Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Di Sebalik Lirik Lagu Kaer – Izinkan Aku Pergi



    Sudah lama tidak mendengar suara Kaer berkumandang di radio dan di TV.  Kini, Kaer telah kembali dengan single terbarunya yang berjudul Izinkan Aku Pergi. Hehehe… jangan salah sangka, ini bukan lagu Broery Marantika ya! Bunyinya mungkin agak sama dengan bait lirik lagu Broery Marantika. Irama berlainan namun pemahaman saya tentang bait lirik ini begitu syahdu dan menyentuh perasaan.

    Kenangan silam saya terbongkar satu persatu lalu berterbangan di daerah minda tatkala lagu ini berkumandang. Lagu ini boleh mengeluarkan segala memori yang lama bersarang. Sejarah kita mengecewakan manusia-manusia yang kepingin menggamit cinta dan sejarah di mana kita dikecewakan oleh insan yang tidak mahu berkongsi kasih dengan kita… Semua itu berputar-putar bagaikan satu gelombang ombak yang memukul pantai. Betapa berbisanya lagu ini…

    Saya kira, lagu ini akan popular. Suara Kaer seolah serasi dengan irama dan lagu yang diberikan. Penghayatan Kaer untuk lagu ini begitu mendalam. Sesuai dengan gaya dan lenggok Kaer dengan mengalunkan lagu-lagu balada. Bagi saya, lagu ini akan menaikkan nama Kaer dan menjulang kepopularitian yang dulunya dicita-citakan oleh Kaer.

    Kita pun akur, nasib tidak menyebelahi Kaer untuk terus berdiri dengan jayanya sehebat rakan seperjuangan di Akademi. Namun, Kaer punya bakat dan kebolehan dalam menyanyikan lagu dengan gayanya tersendiri. Teringat lagi kelunakan lagu Januari yang dinyanyikan Kaer ketika konsert Akademi Fantasia dulu… ia pernah tersenarai antara lagu yang membuatkan peminat jatuh cinta dengan suara yang dimilikki oleh Kaer.

    Muzik video untuk lagu Izinkan Ku Pergi sedang di dalam pembikinan. Ianya diarah oleh pengarah seni Mohd. Roshfaizal Ariffin yang terkenal dengan Rosh R Studio. Saya harap, hasilnya nanti akan lebih menawan dengan tona warna dan ilustrasi kreatif gaya Roshfaizal.

    Saya difahamkan, album Kaer kini sudah pun berada di pasaran mulai 19 Januari. Kaer kini sedang menyambung kembali pelajarannya di salah sebuah kolej. Semoga Kaer terus sukses mencipta nama dalam bidang seni nyanyian.

   Antara lagu yang termuat dalam album terbaru Kaer:

01. Kaer – Menjelma

02. Kaer – Izinku Pergi

03. Kaer – Ku Tak Ingin Bebas

04. Kaer – Sinar Cahaya

05. Kaer – Apabila

06. Kaer – Dalam Kenangan

07. Kaer – Kau Telefon Lagi

08. Kaer – Hilangnya Cinta

09. Kaer – Mama Said

10. Kaer – Seribu Impian

11. Kaer – Kembali Bersama

KAER – IZINKAN AKU PERGI

Lagu: Azlan Abu Hassan

Lirik: Sulu Sarawak

Sinaran mata
Cerita segalanya
Duka lara terpendam
Memori semalam

Tinggal segala cinta
Tiada kembalinya
Lama dikasih kita
Kau bawa bersama

Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga
Selamanya

(Korus)
Pergilah rinduku
Hilangkan dirimu
Tak sanggup menanggung
Derita dikalbuku

Pergilah sayangku
Bermula semula
Semangat cintaku
Membara kerana dia
Tiada niatku

Tersemat dijiwa
Setia bersamanya
Cinta murni berdua
Beribu teguhnya

Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga
Selamanya

(Ulang korus)

Maafkan aku duhai kasih
Izinkan ku pergi

CORETAN BLOGGER LAIN:

1. A Hopeless Romantic

2. Apa kata Pakcik MMA dengan lagu Kaer ini?

Tags: ,

Tags: , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Lirik Lagu Terbaru Kaer Bukan Kasihku
  • Gambar Kaer AF di Karpet Biru AJL26
  • Lagu Tugasan Konsert Akademi Fantasia 5 – Minggu Ke-4
  • Gambar Farah AF2 & Isma Yusoof Dalam Drama Popular
  • Ulasan Muzik-Muzik Separuh Akhir Kategori Balada
  • Senarai Lagu Ujibakat Akademi Fantasia ke-6
  • Lirik Lagu Single Terbaru Kau Pergi – NB
  • Lirik Lagu Simetri Hazama Amy Search
  • Lirik Lagu Ketentuan – Ramlah Ram
  • Lirik Lagu Masih Jelas Hafiz AF7



    • Pingback: Sensasi Selebriti » Blog Archive » Sekitar Tayangan Media Filem Puaka Tebing Biru

    • syafia

      emm,da lme sy tggu lgu kaer..lgu ni actlly tllu mnyentuh hati sy…hpe kaer trus bjya dlm karier..lgu2 yg kaer nyanyikan mmg power…

    • fara

      besh glerzz lagu nie
      kaer nyanyi dgn penuh penghayatan
      membuat semua org tersentuh dgn lirik lagu
      nie

    • pweencess

      i love this song very much..to kaer,i’m impressed..keep up the good work.congratulation to azlan n sulu swk for the great combination.good luck to all of u..

    • CuPidEaReSt

      The first time ‘Izinkan Aku Pergi’ was played, I fall in love. It was like fall in love at first hear. The way Kaer sang, touch (I believe) everyone’s heart. It just (will always) takes my breath away. It was like with all his soul, he sings it. The lyrics and the music was so touching it makes you want to cry.
      And when you hear this song, memories are ‘played’ in your mind like a movie..

    • http://www.ahmadfaidhi.com faidhi

      yes .. i really luv this song .. what a beautiful song .. dengan ditambah video klip yang best … :)

    • http://YAHOO.COM.MY MASMONA

      ASKUM..WOW!!!BEST GILER LA LAGU NIE..KAER I MISS U…LAMA TAK DENGAN CERITA KAER SEKARANG DAH MUNCUL DENGAN LAGU NIE…FEEL LA

    • http://yahoo.com koala

      halooo….best giler your lagu..izinku pergi memang best…

    • danish irwana

      halu…sowi coz mgangu…nk koment gak r…aku pun minat gilerkat kaer n lagu nie…coz dia membuatkn aku mengenali erti kehidupan n istimewanyer k.sayang…thanks kaer..i hope u berjaya dlm bidang yg ko ceburi…aku hanya mampu berdoa jer…thanks gak pd yg terlibat dlm hasilan lagunie….last.kaer i luv u…peminat ler…huhuhu…gud luck key…bla dulu r…papaiiiiiiiii…daa…

    • http://yahoo robson

      lagu kaer memang best giler…
      sesuai dengan imej terbaru kaer…
      antara bekas pelajar af,vokal kaer lebih menyerlah berbandingmawi,faizal,,,
      respect u kaer!!

    • http://yahoo robson

      lagu n videoclip yang 5star!…better than mawi…..go go go kaer…
      lagu best
      videoclip best
      imej best
      album cover best
      muka best
      semua best

    • amirah

      i luv u kaer 4 eva n eva . . .since u in af lagi, u da cute boy arrr
      arap kaer senantiasa success in ur karier n be da best among da best

      sesapa g fans kaer y nk kenalan ngan sy just send ur emel or login my space k

    • http://NONE BABYBOY

      TO KAER,
      YOUR SONG IS GREAT, ADA EMOTION IS THE SONG THAT WE CAN FEEL. CONGRATS. BUT WHEN IT COMES TO LIVE PERFORMANCE, THERE IS ABIT DIFFERENCE LA. ESPECIALLY WHEN YOU SING THAT SONG IN THURSDAY NITE LIVE, YOUR VOICE DIDN’T CLEAR AS THE LIVE BAND. YOUR SOUL TAK SHARP AS YOUR SONG IN THE ALBUM. HOPEFULLY CAN HAVE IMPROVEMENT ON THAT YA. ONE MORE ABOUT YOUR LEVEL ENERGY…KEEP IT UP I AM SURE U WILL BE A STAR IN FUTURE…THANKS

    • eeyla

      i luv dis song too!!!… :)

    • ryn

      congratttss kaer for the lovely song. hiba rasanya mendengarkan lagu ni.
      really touch my soul. keep up your good job!

    • DUNCAN MIKKO

      saya tak ada nak komen, kata orang tu.saya teringin nak jumpa kaer sebab lagu yang bertajuk IZINKAN AKU PERGI azlan abu hassan yang berkumandang di udara atau di radio hot fm……………….lirik lagu dia ada kaitan dengan perjalanan hidup saya dengan si dia sebab lagu ini bermakna dalam diri ini…ada juga terguris perasaan ini dan terkilan juga…………..saya harap kaer dapat telefon saya 0146010079.

    • azizah

      rasa sedih pula bila dengr lagu ni teringat pula kat pakwe lama

    • http://www.e-rafa.com Honeybee

      Utk sseorg d KJ … thanks n sorry 4 everythg .. “Izinkan Ku Pergi .. krana x sanggup mnanggung derita d kalbu” .. InsyaAllah klau ada jodoh antara kita .. insyaAllah kita akan brtemu kmbali .. :(

    • http://yahoo echa_90

      Untuk abg kaer,
      saya minat abg dari dulu sampai sekara…
      hehehe take care abg kaer

    • Lat!FaTuL

      best glerh lagu kaer yg izinkn ku pergi…sy ske gerlh lgu nie..

    • chester

      ya allah!!!!lagu ni,ssssseeeeeeddddddaaaaaaappppp sssssaaaaaannnnnngggggggaaaaaaatttttt!!!!rasa macam nak makan jer…tapi tak boleh……kaer is the best!!walaupun lagu kaer popular tahap hantu,tapi dia masih low profile….itu baru true musician!!!best la abg kaer masa jumpa dia kat kuching ari tuh…wow!!he is a amazing men!!haha…moga kaer terus sukses…!!



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK