Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Diana Danielle, Alif dan Suki Dalam Project N.S



Project N.S
Selebriti popular sertai PLKN…

TX Date: 8 May 2009
Day/Time: Friday, 9.30pm

Apakah yang bakal berlaku apabila anda meletakkan tiga orang bintang di Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)? Mei ini anda dapat menyaksikan sendiri pengalaman menarik tiga selebriti popular ini ketika menyertai PLKN dalam rancangan terbaru terbitan 8TV –  Project N.S!

Project N.S akan menemui anda pada 8 Mei 2009 jam 9.30 malam hanya di saluran hip 8TV!

Project N.S merupakan sebuah dokumentari yang membabitkan tiga selebriti remaja kita iaitu Diana Danielle (Pelakon & Model), Alif (Penyanyi, Pengacara dan Pemenang tempat ketiga One In A Million Musim Pertama) dan Suki (Penyanyi dan Juara One In A Million Musim Pertama).

Menurut Y.Bhg. Dato’ Abdul Hadi Bin Awang Kechil, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Kementerian Pertahanan “Kami cukup berbesar hati dapat bekerjasama dengan 8TV untuk menerbitkan dokumentari mengenai perjalanan latihan PLKN bagi memberi gambaran sebenar sesi latihan dan kehidupan mereka di sini”

Beliau menambah “Selama ini ramai yang mendapat gambaran yang salah tentang PLKN ini dan kebanyakan pelatih kurang berminat untuk penyertai program sebegini. Ibu bapa juga kurang memberi galakan kerana banyak berita-berita negatif tersebar. Namun dengan adanya Project N.S di 8TV ini, saya berharap ia dapat mengubah persepsi masyarakat tentang PLKN ini,”

Anda dapat mengikuti perjalanan dan pengalaman ketiga-tiga selebriti ini sewaktu mereka menjalani PLKN seperti remaja-remaja lain. Tiada sebarang keistimewaan yang diberikan kepada ketiga-tiga selebriti muda ini kerana layanan sama rata diberikan kepada semua pelatih.

Ketiga-tiga selebriti ini ditempatkan di Kem Princess Haliza yang merupakan kemasukkan ke-2 pada tahun ini. Kem ini menempatkan seramai 440 orang pelatih yang datang dari setiap pelosok yang terdiri dari bebilang kaum, bangsa dan agama.

PLKN merupakan sebuah program yang perlu dijalani oleh pelajar-pelajar lepasan SPM bagi membina karaktor pelatih-pelatih supaya menjadi insan yang lebih baik dan berguna untuk masyarakat. Program ini turut menerapkan modul kenegaraan mengenai pembentukan negara untuk menerapkan sifat patriotisme dalam diri pelatih. Kesemua pelatih diwajibkan menjalani sesi latihan di PLKN selama 85 hari.

PLKN juga mengajar pelatih untuk lebih berdikari disamping meningkatkan semangat berpasukan. Mereka juga boleh bertukar-tukar fikiran dan mengenali budaya dan agama dalam sebuah subjek khusus yang telah disediakan. Pelatih-pelatih juga banyak didedahkan dengan khidmat komuniti kerana mereka merupakan sebahagian dari masyarakat.

Project N.S yang diterbitkan khas untuk remaja ini telah menjalankan sesi rakaman sejak 19 Mac 2009 yang lalu. Pemilihan Kem Princess Haliza ini dibuat kerana Diana Danielle telah dipilih ke kem ini dan untuk memudahkan sesi rakaman dilakukan, Aliff dan Suki juga telah ditempatkan di kem yang sama.

Diana Danielle yang pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini kelihatan begitu bersemangat dan ceria sewaktu ditemui di Majlis menandatangani MOU diantara 8TV dan PLKN baru-baru ini.

 “Pada awalnya, saya sedih untuk tinggalkan mama kerana tidak pernah berenggang dengannya. Perasaan takut juga sering bermain-main di fikiran, namun segalanya berubah setelah beberapa hari menjalani program ini,” ujar Diana.

“Saya cukup teruja dengan setiap latihan yang dijalankan dan gembira kerana dapat berkenalan dengan ramai kawan baru yang terdiri dari berbilang kaum dan agama,” tambah Diana lagi.

Menariknya Diana Danielle telah dilantik sebagai Timbalan Penghulu Wirawati selepas seminggu PLKN dijalankan. Pemilihan Diana dibuat berdasarkan prestasi beliau selama berada di PLKN. Sikap beliau yang sentiasa bersungguh-sungguh, penuh dedikasi dan disenangi oleh pelatih-pelatih lain merupakan salah satu faktor pemilihan beliau sebagai Timbalan Penghulu Wirawati.

“Program N.S ini diharap dapat membuka mata kepada semua remaja tentang kebaikan menyertai PLKN ini. Program ini juga sedikit sebanyak dapat memberikan tips-tips yang berguna dan mengelakkan rasa takut remaja-remaja yang bakal mengikuti PLKN di masa hadapan,” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

“Pembabitan Diana, Alif dan Suki di dalam program ini ternyata tepat kerana mereka merupakan ikon remaja yang cukup popular masa kini. Selain memaparkan aktiviti harian mereka di PLKN program sebegini juga cukup bagus kerana memberikan gambaran sebenar kepada masyarakat,” tambah Kim.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan program terbaru Project N.S pada 8 Mei 2009 jam 9.30 malam hanya di 8TV!

Anda juga boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari www.mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda! Selamat menonton!

Tags: ,

Tags: ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Suki Kedekut Kerjasama?
  • Gambar Diana Danielle di Anugerah Skrin 2011
  • Gambar Fesyen Diana Danielle di Festival Filem Malaysia 23
  • Gambar Diana Danielle Dengan Anak Angkat
  • Gambar Diana Danielle di Pelancaran Sunsilk Hello Perfection
  • Gambar Pelakon Diana Danielle di Kem Princess Haliza
  • Diana Danielle Tak Sabar Ikuti Kursus PLKN 19 Mac Ini
  • Gambar Diana Danielle Hos Karpet Biru AIM18
  • Project N.S Selebriti Popular Sertai PLKN
  • Gambar Diana Danielle Dengan Gaun Rekaan Calvin Thoo di FFM23



  • 10 Komen untuk entri “Diana Danielle, Alif dan Suki Dalam Project N.S”

    1. NAK KOMEN kata:

      RASANYA LEBIH MEMBERI IMPAK KALAU PLKN TONJOLKAN PELAJAR CEMERLANG SPM 2008 NUR MADIHAH TU….DIA TAK SERTAI KE PLKN ?

      SUKA BACA KOMEN :

      DIANA DANIELLE – BUKTI MALAYSIA MENGAMALKAN DOUBLE STANDARD!

      SUMBER : CARI FORUM

    2. LAWAK kata:

      SAYA NAK SYORKAN KERAJAAN HANTAR JUGA MAT-MAT REMPIT KE PLKN DARIPADA HANTAR MEREKA KEPENJARA. APA KATA PEMBACA LAIN?

    3. alexa kata:

      hehehe.. kalau gosip camni mesti takde org nak komen bebyk :p

    4. NONA kata:

      OOO TIGA2 ARTIS NI DLM SATU KEM ? DOKUMENTARI KER OR DRAMA..CAUSE DORANG NI ARTIS..NAPER TK SURUH REMAJA BIASA DLM DOKUMENTARI NIH..NAPER BARU SKRG NK BUAT (DOKUMENTARI) ? RASA CAM TK ADIL JER..DOUBLE STANDARD..NAPER TK ASINGKAN DIA ORG NIH..NAPER TK ANTAR KT HULU2 CKIT..BARU LER MENCABAR CKIT..NI KAT AREA CNI2 GAK…MALASLA..

    5. NAK KOMEN kata:

      mStar Online > HIBURAN

      Wednesday April 15, 2009

      Diana diawasi dua jurulatih JLKN semasa ABPBH?

      Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ

      Diana seronok mengikuti latihan di Kem PLKN Princess Haliza, Sepang.
      PERGERAKAN aktres Diana Danielle, 18, yang diberikan pelepasan untuk menghadiri majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 pada Sabtu dan Ahad lalu diawasi oleh dua jurulatih Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN)?

      Namun menurut Timbalan Komandannya yang dikenali sebagai Tuan Hasan, kedatangannya bersama seorang lagi lelaki yang dikenali sebagai Cikgu Pet merangkap Timbalan Ketua Jurulatih itu adalah atas jemputan pihak penganjur majlis itu.

      “Kebetulan kami mendapat undangan majlis ini, jadi sebab itu kami datang. Bukan bermakna setiap pelatih yang mendapat pelepasan akan diawasi oleh kami,” jelasnya.

      Pelepasan ‘istimewa’ yang diberikan kepada Diana telah menimbulkan kontroversi kecil dan menganggap pihak JLKN telah mewujudkan ‘double standard’.

      Dalam kesempatan itu, Hasan turut memberitahu bahawa pihak JLKN tidak pernah menghalang pelatih untuk keluar jika mempunyai kecemasan atau acara penting.

      “Para pelatih dibenarkan keluar tetapi bergantung kepada syarat yang ditetapkan. Lagipun, Diana keluar pada hari Sabtu dan Ahad,” beritahunya.

      Dalam pada itu, Diana meminta supaya orang ramai tidak salah faham dengan apa yang berlaku itu.

      “Saya tahu sudah banyak tanggapan negatif yang orang perkatakan kepada diri saya.

      “Tentang isu saya diberikan pelepasan, saya sudah mengikut prosedur dan menghantar surat untuk keluar selama dua hari sebelum saya menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan JLKN tiada masalah tentang permohonan saya itu,” kata Diana.

      Aktres yang popular menerusi drama Air Mata Maria dan Sembilu Kasih ini juga memaklumkan bahawa pelepasan diberikan bukan kerana dia mempunyai ‘keistimewaan’.

      “Pelepasan ini bukan kerana keistimewaan saya dan bukan diberikan kepada saya sahaja malah pelatih lain juga boleh keluar kalau mereka ada hal.

      “Lagipun hari Sabtu dan Ahad memang merupakan hari lawatan keluarga,” jelas Diana yang biasanya hanya menghabiskan hari hujung minggunya untuk berehat dan mengemas ‘dorm’.

      Diberikan peluang menyertai majlis berprestij itu, Diana berkata dia bersyukur apabila dapat kembali ke dunianya yang dulu.

      “Saya bersyukur dapat datang ke majlis ini. Saya juga berasa seronok apabila dapat berjumpa dengan kawan-kawan artis yang lama tidak jumpa serta dapat masuk balik ke dunia artis.

      “Saya rasa gembira tetapi dalam masa yang sama saya rasa nak balik kem semula

      Kini, sudah masuk sebulan Diana berada di Kem PLKN Princess Haliza, Sepang. Diana menetap di kompeni Bravo berbeza dari kompeni dua rakan artis iaitu Alif Satar (kompeni Delta) dan Suki (kompeni Charlie).

      Diana bakal menghabiskan masa tinggal sebulan setengah lagi sekaligus memangku tanggungjawabnya sebagai Timbalan Kontinjen Wirawati.

      Ketika menjalani latihan dalam program tersebut, Diana didedahkan dengan kelas ‘Character Building’, ‘flying fox’, ‘water confidence’, ceramah dan kawad kaki.

      “Antara banyak-banyak aktiviti, saya paling suka aktiviti berkawad, dan ‘flying fox’.

      “Selain itu, saya suka pakai celoreng (uniform biru) dan berkenalan dengan ramai kawan,” kata Diana.

      Bercerita tentang sedikit pengalaman menarik Diana, pada mulanya dia dan pelatih di situ malu-malu untuk bertegur sapa tetapi selepas minggu kedua, mereka menjadi semakin rapat.

      “Saya seronok berada di dalam kem tersebut. Misalnya, kami mulai rapat apabila terlibat sekali dalam projek Kontrak Kita Janji (KKJ).

      “Dalam masa 1 minggu dulu sahaja saya akan mendapat perhatian mereka tetapi selepas itu masing-masing dah serasi.

      “Di dorm pula, saya seronok dan selesa tinggal dengan 27 pelatih yang lain. Sebelum tidur, saya dan kawan-kawan akan menari-nari dan bersembang,” cerita Diana yang akui turut diusik oleh pelatih lelaki.

      Menurutnya tidak lama jejaka yang cuba memikatnya kerana Diana berkata: “Selepas minggu kedua, tiada siapa yang berkenan dan yang saya berkenan kerana selepas itu masing-masing membuat hal sendiri.”

      ——————————————————————————–
      © 1995-2009 Star Publications (Malaysia) Bhd (Co No 10894-D)

    6. zaty kata:

      huh.. akhirnye diana..suki.. and aliff
      jalankan tugas cam besa ikot PLKN.
      hum… bukan lame sangat pon.. 3 month.

    7. gigi_besi kata:

      wow.. gile best pg PLKN… tade la truk sgt.. best jea..
      *diana,suki & aliff mcm anak raja jea ohh.. wow vip gituu

    8. Puteri Eylia Natasya kata:

      wow…..cute la diana

    9. ZARA NUR ATHIRA kata:

      aku setuju gile ngan puteri eylia

    10. anonymous kata:

      cute ker??emm x kai mekap mcm makcik.kai mekap bru lawa

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK