang, Diana Danielle & Farid Kahwin Setahun Lagi. Pasangan pelakon yang hangat bercinta, Diana Danielle dan Farid Kamil telah selamat mengikat tali pertunangan pada 2 September 2012, Ahad lalu di kediaman aktres itu di Damansara. 

Ikat Janji. Saat cincin ikat Janji disarung Diana Danielle. Selamat bertunang.

Gambar: Ibu Farid Datin Sharifah Bardah Syed Abdullah menyarung cincin pertunangan ke jari manis Diana pada majlis tertutup Ahad lalu.

Tahniah buat Dee & Farid, semoga korang bahagia dan cepat-cepat kahwin ya. Budiey pasti ramai peminat yang nak tengok gambar majlis pertunangan Diana Danielle & Farid Kamil.

Gambar Tunang Diana Danielle Farid Kamil

Ini bukan gambar majlis tunang Diana Danielle & Farid Kamil ya, gambar ini diambil semasa Diana Danielle & Farid Kami hadir di Majlis Nikah Resepsi Lisa Surihani & Yusry KRU.

Pandai betul Diana Danielle dan Farid Kamil simpan rahsia. Seingat Budiey, pernah sekali terserempak dengan pasangan ini di Suria KLCC. Masa tu, terserempak dengan Farid Kamil dalam lift. Kemudian, jumpa lagi dengan Diana & Farid masa nak makan kat Sushi King.

Menurut laporan akhbar Berita Harian pada hari ini, majlis berlangsung sekitar pukul 4 petang di mana Diana menerima sebentuk cincin yang disarungkan oleh ibu Farid sebagai tanda dia sudah ‘diikat’ oleh lelaki itu.

Diana & Farid bertunang selepas menyulam cinta selama tiga tahun.

Pada majlis tersebut, Diana yang anggun mengenakan baju kurung corak songket pancawarna dengan tatarias jurusolek Chot menerima tiga dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas lima dulang.

Gambar Tunang Diana Danielle Farid Kamil

Ibu Diana, Norsiah Ramli berkata, majlis tersebut sudahpun dirancang sejak sebulan yang lalu dan bersyukur segala perancangan berjalan dengan lancar.

“Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan lancar. Sebagai ibu, tiada apa yang lebih menggembirakan selain melihat anaknya bahagia. Harap-harap pertunanagan ini kekal sehingga ke jenjang pelamin dan Farid dapat menjaga Diana dengan baik,” katanya.

Tambah Norsiah, dia tiada niat mahu menyimpan rahsia kepada umum mengenai pertunangan tersebut, cuba keputusan itu dibuat atas kehendak anak dan bakal menantunya itu.

“Saya tak berniat untuk merahsiakannya daripada sesiapa, Semua itu kehendak Farid dan Diana. Malah tiada rakan artis pun yang diundang. Lagipun ia hanya sebuah majlis pertunangan saja, kami pun buat seringkas yang boleh,” ujarnya.

Antara hantaran yang diberi termasuklah senaskhah Al-Quran, pakaian dan kasut.

Sementara itu, Norsiah memberitahu, tarikh perkahwinan Diana dan Farid masih lagi belum ditetapkan, tetapi pertunangan mereka akan diikat selama setahun sahaja.

Sebelum ini Diana dan Farid dikatakan putus cinta, namun hubungan itu disambung selepas beberapa bulan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tonton Bakal Ditonton di Smart TV Samsung

Gossip Anuar Zain Kini Belajar Ilmu Perubatan Islam