Diana Danielle Dibenarkan Hadir ke Anugerah Bintang Popular 2008
Diana Danielle sememangnya dijemput untuk hadir ke Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 pada 12 April ini, tapi dia tak pasti lagi samada dibenarkan untuk hadir atau tidak.

Mengikut Ketua Pengarah JLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, pihaknya takde halangan untuk memberi pelepasan. Tetapi Diana perlu mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan. Apa-apa pun, pihak PLKN masih belum menerima sebarang permohonan daripada Diana untuk tujuan berkenaan.
Calon dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular ini telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dan stesen televisyen, 8TV di Kem PLKN Princess Haliza di Sepang pada 2 April lalu.
MoU adalah untuk menerbitkan sebuah dokumentari mengenai PLKN yang bakal disiarkan mulai 8 Mei ini di 8TV.
Kita nak ucap tahniah kepada Diana sebab dilantik menjadi Timbalan Ketua Kontinjen Wirawati Kompeni Bravo pada siri kali ini.

Komen Diana Danielle tentang peluangnya untuk menang dalam ABP
“Saya tidak kisah sekiranya tidak dapat menghadiri majlis anugerah ABPBH di Genting Highlands kerana tahu saya kini terikat kepada peraturan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan PLKN. Lagipun, saya seronok tinggal di sini dan sama sekali tidak menyangka segala gambaran negatif yang diperolehi rupa-rupa tidak benar. Malah, saya tidak kisah sekiranya terpaksa tinggal lebih lama di sini.”
Seronok tak join PLKN?
“Saya tidak sangka tinggal di dalam kem PLKN ini amat menyeronokkan walaupun pada awalnya saya mengakui berlaku sedikit kejutan budaya. Namun, berkat sokongan dan bantuan jurulatih dan rakan-rakan pelatih yang lain, semuanya berjaya diatasi kerana faham PLKN bertujuan menjadikan pelatih lebih berdisiplin dan bertanggungjawab.”
Macamana pula layanan kat sini?
“Saya juga pernah ditegur dan dikenakan denda, jadi ini membuktikan saya tidak diberi sebarang keistimewaan. Tapi saya tidak kisah kerana ia dapat mendidik saya menjadi lebih dewasa kerana sebagai anak tunggal, memang saya sering dimanjakan mama.”
Semoga Diana Danielle berjaya menang dalam ABP pada hari Ahad ini.

Tags: Diana Danielle
Tags: Diana DanielleClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





April 7th, 2009 at 12:28 pm
kalo dh pemes..sng je dpt lepas ek..hoho
April 7th, 2009 at 4:36 pm
kalo dia join pun ok gak..pelepasan 1 hari cukup la..nak juga tgk penampilan wirawati plkn ni di red carpet pakai songket..hehehe.entah mcm mana la nti sbb dia pasti nampak gelap dari biasa..huhuhu..tak yah la buat treatment..
April 7th, 2009 at 5:34 pm
ANGKAT KAIN PUN DPT PUBLISITI KE..NTAH LA..SUKA ATI KO LA..SEBELUM NI TK DE PULAK REMAJA YG MASUK PLKN NI DI DEDAHKAN KT TV OR MAJALAH..KALO ADA PUN IKLAN TENTANG KEBAIKAN MASUK PLKN..TU PUN BERLAKON..BILA DIA NI MASUK..APA YG DIA BUAT SEMUANYA DI TUNJUKKAN..DI DEDAHKAN..PASAL DIA ARTIS ? WATEVER LA..LPAS APA LAGI AKSI YG BAKAL DITUNJUKKAN..MM PANJAT TEMBOK, KAWAT..ETC..ETC…OOO DPT LEPAS PI APBH ? KATA KALO EMERGENCY JE BOLE DPT KEBENARAN KUAR..NI EMERGENCY LA YE ?
April 7th, 2009 at 6:59 pm
teruknya sistem bias plkn ni..
mcm artis tu ulamak.. huhuh
lpas ni berebut2 la anak2 muda jadi artis…
yaALLAH…berilah hidayah pada kami semua!
April 7th, 2009 at 8:47 pm
Aku rasa pihak PLKN kene bertegas pasal artis remaja join PLKN ni….jangan senang2 je bagi wartawan buat liputan cite dia orang masa menjlnani program ni….Jgn bagi muke le….Jgn nak agung2kan sgt artis ni..nanti lagi mengada-gada…ikut je peraturan yang telah PLKN tetapkan. Ntahlah lah kdg2 pihak yang berkenaan pun pilih bulu..ya tak?
April 7th, 2009 at 10:00 pm
saya pon pernah ke kem plkn, dan beberapa kali pernah meminta pelepasan atas alasan yang pelbagai. antaranya menghadiri ujibakat, temuduga dan lain-lain. rasanya tak perlu diperbesarkan isu ini. dan jangan pulak ada yang seronok-seronok untuk sentiasa jadi batu api.. sekurang-kurangnya, diana menunjukkan kem tersebut seronok dan tidak perlu bimbang untuk disertai. kalau oh bulan letak gambar sebarangan orang yang join plkn tu x pelik ke namanya???? tiba-tiba nak tgk muka si joyah dan senah dalam ohbulan??? lingkup lah ohbulan
April 8th, 2009 at 4:51 am
shedeserveitm betul apa yg kau tulis tu. kat US pun beribu org masuk penjara, tapi bila britney or paris hilton masuk, satu dunia tahu. masa elvis buat sevice ke US military pun satu dunia tahu, apa salahnya berita dd masuk plkn di kongsi bersama-sama remaja lain kan. Sebagai artis, mereka dapat menarik remaja lain juga kerana apa yg dilakukan mereka menarik perhatian ramai. Adik saya pun sekarang dah rasa nak masuk plkn. tak salah apa projek yg dapat mengajar remaja bergaul sesama rakyat malaysia yg berbilang kaum supaya kita tak de lah tengok kaki lepak sana sini lepas spm. sekurang2nya tahun depan jumlah yg nak pergi bertambah dan kem pun dtambah. jelas dan nyata dd sekarang dijadikan ikon untuk jadi jurucakap bg pihak kementerian. malam2 pun doa otang belajar ugama. kan baik dr melepak kat cyber cafe atau habiskan masa bergayut or bercinta? Anak remaja macam dd ni lah yg patut dijadikan tauladan. sanggup meninggalkan dunia glamor. kalau dia tak nak pergi, berapa je dia kena bayar? 3 ribu ja. Ingat dia atau keluarga dia tak boleh bayar? dalam melodi pun ada cakap berapa tawaran dia tolak yg berjumlah puluhan ribu. Fikir positive kan baik untuk kita sama2 membasmi mat2 rempit atau minah2 rempit, sebagai contoh. Go dd, buktikan yg remaja malaysia adalah remaja yg sanggup berkorban demi untuk memperolehi ilmu dunia dan akhirat!
kalau senah yg masuk…. sapa nak tengok?
April 8th, 2009 at 5:00 am
tak sabar nak tengok dd kat abp. lagipun kalau dia dibenarkan keluar, apa salah nya. hari ahad bukan ada program kat plkn. hari ahad kan ke hari lawatan ibu bapa? dan dd boleh bagi info baru lagi pasal plkn. lagi banyak info, lagi senang hati mak dan bapa saya nanti bila nak antar adik saya keplkn juka dia terpilih. sambil tu dd patut bagitahu para remaja macam mana rasa basuh kain sendiri dan sebagainya. kita sekarang kain baju campak je dalam mesin basuh. kalau lah bencana alam berlaku macam kat tempat lain didunia, letrik tak ada, air tak ada, etc… sekurang2nya remaja sekarang dah bersedia….nampak je mudah, tapi kalau suruh saya basuh sendiri pun saya rasa antar kedai lagi baik lah dari rosakkan jari jemari saya yg cantik ni… sabun pun saya tak tahu sabun apa nak guna. adik senah lagilah. bawang pun tak tahu kat mana letaknya kat dapur tu. betul, senah tak tipu.
April 8th, 2009 at 11:22 am
Tak faham pengurusan PLKN ni.Disebabkan ada artis yang jadi peserta senang – senang je dapat pelepasan.Ingat lagi dulu sampai nak di penjarakan kot seorang peserta yang tak dapat sertai kerana menanggung keluarga yang susah.Malah ada yang baru bersalin pun terpaksa tinggalkan bayinya.Tak faham – tak faham.Kalau macam ni, mesti lepas ni ramai la lepasan SPM nak jadi artis.Yela, masuk ada program khas, ada media siarkan aktiviti harian walaupun sekadar angkat dan jemur kain….
April 8th, 2009 at 4:37 pm
wahh seronok jadi org femes ni..
April 8th, 2009 at 10:08 pm
Betul kata nur tu..aku masih ingat lagi kes budak yang nyaris di penjarakan dulu. Kesian budak tu….. kononnya tegas beno le. Itulah namanya pilih buluuuuu..mentang2lah dia tu artis senang2 je dpt kelepasan. Pada akulah setakat abp tu…tak penting sgt, kalu dia menangpun boleh wakilkan orang lain. Bila dia masuk program tu, apa yang dia buat semua nak dihebohkan. Apasal dia saja, kenapa aliff ngan suki tak dibuat liputan cam dia. Memanglah dia sanggup lepaskan tawaran yang beribu-ribu tu sebab kalu tak mengikuti program tu nanti kene penjara lak….ha..ha..inilah yang dinama duniawi..
April 10th, 2009 at 6:24 pm
yg sbenarnye kes ni ada baek dan bruknye..
xpyh lah kita gado2 k.
April 11th, 2009 at 1:03 am
Bukan nak gado2 jelita tetapi inilah ‘ realiti sebenar ‘ sikap segelintir manusia yang pentingkan ‘nama dan glamour’. Cuba fikir la….
1) Penting sangatkah ABP tu kalau tak pergi???? Kalau tak ada DD majlis tu tak meriah ke???? Kalau tak meriah, lebih baik jemput semua peserta PLKN seluruh Malaysia sekarang pakat ramai – ramai pergi ABP tu..mesti lagi meriah kan……kiranya bukan setakat DD, Suki dan Alif jelah yang pergi…mesti ada ramai lagi peserta yang teringin nak pergi juga kot…..Kalau ye pun menang malam tu….wakil kan ada…..
2) Hebat sangat ke artis bernama Diana Danielle ni??? Semua perkembangan dia di PLKN nak disiarkan?? Kalau betul nak ‘jadikan contoh’ kenapa tak fokus sama rata kepada Suki dan Alif juga????
3) Kalau DD dapat pelepasan hari tu, rasanya semua peserta pun layak mendapat pelepasan juga.Mungkin ada yang teringin nak balik jumpa mak ayah ke yang tengah sakit, dan bagai…tetapi sebab siapalah diorang…dipendamkan sahaja…..so barulah ADIL……
4) Memang ada baik dan buruknnya…buruknya nilah…..Setakat DD tu hilang tawaran beribu – ribu, tak luak pun duit mak bapak dia untuk sara dirinya sorang sampai ke tua….
Kesimpulannya…bak kata Nabil yang mungkin pemenang Bintang Paling Popular ABP 2008….opsss kot2 Diana Danielle ke??? ada peluang ke??? Lu fikir la sendiri. Pepatah ada menyebut ” Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang rimau mengaum’
“PEMUDA HARAPAN BANGSA, PEMUDI PEMBELA NEGARA”
April 11th, 2009 at 1:13 am
“FIKIR DENGAN OTAK & MINDA YANG RASIONAL…BUKAN EMOSI YANG SERABUT DAN NEGATIF”
Daripada ikut perkembangan DD ni …..apa kata kita ikut perkembangan negara juga ye …..Ini lebih penting kepada semua termasuklah artis yang pergi PLKN….Jangan bagi alasan pulak tak tahu dan tak ikut perkembangan negara……Jangan esok wartawan tanya jawap tak tahu sudah…..
Senarai Penuh Kabinet Baru 2009
PERDANA MENTERI:Datuk Seri Najib Tun Razak
TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)4. Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)
Timbalan-timbalan Menteri:1. Datuk Liew Vui Keong2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim3. Datuk S.K. Devamany4. Ahmad Maslan5. T.Murugiah
MENTERI KEWANGAN:Datuk Seri Najib Tun Razak
MENTERI KEWANGAN II:
DATUK AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH
Timbalan:1. Datuk Chor Chee Heung2. Datuk Dr Awang Adek Hussin
MENTERI PELAJARAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan:1. Datuk Dr Wee Ka Siong2. Dr Mohd Puad Zarkashi
MENTERI PENGANGKUTAN:Datuk Ong Tee KeatTimbalan:1. Datuk Abdul
Rahim Bakri2. Datuk Robert Lau Hoi Chew
MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:Tan Sri Bernard
Dompok
Timbalan:1. Datuk Hamzah Zainudin
MENTERI DALAM NEGERI:Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan:1. Datuk Wira Abu Seman Yusop2. Jelaing anak Mersat
MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim
Timbalan:1. Datuk Joseph Salang Gandum2. Senator Heng Seai Kie
MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan:Noriah Kasnon
MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan:1. Datuk Hassan Malek2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun
MENTERI PENGAJIAN TINGGI:Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timbalan:1. Datuk Dr Hou Kok Chung2. Datuk Saifuddin Abdullah
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:Datuk Mustapa
Mohamed
Timbalan:1. Datuk Mukhriz Mahathir2. Datuk Jacob Dungau Sagan
MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI: Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan:Fadillah Yusof
MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan:Tan Sri Joseph Kurup
MENTERI PELANCONGAN:Datuk Ng Yen Yen
Timbalan:Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:Datuk Noh Omar
Timbalan:1. Datuk Johari Baharum2. Datuk Rohani Abdul Karim
MENTERI PERTAHANAN:Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan:Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
MENTERI KERJA RAYA:Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan:Datuk Yong Khoon Seng
MENTERI KESIHATAN:Datuk Liow Tiong Lai Timbalan:Datuk Rosnah Rashid Shirlin
MENTERI BELIA DAN SUKAN:Datuk Ahmad Shabery Cheek Timbalan:1. Datuk Razali Ibrahim2. Wee Jeck Seng
MENTERI SUMBER MANUSIA:Datuk Dr S.Subramaniam Timbalan:Datuk Maznah Mazlan
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:Datuk Ismail Sabri Yaakob Timbalan:Datuk Tan Lian Hoe
MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:Datuk Kong Cho Ha Timbalan:Datuk Lajim Ukin
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:Datuk Seri Sharizat Jalil Timbalan:Datin Paduka Chew Mei Fun
MENTERI LUAR:Datuk Anifah Aman Timbalan:1. A.Kohilan Pillay 2. Datuk Lee Chee Leong
MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin Timbalan:Datuk M.Saravanan
Sumber : http://beautifulnara.com/senarai-barisan-anggota-kabinet-baru-datuk-seri-najib-razak-2009/
April 11th, 2009 at 5:05 am
Salam dan hormat pada Nur.
Anda mengajak org berfikir positif tapi saya nampak kenegatifan Nur menulis. Kalau u sanggup ambil masa mengajar kita org siapa dan siapa kat kementerian seperti diatas, please lah.. saya bekas tenaga pengajar di plkn. Kementerian pertahanan perlukan artis remaja seperti diana, suki dan alif untuk mengajak lebih ramai pemuda-pemudi supaya berminat menuntut ilmu dunia dan akhirat. Disana sebagai pengajar, ada antara kami mengajar ilmu pertahanan diri, ilmu mencintai sesama rakyat malaysia, ilmu kerohanian untuk akhirat dan juga ilmu kemayarakatan untuk dunia. Apa yg dilakukan oleh kementerian membenarkan diana pergi adalah juga mungkin atas dasar ilmu kemasyarakatan, dimana pihak kementerian sedar yg remaja amat cenderong pada dunia hiburan dan kerajaan tidak memandang serong pada aktiviti begini dimana ianya dilakukan dengan cara yang wajar. Daripada remaja berlepak dan merempit, ketiga mereka diharap dapat memberi semangat pada remaja lain untuk menceburi bidang yg mereka sukai bukan sahaja dunia hiburan tetapi juga bidang lainmya. Kementerian juga memberi pelepasan kepada pelatih yang mempunyai program lain juga seperti menghadiri perlawanan sukan antara negeri yg melibatkan pelatih remaja sebelum mereka melapurkan diri. Berita mereka tidak dilapurkan oleh wartawan kerana mereka tidak dikenali ramai. Begitu juga pelepasan diberi kepada banyak lagi pelatih seperti pelepasan melawat saudara mereka yang sakit tenat, perkahwinan, menghadiri temuduga pekerjaan ataupun menghadiri upacara khas keluarga mereka yang lain. Setiap kes dikaji dengan terperinci dan sekiranya permohonan mereka ditolak, semua nya sudah tentu ada sebab-musabab yang nyata.
Remaja seperti diana, suki dan alif adalah pendorong para remaja didalam banyak modul yg ada kerajaan fikirkan diplkn. Tujuan plkn bukan untuk menjadikan remaja seorang tentera tetapi lebih kepada modul dalam mengatasi masalah remaja untuk menjadikan mereka manusia yang mempunyai vision. Artis yg terpilih mempunyai peminat masing-masing yg dapat menarik remaja lain untuk berdikari dan mengatur diri mereka disamping kareer yang mereka punyai sekarang. Sebagai artis, ketiga mereka diharap dapat memberi semangat kepada remaja supaya terus menuntut ilmu walau sudah berkareer. Sekiranya remaja seperti Diana, Alifff dan Suki yang sanggup meninggalkan sementara pekerjaan mereka kenapa seoarang anak petani tidak sanggup meninggalkan pekerjaan mereka selama tiga bulan untuk mendalami ilmu kenegaraan? Tidak mungkin ibu atau bapa mereka tiada saudara mara yg dapat menolong ibu bapa mereka buat sementara waktu.
Diana tidak boleh disalahkan kerana tv station atau media yg membuat lapuran tentang beliau sahaja dan tidak Suki dan Aliff. Ini semua kerana kita semua telah difahamkan yang Suki dan Aliff cuma melapurkan diri pada 8hb April.
Sebagai artis, aktiviti mereka membuat kita semua nampak apa yg berlaku disana kerana kerajaan memilih untuk lebih terbuka supaya tanggapan serong keatas projek kerajaan tidak disalah ertikan. Sebagai seorang bekas pengajar sukarela, saya menyokong apa yg kementerian lakukan dan tindakan mempromosikan plkn menggunakan diana, alif dan suki adalah wajar. Dari sumber yg boleh saya percayai, saya diberitahu ketiga mereka tidak menerima apa-apa bayaran. jadi jgn lah berfikir mereka sengaja melakukan aktiviti disana kerana wang. Mereka juga mengambil initiatif menolong mempromosikan PLKN.
Malaysia menghadapi banyak masalah sosial remaja. Perlaksanaan latihan diPLKN begini tidak hanya menitik beratkan latihan fizikal dan tidak juga melupakan latihan mental. Ini p penting kerana sebagai remaja di Malaysia. apa yg mereka llakukan bagi pehak PLKN patut difikirkan secara terbuka dan positif kerana secara tidak sedar sekarang lebih banyak remaja mengenali program PLKN dengan lebih terperinci dan artis seperti mereka patut diberi pujian dan galakan bukan kejian. Saya amat berbesar hati melihat berita tentang PLKN disiarkan saban minggu dan ia mengingatkan saya pada kenangan saya disana dan menaikkan semangat kecintaan saya kepada negara Malaysia di samping menerima panggilan daripada bekas murid-murid saya bertanya kabar dan ada yang menyuruh saya menulis disini akhirnya.
Perkara seperti membezakan antara keistimewaan Diana dan nasib malang anak seorang petani hendaklah di teliti dengan lebih mendalam. Seorang anak petani adalah juga rakyat Malaysia. Adalah sangat mengejutkan saya apabila beliau lebih rela dipenjara daripada tinggal dikem PLKN dan menuntut ilmu. Beliau lebih rela dipenjara dan berpisah dengan ibu beliau daripada menuntut ilmu di PLKN.
Diana, Suki dan Alif, juga memeranjatkan saya yang mereka sanggup pergi mengikuti latihan dan tidak memilih untuk membayar denda. Pada pandangan saya, mereka mempunyai kemampuan. Seperti Diana, beliau memilih menyertai PLKN dan merelakan ribuan bayaran lakunan melayang pergi. Suki, pemenang One in a Million juga memilih untuk menghadirkan diri, apakah tiada kemampuan beliau untuk membayar denda? Pujian juga harus diberikan kepada Suki kerana sebagai seorang yg berbangsa China, beliau rela menyertai program ini dan secara tidak langsong beliau dapat menarik lebih remaja dari masyarakat China menyertai nya. Remaja seperti mereka adalah remaja yang dapat menjadi contoh pada remaja yang berbilang kaum yang lain yang sanggup berkorban wang ringgit demi untuk menunaikan tanggungjawap sebagai anak Malaysia.
“FIKIR DENGAN OTAK & MINDA YANG RASIONAL…BUKAN EMOSI YANG SERABUT DAN NEGATIF”
April 11th, 2009 at 7:59 pm
Terima Kasih di atas maklum balas…..Saya terima dengan hati terbuka:-) Tunggu dah lihat jelah…..
April 11th, 2009 at 8:01 pm
Sebenarnya inilah yang saya mahukan untuk kajian saya….terima kasih….Ada juga pelatih PLKN yang sudi memberi keterangan;-)
May 16th, 2009 at 2:47 pm
hahhaahaa…ntah pape je korang ni.. gelak aku baca