in

Dermalogica Tingkatkan Keyakinan untuk Serlahkan Kulit Sihatmu

Tingkatkan Keyakinan untuk Serlahkan Kulit Sihatmu
Rutin rawat dan lindung Dermalogica® untuk kulit yang bermaya dan sihat

Memang mustahil untuk menghentikan kesan penuaan dan persekitaran pada kulit, tetapi itu tidak bermakna kita perlu bersembunyi atau hidup dengannya. Meneruskan kempen Get Nakednya, Dermalogica® menggalakkan rawatan dan melindungi kulit selepas proses membersihkan dan melembap untuk mendapatkan kulit yang bermaya dan sihat.

Dengan slogan “Kulit sihat tidak perlu disembunyikan”, inisiatif Get Naked Dermalogica® ini menggalakkan semua untuk mendapat keyakinan melalui kesihatan kulit yang sebenar.

Print

“Kempen Get Naked mendefinisikan semula ‘serlah’ sebagai keyakinan baharu. Dengan kepakaran unggul kami dalam memberi hasil kesihatan kulit, wanita dan lelaki dengan yakinnya boleh menanggalkan lapisan mekap dan kotoran pada muka mereka untuk menyerlahkan kulit sihat dan berseri,” kata Roderick Chieng, Ketua Pegawai Eksekutif EIG Bhd yang memasarkan produk dan pengedarannya di Malaysia, Asia Tenggara dan Hong Kong.

Untuk mendapatkan kulit yang boleh diserlahkan dengan penuh yakin, pasukan pakar kesihatan kulit Dermalogica® mengesyorkan merawat kulit dengan “booster” selepas membersihkan dan melembapkan kulit. Langkah membaik pulih dan melembap ini memerangkap kebaikan, di samping mengurangkan kesan masa, persekitaran yang kasar dan tekanan pada kulit.

Sebagai contohnya, Dermalogica® Skin Hydrating Booster ini adalah cecair pekat super-hidrat, walaupun untuk kulit paling kering. Gunakan bersama atau sebelum pelembap Dermalogica® yang disyorkan, booster ini berkesan melicinkan garis-garis halus.

Kulit yang sensitif terhadap persekitaran juga boleh mendapat kelegaan daripada Dermalogica® Gentle Soothing Booster yang menenangkan. Dengan kompleks botani dan madu penyembuh, formulasi bebas minyak ini menenang dan melembapkan kulit yang sensitif.

Untuk memulihkan kulit kering dan penuaan pramatang, dapatkan Skin Renewal Booster Dermalogica®. Kompleks asid hidroksi bertindak menanggalkan permukaan kulit mati di samping melicinkan dan mencantikkan tekstur kulit dengan ekstrak tumbuhan yang melegakan.

Untuk mereka yang inginkan kulit berseri dari dalam, Dermalogica® Extra Firming Booster ialah jawapannya. Cecair yang mengandungi ekstrak botani ini mengukuhkan struktur dalaman kulit dengan vitamin dan protein, menjadikan kulit jelas tegang dan halus.

Selain daripada booster berkuasa yang memulihkan dan merawat kulit muka dan leher yang rosak, jangan sekali-kali lupa akan kawasan lembut di sekeliling mata yang mudah mendapat lingkaran gelap dan garis-garis halus. Maka, penggunaan Dermalogica® Total Eye Care SPF15 disyorkan untuk melindungi kawasan tersebut kerana krim rawatan mata termaju dengan asid alfa-hidroksi yang melicinkan kulit ini juga membantu menyembunyikan lingkaran gelap dan memulihkan tekstur kulit untuk membantu mengurangkan sembap dan garis-garis halus.

Berani serlahkan kulit hebat tanpa sembunyikan apa-apa? Singgahlah di mana-mana pusat penjagaan kulit Dermalogica® atau outlet AsterSpring hari ini untuk rundingan kesihatan kulit percuma bagi mengenal pasti produk yang akan memberi rawatan dan perlindungan terbaik untuk kulit anda.

Extra Firming Booster

Gentle Soothing Booster

Skin Hydrating Booster

Skin Renewal Booster

Total Eye Care SPF15

Berkenaan Dermalogica®:

Dikaji dan diperkembangkan oleh The International Dermal Institute, Dermalogica® kini sinonim dengan kesihatan kulit. Jenama ini diasaskan oleh Jane Wurwand pada tahun 1986, dengan tujuan menampung kekurangan produk yang memberikan hasil dalam pasaran Amerika Syarikat.

Falsafah Dermalogica®, iaitu memberi hasil tanpa terlebih janji dan pembungkusan mewah telah mentakrif semula industri. Jenama ini tidak percaya kepada konsep bahawa penjagaan kulit akan tentang kecantikan, memanjakan diri dan kemewahan. Malah, Dermalogica® mementingkan kajiannya untuk memperkembangkan formula yang membantu kulit mencapai keadaan optimumnya.

Dermalogica® seterusnya mengejutkan pasaran apabila tidak menggunakan warna tiruan, wangian sintetik, S.D. alkohol, lanolin atau minyak mineral – yang semuanya sering digunakan oleh banyak jenama kosmetik dan penjagaan kulit untuk mengurangkan kos, walaupun bahan-bahan tersebut diketahui menimbulkan masalah kulit.

Dengan falsafah tidak menggunakan bahan yang memudaratkan kulit, Dermalogica® berjaya memberi inspirasi kepada peminat dan profesional penjagaan kulit di seluruh dunia. Produk jenama ini kini dijual di lebih 80 buah negara di pusat-pusat rawatan kulit terpilih atas cadangan ahli terapi kulit profesional yang berkelayakan.

Dermalogica® dibuat di Amerika Syarikat dengan operasi globalnya yang berpangkalan di Carson, yang terletak di selatan Los Angeles.

Mengenai Esthetics International Group (EIG):

Esthetics International Group (EIG) Berhad ialah sebuah syarikat ulung dengan lebih 28 tahun pengalaman dalam penjagaan kulit, kesihatan, kosmetik serta industri kesejahteraan dan kecantikan.

EIG ialah pengedar eksklusif produk Dermalogica® di Malaysia, Singapura, Hong Kong, Thailand, Indonesia, dan Brunei, serta pembekal produk Dermalogica® ke Vietnam dan Kemboja. EIG juga terlibat dalam pengurusan dan operasi rangkaian lebih daripada 60 buah dan pusat rawatan penjagaan kulit profesional AsterSpring, 14 buah Dermalogica® Consultation Pods dan membekal kepada lebih 1,000 pengedar sah Dermalogica® di rantau ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jazeman Jaafar Memandu Kereta F1 di PETRONAS Motorsports Demo Run 2013

Drama Bersiri Ujang Baran Lakonan Sari Yanti & Norman Hakim