Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)









[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Dewa 19, Gigi, Sheila On 7 Bikin Pesta Malam Indonesia 3 Sukses!

Dengan jayanya, iTalk Rocks Festival Muzik Pesta Malam Indonesia 3 ternyata lengkap sempurna dengan kedatangan kesemua band besar yang dijanjikan untuk menghiburkan penonton. Dari mula hingga tamat konsert selama 7 jam tanpa henti itu, sesungguhnya anda yang pergi hari tu sure  berpuas hati. Rocks habis! 

Happening sungguh! Yea, itulah komen seorang teman yang turut menemani Budiey ke Tempat Letak Kereta A, Stadium Bukit Jalil pada 20 Jun 2009 (Sabtu) lalu. Kemeriahan itu tidak akan direalisasikan kalau tidak dengan kerjasama iTalk, TM yang banyak menyokong penganjuran Pesta Malam Indonesia bagi 2 tahun berturut-turut. Bukan sesuatu yang mudah! Idea untuk menerbangkan band rock dari Indonesia ini juga takkan ada kalau tiada penganjur iaitu Fat Boys. Terima kasih buat kedua-duanya!

Happeningnya booth TM.

Seawal jam 10 pagi lagi, pengunjung dan peminat tidak melepaskan peluang untuk meluangkan masa menyertai carnival TM yang diadakan oleh TM. Pelbagai aktiviti menarik di adakan. Dan yang paling penting, peminat berpeluang bertemu Band-Band PMI3 dengan setiap langganan produk TM.  

 

Memang tidak syak lagi, peminat yang datang, sanggup menunggu kelima-lima Dewa 19, Gigi, Sheila on 7, Padi dan Andra & The Backbone untuk mengegarkan pentas. Bukan sahaja warga Indonesia yang bekerja dan menetap di negara kita, tapi tidak kurang juga peminat setia dari Malaysia. 

    

Sebelum konsert bermula, Fara Fauzana dan Faizal FBI duta produk TM telah mengendalikan games yang turut disertai oleh peminat.

Jam 3 petang, konsert dihangatkan dengan kemunculan band AKU. 

Band Padi pula kemudiannya mengambil alih pentas selama sejam dengan membawakan beberapa buah lagu seperti Sang Penghibur, Mahadewi, Begitu Indah / Sesuatu Yang Indah, Semua tak sama, Jangan datang Malam Ini, Kasih Tak Sampai, Harmony, Indonesia Pusaka, Terluka, Menanti Sebuah Jawaban dan Sobat.

   

Walaupun pertama kali buat show di konsert mega, persembahan Andra & The Backbone tidak mengecewakan dengan membawa lapan buah lagu dengan begitu bertenaga seperti Kepayang, Pujaan Hati, Musnah, Lagi Dan Lagi, Main Hati, Hitamku, Tak Ada Yang Bisa, Terdalam dan lagu hit mereka, Sempurna. Ternyata, peminat yang datang turut menyanyi bersama-sama.   

Menjelang senja, konsert berhenti rehat seketika dan memberi laluan kepada azan Maghrib. Selepas itu, band Sheila On 7 pula mengambil alih dengan lagu menyengat mereka. Sorakan mula bergema tatkala vokalisnya membawa lagu-lagu yang semestinya diminati ramai. Ternyata band ini masih lagi diminati.

Himpunan lagu baru dan lama didendangkan oleh vokalisnya, Duta.. Antara lagu-lagu yang disampaikan ialah Kita, Seberapa Pantas, Sahabat Sejati, Pemuja Rahsia, Itu Hatiku, Yang Terlewatkan Bila Kau Tak Disampingku, Mudah Saja, Berhenti Berharap, Melompat Lebih Tinggi dan Betapa.

Gigi yang dianggotai oleh Gusti Hendy (drum), Dewa Budjana (gitar), Thomas Ramdhan (bass) dan Armand Maulana (vokal) pula memulakan segmen mereka dengan lagu kebangsaan Indonesia, sebelum menggegarkan pentas dengan beberapa buah lagu seperti  Sumpah Mati, Jomblo, Bisa Saja, Janji, Akhirnya, Andai, Pintu Sorga, Perdamaian, KYK, Ya. Ya. Ya, termasuklah lagu popular mereka, 11 Januari dan Nakal. 

Apa yang harus dipuji, cara komunikasi vokalis Arman dengan penonton begitu akrab dan menjadikan mereka bersatu dalam lagu yang dibawa. Apatah lagi, apabila kedengaran hanya beberapa buah lagu sahaja yang popular di sini. Showmanship Gigi memang paling bertenaga sebab Arman ni memang lincah dan suka lompat-lompat atas pentas. 

Band terakhir buat show pada malam tu ialah Dewa 19. Sebelum itu, penonton dihiburkan dengan  persembahan istimewa oleh band kanak-kanak yang dianggotai oleh tiga anak lelaki Ahmad Dhani dari Dewa 19, yang menggelarkan diri mereka The Lucky Laki. Memang cute sekali sekala tengok budak-budak main muzik sambil nyanyi.

Selepas The Lucky Laki, band Al, El, Dul menghangatkan lagi pentas dengan lagu Munajat Cinta dan Bukan Superman, Ramai penonton terpegun dengan kebolehan mereka menyanyi sambil bermain alat muzik seperti gitar dan dram.  

Akhirnya, persembahan yang dinantikan oleh semua iaitu, Dewa 19. Penutup pentas malam tu memang gempak habis dengan impak yang dibawa oleh Dewa 19 membawakan lagu-lagu hit mereka seperti Pangeran Cinta, Pupus, Mati Aku Mati, Perempuan Paling Cantik Di Indonesia, Arjuna, Dewi, Sedang Ingin Bercinta dan Separuh Nafas.

Ternyata, PMI3 berakhir dengan jayanya. Khabarnya, 10 ribu peminat telah berjaya dikumpulkan. Syabas buat semua. Kita jumpa lagi di Pesta Malam Indonesia 4 tahun hadapan!

Tags: , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Temui Padi, Andra & The Backbone, Sheila On 7, Gigi, Dewa 19 di KL Sentral
  • PESTA MALAM INDONESIA SATUKAN JIWA DUA BUAH NEGARA
  • Perjanjian Pemasaran & Pengedaran Antara Metadome & EMI Music Indonesia
  • Gambar Sheila Majid Berduet Bersama Dewa 19
  • Konsert Jelajah Dewa 19 Duet Ella, Rabbani, Sheila Majid, Mulan
  • Dapatkan Tiket Pesta Malam Indonesia 3 Sekarang!
  • Sheila Majid Berduet Dengan Chandra
  • Senarai Finalis Anugerah Planet Muzik 2008
  • Wan Sharmila Jatuh Patah Gigi Masa Program Ewah-Ewah
  • Gambar Diana Danielle dan Andra & The Backbones Rakam Lagu Tak Ada Bisa



  • 3 Komen untuk entri “Dewa 19, Gigi, Sheila On 7 Bikin Pesta Malam Indonesia 3 Sukses!”

    1. jamy kata:

      Saya from Singapore pun turun padang.. beri sambutan dan sokongan buat my fav band Sheila on 7!!!

    2. Nur kata:

      Wow… Hebat!!. Gue salut armand bilang tak seharusnya kita gaduh karena musik. Because music is universal languenge. Hidup musik indonesia!

    3. kessy kata:

      wahai musisi indonesia,teruskan untuk selalu menghasilkan karya bermutu yg akan menjadi siulan dimanapun,kapanpun.Saya bangga sebagai warga indonesia dimana selalu mendegar lagu2 kita berkumandang di radio2 di Malaysia,teruskan utk menganjurkan pesta malam indonesia utk kita selalu dpt bersilahturahim melalui musik2 kita,tapi satu permintaan saya utk para musisi & warga senegara utk selalu membawa imej yg baik dimanapun kita berada utk senatiasa mengharumkan negara kita yg tercinta Indonesia,”Hidup Indonesiaku”.

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!