DIANA DANIELLE & ASHRAF MUSLIM @ DRAMA RAHSIA DI SEBALIK WAJAH
Peminat setia pelakon cantik dan berbakat Diana Danielle & pelakon macho Ashraf Muslim seharusnya tidak melepaskan peluang menyaksikan ikon di kalangan remaja ini melakonkan watak gadis psiko menerusi Rahsia Di Sebalik Wajah (23 Mei 2008) mengisi slot Citra, jam 10.00 malam di RTM2.

Jika sebelum ini Diana Danielle yang sinonim dengan watak gadis lemah dan pelakon air mata namun menerusi Rahsia Di Sebalik Wajah menyaksikan wataknya sebagai Jasmin, gadis yang berdepan tekanan apabila keluarganya menghadapi konflik misteri pembunuhan yang mengheret ibunya ke muka pengadilan kerana disyaki membunuh si ayah. Namun hakikatnya di sebalik pembunuhan itu tersembunyi kebenaran siapakah pembunuh sebenarnya.
Rahsia Di Sebalik Wajah turut dibintangi pelakon kacak Ashraf Muslim, Zizan Nin, Haleeda, Noniswara, Hazira Qistina dan Roy Azman.

Rahsia Di Sebalik Wajah menyorot kisah gadis bernama Jasmin yang secara kebetulan berkenalan dengan pemuda idamannya, Syahzman yang bekerja sambilan di kedai buku. Dia mengenali Syahzman sebagai seorang sahabat yang menjadi lelaki idamannya. Justeru Jasmin menjalani kehidupannya dengan penuh keceriaan.
Sesuatu yang begitu mengagumkan apabila Jasmin mengetahui sepenuhnya latar belakang Syahzman malah begitu bersungguh mahu membantu pemuda itu menyelesaikan masalahnya yang kerap diganggu makhluk halus.
Jasmin begitu bersungguh mahu membantu Syahzman. Pelbagai usaha dilakukan namun segalanya tidak mampu mengeluarkannya daripada dibelenggu makhluk itu. Malah semakin lama semakin teruk dia diganggu sehingga kemuncaknya makhluk itu hampir-hampir menampakkan dirinya.
Buntu mencari jalan penyelesaian, Jasmin meminta nasihat daripada ibu saudaranya, Emma, pakar psikiatrik yang baru pulang dari Scotland. Namun pertemuan Jasmin dengan Emma untuk menyelesaikan kes Syahzman telah membongkar rahsia kebenaran yang mengecewakan hati gadis itu tentang hakikat kewujudan Syahzman.
Jasmin sebenarnya terperangkap dengan memori hitam dalam hidupnya yang melibatkan kematian ayahnya yang telah mendera ibunya secara mental dan fizikal selama bertahun-tahun. Faktor apakah yang mendorong Jasmin ‘menghidupkan’ teman dampingannya itu melalui halusinasinya?
Jangan lepaskan peluang menonton kesudahan Rahsia Di Sebalik Wajah (23 Mei 2008) mengisi slot Citra, jam 10.00 malam di RTM2 yang sarat dengan erti pengorbanan seorang ibu demi kebahagiaan dan masa depan anak kesayangannya.



Technorati Tags: diana danielle, ashraf muslim, citra, lestari, rahsia di sebalik wajah, drama, pelakon, rtm2, sharifah aleya pregnant, sharifah aryanna bertunang, siti nurhaliza seluar, skandal sharifah amani, kitchen island, kumpulan far east, kumpulan nasyid, landscaping, modern house, rugs persian, Zizan Nin, Haleeda, Noniswara, Hazira Qistina, Roy Azman
Tags: Ashraff Muslim, Diana Danielle, RTM, ashraf muslim, Bernama, citra, Daniel, dap, diana danielle, drama, flickr, gadis, Haleeda, Hazira Qistina, kitchen island, kumpulan, kumpulan far east, kumpulan nasyid, landscaping, lelaki, lestari, Mac, MAS, modern house, Noni, Noniswara, Ong, pas, pelakon, rahsia di sebalik wajah, Roy Azman, rtm2, rugs persian, sharifah aleya pregnant, Sharifah Amani, sharifah aryanna bertunang, Siti Nurhaliza, siti nurhaliza seluar, skandal, skandal sharifah amani, watak, zizan, Zizan NinBaca artikel lain yang berkaitan:









May 21st, 2008 at 11:45 am
muka diana ni muka lembut k??? huhuhuhuhu….
May 21st, 2008 at 6:09 pm
diana ni cantik coz dia ni ada darah campuran… and penampilannya menampakkan dia lebih matang dari usia sebenar… hopefully jangan tua sebelum masanya sudahlah…
May 24th, 2008 at 12:09 am
mula2 saya rasa cerita ni mengarut, but, in the end of this story, memang saya tabik kt penulis skrip ni coz pandai bt cerita…. ending yg x dapat saya bayang kn…. x macam cerita lain…..
May 24th, 2008 at 11:27 am
I give this drama 5 star. Plot cerita yg sgt menarik dan fresh. Ada unsur saintifik dan paranormal. A very interesting twist at the end of the story.
Gandingan pelakon2 baru dan lama yg baik. This is the kind of drama I’ve been waiting for. Rugi kpd yg terlepas menonton drama ini.
Tahniah RTM2 kerana berjaya menerbitkan drama2 yg berkualiti sejak dulu lagi.
May 27th, 2008 at 1:10 pm
cantik tol diana
ejah nombor blh ko
i waiting youuuu
saya harap dpt jumpa awkkk…….
May 28th, 2008 at 2:05 pm
saya harap dpt tgk semulaaaa………..
saya suka ending crite ni dan teringatkan kisah kawan saya iaitu habidi & izzati….hahahaha
harap dpt tgk diana berlakon dlm cite lain pulak………
May 28th, 2008 at 2:08 pm
saya dan aina pun mengalami pengalaman yg sama dalam cite niiii…..huhuhuhuh
June 3rd, 2008 at 10:09 pm
mmg best cite ni..gandingan pelakon pn mantap..suke jln cite ni..
hrp RTM bole ulang siar cite ni…
best sgt..
10 bintang!!!
June 9th, 2008 at 10:25 pm
u r so sweet….
July 10th, 2008 at 8:36 am
ashraf hanadsome
July 19th, 2008 at 11:15 am
Saya tak suka tengok lakonan Diana Danielle. Kalau harap kecantikkan je tetapi lakonan tak best….Boringleee……Tengok cerita Air mata Maria, best lagi lakonan Salina Saibi kalau nak dibandingkan dengan Diana tu.
September 27th, 2008 at 1:02 am
salam..frstly saya tengok citer ni mula2 seram pon ada..tp bila last skali citer ni saya tengok best giler..